Tempat Makan Best:Restoran Thai Tomyam Kung, Ayer@8 Putrajaya

Setelah beberapa kali datang ke Restoran Thai Tomyam Kung di Ayer@8, Putrajaya, haruslah Restoran ini diletakkan sebagai salah satu tempat makan best di Putrajaya. Antara yang special di Restoran Thai Tomyam Kung ini semestinya tomyam mereka yang sedap bangat wa cakap sama lu. Aku beberapa kali dah makan dekat sini tapi takde pulak aku ambil gambar tomyam. 


Dah cuba macam-macam menu dekat sini tapi tak dapat disertakan dengan bukti bergambar. Harap korang percaya lah dengan apa aku tulis ini. Mungkin terlalu lapar kot sehinggakan makanan sampai, terus ngap. Tapi, yang paling latest aku pergi, aku sempat snap gambar makanan yang aku order. Itu yang semangat sikit nak update entri.


sup ayam kampung
Sup Ayam Kampung


ayam crispy lemon sauce
Ayam Crispy Lemon Sauce


kailam tenggiri masin
Kailam Tenggiri Masin


Disebabkan perut bukanlah lapar sangat semasa dinner di Restoran Thai Tomyam Kung pada hari kejadian, so kami order 3 jenis makanan ni je. Itupun sangat mengenyangkan sebab portion dia agak besar juga. Makan 3 orang yang punya perut kecil macam aku pun boleh jalan lagi. Telan juga semua makanan sampai habis taknak berlakunya pembaziran. Lagipun 1 portion ini, memang boleh tahan juga harganya. Rugilah kalau makan tak habis.


Antara makanan yang telah aku cuba di Restoran Thai Tomyam Kung, Ayer@8 ini ialah Tomyam Kung (highly recommend), Tomyam Seafood, Ikan Asam Pedas (aku lupa nama apa, tapi sedap), kerang bakar (biasa je) telur macam telur dadar yang telah diubahsuai menjadi lebih besar portionnya (aku lupa apa nama telur tu haha). 


Jom warga Putrajaya kita singgah makan di Restoran Thai Tomyam Kung, ayer@8 Putrajaya. Boleh waze untuk ke sini okey. Makin hari, makin ramai pelanggan Restoran Thai Tomyam Kung tau. Lagi-lagi bila weekend. Korang datang lambat, duduk la engkau dekat meja yang tak best. Wakaka.


Restoran Thai Tomyam Kung beroperasi dari 9.00 am – 12.00 am (Haritu 11.00 pm diorang dah kemas-kemas, so better datang before 11.00 lah). Kalau nak makan pulut mangga, kena datang siang okey. Dah banyak kali pergi waktu malam order pulut mangga, asyik habis je. Last-last dia kabo kalau nak makan pulut mangga, kena datang siang. Okey,noted. –.-


Harga : 3/5
Makanan : 3.5/5
Suasana : 3.5/5
14 Komen untuk "Tempat Makan Best:Restoran Thai Tomyam Kung, Ayer@8 Putrajaya"

macam sedap tomyan tu.. eh tumpang menabung kat sini

Ayam crispy lemon tu menggiurkan!

bile abam nak blanje kite

Gambar atas tu bukan tomyam . tu sup ayam -.-

Dah tak larat nak habiskan hihi

serius tom yam dia sedap? kene cuba ni. kite ni hantu tom yam. hehe. putrajaya je pun. tak jauh sgt dgn kajang.

Terliur aih tengok gambar-gambar tu weh!

bila nak belanja niii!

kalo CT nak ayam lemon tu kot.. sbb tak minat tomyam.. lama x jjcm area putrajaya..

Sedaplah jugak. kena la dengan tekak saya. hehe

Mai la sini nak belanja wakaka

Tanpa Nama
delete

Tak berapa menarik dari segi kelazatan.

Sila cuba menu unik seperti kensom, tenggiri bakar etc.

Setakat nak order typical Thai dish, better go somewhere else....

Good effort.

Back To Top