Kenduri Kahwin Classmate di Sekinchan

Baru-baru ini aku dengan Zakwan pergi kenduri kahwin classmate zaman universiti di Sekinchan, Din. Din nie orang ketiga yang berkahwin dalam classmate kitorang. Yang mula-mula kahwin si Farah, kemudian Kak Liya then tahun ini diikuti dengan Din. Ambik kau. Setahun sorang classmate kawin. Tahun depan entah siapa pulak yang kahwin. Yang pasti sah-sah bukan aku. Jodoh aku masih berkeliaran di muka bumi ini entah bila lah boleh bertemu. kahkah. =D



Jauh juga rupanya Sekinchan dari Putrajaya nie. Almost 2 jam perjalanan jugak. So sepanjang perjalanan, memang bergantung dengan Waze je. Waze silap bagi jalan, maka pergi ke jalan yang sesat la kami. Mujur waze bawa ke jalan yang benar saja haritu. Alhamdulillah sampai dengan selamat di Sekinchan. Gila cantik Sekinchan tu. Ada sawah padi yang sedang menghijau. Rumah kawan aku pulak ditengah-tengah sawah padi. Awesome gila pemandangan dia. Ye, aku memang jakun sikit dekat Kuala Terengganu susah nak jumpa sawah padi yang secantik Sekinchan.



Sampai di rumah pengantin, terus capai pinggan letak nasi lauk apa semua. Dah nampak dah Din & Deeba seronok bergambar dekat photobooth. Seronok melayan tetamu yang datang. Lauk pauk di majlis kenduri memang agak meriah jugak. Siap ada ayam golek dengan kerang lagi. Firstime pergi kenduri ada ayam golek. Kenduri di Terengganu lauk wajib ialah gulai daging masak kawah. Memang berbeza gila la lauk yang yang disediakan dengan lauk pauk kenduri di Terengganu. Tiba-tiba rindu nak makan gulai kawah pulak hm.. :/



gambar photobooth pengantin


Terjumpa blogger Yatt Akasah dengan buah hati di kenduri kahwin Din. Rupanya diorang semua ini memang kenal. Member zaman sekolah ke macam mana ntah.


selfie bersama pengantin


Selesai bergambar dengan pengantin, peluk peluk Din sambil bisik ke telinga dia “cepat-cepat dapat anak”, aku dengan Zakwan pun sambung bergambar di sawah padi depan rumah Din. Katanya disini la penggambaran drama Nur Kasih yang popular itu. So kena feeling jadi Remy Ishak la kejap. =D


gambar sawah padi sekinchan
Remy Ishak versi kerempeng tak cukup makan lol


Inshaallah one day nak datang lagi la Sekinchan ini. Kampung yang sangat cantik dengan pemandangan sawah padi yang cukup mempesonakan. Terpesona betul aku dengan pemandangan sawah padi di Sekinchan. Begitu juga Zakwan yang suruh aku snap gambar dia dalam sawah padi dengan macam-macam gaya. kahkah. Selesai sesi photoshoot bertemakan sawah padi di sekinchan, kami pun bergerak balik.


Sempat singgah di Cendol Bakar yang sangat terkenal di Kuala Selangor. Siap boleh delivery lagi. Tapi kitorang tak delivery la. Makan je dekat situ tapi satu mangkuk macam tak cukup sebab aku order cendol bakar pulut durian. Aku kan hantu durian. Memang sedap Cendol Bakar kat sini. Customer pun ramai. Kena beratur dulu baru dapat cendol kitorang. Tempat makan memang selesa. Selain cendol bakar, ada juga otak-otak, mee sup, mee kari, dan banyak lagi. Aku dah tak tertarik dekat makanan lain. Terliur tengok cendol bakar je hihi.


cendol bakar pulut durian
Kecik je bekas dia, mana cukup wei !


Aku takde nak tambah pulak Cendol Bakar Pulut Durian tu sebekas lagi sebab malas nak beratur. Inshaallah nextime kita singgah lagi sini makan Cendol Bakar. Buat Din & Deeba, Selamat Pengantin Baru. Semoga rumahtangga korang sentiasa bahagia sehingga ke syurga dan mendapat zuriat yang soleh & solehah. Inshaallah.

Oh Solehuddin, dah kawin kau!


guest book kahwin



Bestnya kalau berumah di tengah-tengah sawah padi Sekinchan tu (tak boleh move on lagi nampaknya ye dengan sawah padi Sekinchan) =D
8 Komen untuk "Kenduri Kahwin Classmate di Sekinchan"

Ehem cantik layout baru bang!

buah hati yatt member sekolah dengan udin n deeba. yatt bukan yatt pnjg ceritanya. hahahahaha. untung dtg time sawah mnghijau, mmg cun ah bergmbr

wah best betul pergi bendang

sedap cendol. nak sikit boleh? hehe :P

hahahha.. Kampung saya di Sungai Besar,, just about 30 minutes jer. Scenery yang sama. Cuma selalunya, musim padi di Sekichan akan lebih awal. So, kalau kat Sekichan dah hijau padinya, kat kampung saya masih kenot kenot saja. Hhahah

Datanglah selalu ke Sekichan, banyak homestay kat situ. But, tengok musim lah. Kang datang time bendang tengah kosong. Hahahaha... Nangis pulak kat situ nak tengok sawah menghijau.

mai musim cuti sek ni mmg bnyk le undangan hehehe..

Bila puja Pjoe nak berumahtangga ni?

Sy pon org sekinchan jgk...
Ye sawah padi di sekinchan memang cntik...
Tp klau time cntik la...
Jemput la datang lagi ke sekinchan...
Homstay banyak kat sini...
Boleh kenal2 dengan org kampung...

Back To Top