Personaliti Terbaru Pharmaton®-Fara Fauzana & Sherson Lian

Baru-baru ini aku telah menghadiri satu event yang memperkenalkan personaliti terbaru Pharmaton, Fara Fauzana dan Sherson Lian. Event ini diadakan di Talent Lounge, Damansara Perdana. Kita pergi event ini pun semata-mata nak jumpa Fara Fauzana, penyampai radio wanita paling popular di Malaysia kot. Mujur tak pengsan boleh berdiri sebelah Fara Fauzana tau. Excited kemain. Padahal Fara pandang kita pun tidak wakaka. =p


pharmaton personaliti


Sampai sahaja di Talent Lounge, diorang dah sampai ke sesi Q&A. Sampai sana pun lewat 1 jam. Maklumlah aku ini manusia paling busy di office (hahaha). Aku half-day hari kejadian semua sebab si Fara Fauzana nie lah aiyo. Special thanks to my partner, Hafeez Ramli yang sudi nak teman ke event. Sempat la dengar Fara berkongsi pengalaman beliau menjadi penyampai radio Hotfm. Bangun seawal 4 pagi bila on air. Kemudian kisah Chef Sherson Lian yang tak kurang hebatnya. Bukan senang nak mengendalikan program masakan. Kena mengingati skrip & berdepan dengan tempoh penggambaran yang panjang.


Selepas sesi Q&A, kami berpeluang melihat secara live Chef Sherson Lian menyediakan menu yang diinspirasikan oleh Pharmaton, Ginseng Aiskrim yang dibantu oleh Fara Fauzana. Sebelum ini tengok Chef dalam program 5 Rencah 5 Rasa, tapi kali ini berpeluang tengok secara live kepakaran Chef Sherson Lian memasak. Kagum betul dengan Chef ni tau. Cara dia memasak tu macam mudah sangat semudah ABC. Si Fara pun macam kekok nak pegang alatan memasak semua eh. –.-


chef sherson lian pharmaton


Kira-kira setengah jam ketung ketang  di dapur (dapur la sangat), maka siaplah Ginseng Aiskrim yang sedap itu. Maka berpusu-pusulah kami semua menerjah dapur untuk mencuba sendiri Ginseng Aiskrim yang diinspirasikan oleh Pharmaton dan disediakan oleh Chef terkemuka abad ini, Chef Sherson Lian dibantu oleh penyampai radio terkenal, Fara Fauzana.


ginseng aiskrimGinseng Aiskrim


Sedikit Info Mengenai Pharmaton® & Extra Ginseng G115


kapsul pharmaton

Sejajar dengan rekod keberkesanan sejak lebih 50 tahun, Pharmaton® merupakan jenama multivitamin orang dewasa No.1 di Malaysia. Menggunakan formulasi dari Switzerland, suplemen semua dalam satu (all-in-one) berbentuk Kapsul/Kapletnya mengandungi vitamin, mineral yang diperlukan serta Ekstrak Ginseng G115® yang distandardkan.


Kualiti dan keselamatan Ekstrak Ginseng G115® yang distandardkan itu telah diuji dan dikaji secara intensif dengan lebih 100 penyelidikan. Menerusi penstandardan ketat, Pharmaton® memastikan setiap kapsul/kaplet mengandungi kuantiti bahan yang tepat dan seimbang. Dengan kombinasi unik Ekstrak Ginseng G115® dan multivitamin berkhasiat serta mineral, Pharmaton® diuji secara klinikal untuk memperbaiki tahap tenaga dan mengurangkan keletihan. Hanya sebiji setiap hari.


Kapsul Pharmaton® boleh didapati dalam botol kaca dengan amaun 30s dan 100s. Kaplet juga ditawarkan dalam pek jenis blister ringan dan mudah bawa sebanyak 10s, dipek di dalam kotak 30s dan 60s. Kesemuanya boleh diperoleh di semua farmasi utama di seluruh negara.


pharmaton eventKredit foto : Hafeez Ramli

Assalamualaikum.
Bye.

10 comments:

  1. Alaaa. Ingatkan duta terbaru ialah Hafiz Hafizol! Hahaha

    ReplyDelete
  2. Untungla dapat bergambar dengan fafau.. AKak pun minat ngan fafau nih.. Sempoi.. Hehe..
    Blog Mommy Diamonds

    ReplyDelete
  3. bestnya dpat jumpa dengan farah..mesti kecoh kan..heheh

    ReplyDelete
  4. Hensemnye Sherson Lian <3

    ReplyDelete
  5. Ginseng ice-cream woahhh i wonder how it tastes like

    http://www.theisabellee.com

    ReplyDelete
  6. amboiii...untungnya abang hafiz dapat bergambar dengan Farah Fauzana.

    ReplyDelete
  7. nampak sedap lah ginseng ice-cream tu

    ReplyDelete
  8. terbaik punya entri. Minat kat fafau tak pe berkejar dari office

    ReplyDelete