ELITE Combat Dandruff & Flakes-Gel Rambut Anti Kelemumur

Harinie nak berkongsi dengan korang mengenai gel rambut anti kelemumur pertama yang aku cuba iaitu produk Elite Combat Dandruff & Flakes. Memandangkan kulit kepala aku sendiri memang boleh tahan juga kelemumur membiak, dengan penggunaan Elite Combat Dandruff & Flakes yang konsisten, inshaallah masalah kelemumur dapat dikurangkan. Nyah engkau kelemumur dari kepala aku! \0/

 

 

model minyak rambut elite

 

 

“Rangkaian gel rambut ELITE Combat Dandruff & Flakes baharu diformulasi khusus dengan agen anti-kelemumur bagi mengawal dan mencegah kelemumur. Ia turut diperkaya dengan nutrien phyto, SEPICAP, untuk perlindungan daripada UV dan pencemaran. Ia tidak sekadar memastikan rambut bebas daripada kelemumur, malah memberi gaya rambut kekal terpacak,” ujar Jade Young, Pengurus Kanan Produk Wipro Unza (M) Sdn. Bhd.

 

Rangkaian produk penggayaan rambut ELITE Combat Dandruff & Flakes membolehkan lelaki menggayakan rambut mengikut stail keinginan mereka serta yakin bebas dari masalah kelemumur. Produk ini juga diperkaya manfaat hebat yang mampu mengurangkan sebum kulit kepala serta perlindungan yang memastikan rambut lebih kuat serta kulit kepala yang lebih sihat.

 

 

ELITE Combat Dandruff & Flakes boleh di dapati sama ada di dalam gel atau gel air. Aku lebih suka pakai yang jenis gel air. Picit sikit di tapak tangan, kemudian ratakan di rambut. Rambut aku dah sedia lurus so memang pakai jari je. Kemudian boleh tahan sampai balik kerja tau produk gel dari Elite ini. Takdelah nampak rambut kering kontang sangat bila lepas lunch hour. Rambut kita dahlah tak hitam dan lebat macam orang lain hew. So product Elite ini jugalah yang menyelamatkan rambutku mahkotaku itu. : D 

 

Gel Rambut ELITE Combat Dandruff & Flakes

 

      PrintPrint

 

Bentuk gaya rambut dan penampilan yang terhangat tanpa bimbang tentang masalah kelemumur dan kepingan-kepingan keputihan. ELITE mengandungi agen anti-kelemumur dan diperkaya dengan nutrien phyto, SEPICAP.

 

Sesuai untuk mereka yang memiliki rambut paling pendek sehingga sederhana pendek.

 

· Megawal & mencegah kelemumur

· Mengurangkan sebum kulit kepala untuk rambut & kulit kepala lebih sihat

· Melindungi rambut daripada UV dan pencemaran

· Menguatkan rambut

· Tanpa alkohol

Boleh di dapati dalam pek:

  • 100 g (Tiub) RM 5.50
  • 50 g (Tiub) RM 8.20
  • 250 g (Tub) RM 9.30

 

ELITE Edgy EFX Combat Dandruff & Flakes Water Gel

 

Print

Kekal bergaya dan tampil yakin dengan gaya rambut idaman anda bebas daripada kelemumur. Lawan dan cegah kelemumur menggunakan gel cair ELITE dengan formulasi kawalan kuat produk yang mampu memberikan kilauan semula jadi. Ia diperkaya dengan nutrien phyto SEPICAP yang melindungi rambut daripada UV dan pencemaran serta menguatkan rambut.

 

Sesuai untuk rambut pendek sehingga sederhana pendek.
Disediakan dalam pek: 200 ml RM 12.30.

 

 

Processed with VSCOcam with c1 preset

 

 

Produk Elite Combat Dandruff & Flakes boleh didapati di semua farmasi, pasaraya besar & pasaraya utama di seluruh negara. Layari laman Facebook Elite by Dashing di https://www.facebook.com/EliteEdgyEFX untuk maklumat lanjut mengenai produk serta aktiviti menarik.

 

 

Jom hapuskan kelemumur bersama Elite Combat Dandruff & Flakes!

12 Komen untuk "ELITE Combat Dandruff & Flakes-Gel Rambut Anti Kelemumur"

lelaki yang banyak kelemumur tu boleh la cuba produk ni. huhu

Perghh makin kacak la nampak gayanya ...

www.hasrulhassan.com

Yang xde kelemumur pun boleh cuba jugak. Byk lg kelebihan lain :)

Alhamdulillah.. haha.. =p

tak stylo mana pun. pakai jari je nie pojie. haha

Elite gel yg extreme cool ka super strong yg okk...nk mntk pndpat

Back To Top