Kali Pertama Drive Balik Kampung–KL Ke KT

Cuti Chinese New Year tahun ini haruslah dimanfaatkan dengan balik kampung. Hari Rabu 18 Februari lagi aku dah mintak Annual Leave dekat boss sebab nak balik kampung subuh Rabu. Plan nak gerak pukul 5.00 pagi tapi pukul 5.30 pagi baru gerak hew. =D


Disebabkan ini merupakan pengalaman pertama drive dari KL ke KT, haruslah kenangan yang indah ini diabadikan di dalam blog. Aku jenis noob sikit mana pernah drive jauh-jauh. Paling jauh aku drive pun Putrajaya – Cyberjaya. Pergi office. (huhu). Berbekalkan keberanian & keyakinan diri yang tinggi, selebihnya kita serahkan kepada Allah, kami pun pulanglah ke kampung dengan perasaan yang sangat teruja. Dah siap-siap burn lagu favourite dalam CD, nak pasang dalam kereta sambil karoks. Baru tak mengantuk masa drive katanya. 


Kami berhenti dua kali, RnR Genting Sempah (solat) dengan RnR Maran (breakfast nasi lemak bawak dari rumah). Alhamdulillah perjalanan balik kampung memang smooth. Tiada traffic jam. Tapi agak frust sikit la sebab tersalah tengok signboard cemana ntah boleh pulak lalu ikut jalan pantai. Baru nak merasa drive ikut Lebuhraya Pantai Timur (LPT) yang baru itu. Sepatutnya lepas tol Jabor terus U-Turn kan, tapi aku ambil straight. Salahkan co-driver okey! \O/


gambar jalan raya dari dalam kereta

Satu masalah jalan pantai nie, ada banyak lori minyak. Sabo jela. Nak memotong lori minyak pun, telan air liur dulu. Mengucap banyak-banyak. Jalan sempit pulak sempit. Lori minyak 2 biji di depan. Kau bajet kau boleh potong 2 biji terus. Last-last tak sempat. Kemudian kau stuck ditengah-tengah antara 2 biji lori minyak. Scary-nya !


Alhamdulillah. Selamat sampai kampung around 2.30 petang macam tu. :”) Tepuk tangan untuk diri sendiri. Buka pintu bilik nampak pemandangan dalam gambar bawah ini. Hatiku riang tak terkata. kah.


Jpeg


Balik KL semula hari Ahad pukul 6.30 am. Memang suka pun bertolak awal pagi. Sebab nak mengelakkan traffic jam. Plan asal nak gerak pukul 5.00 am kot. Seronok punya pasal tidur di kampung, sampai around 6.00 am baru bangun. Solat Subuh dulu kemudian 5.30am gerak balik KL melalui Lebuhraya Pantai Timur. Berkabus je pemandangan waktu pagi di LPT. Kitorang berhenti breakfast di RnR Gambang.


pemandangan lebuhraya pantai timur LPT Pemandangan waktu pagi di Lebuhraya Pantai Timur (LPT)

Start Lebuhraya Karak memang traffic jammed. Dengan orang buat 3 line semua. Jammed around 10 km kot kalau tak silap sebab aku tak alert sangat dengan kilometer-kilometer nie. Lepas tol Karak, lega kejap, kemudian jammed lagi dekat Bentong. -.-



Bila lepas tol Gombak, barulah lega sikit. Ambil kiri kemudian straight je tengok signboard ke Putrajaya. Around 2.30 petang jugak sampai.


Dari KL – KT,
5.30 am – 2.30 pm
Laluan : Jalan Pantai
Tempoh Perjalanan : 9 jam
Dari KT – KL,
6.30 am – 2.30 pm
Laluan : Lebuhraya Pantai Timur
Tempoh Perjalanan : 8 jam

Kesimpulan : Apijol seorang pemandu berhemah. =D
23 Komen untuk "Kali Pertama Drive Balik Kampung–KL Ke KT"

belajar dari kesilapan okeyy...lepas ni kita dah tau jalan mana yg kene ambik..haha..

bestnyaaa..tahniah apijol dah berani.clapclap =)

saya masa balik pahang jammed nak balik ampang semula pon jammed. T.T

Salute ah bro. Aku tak reti sangat nak drive jauh-jauh ni. Cepat mengantuk. Hahaha!

hai awak,kita datang,bila nak bawak saya balik kampung awak ni?emmmmm

ececeh apijol berhemah gitcheww!!!

Yeay abam pejol tak kena speed track..

wah berani dah.. lepas ni mesti selalu nak drive balik kg kan? heheheheh

sambil drive berhenti rnr makan nasi lemak.. pastu msg sape..?

klw time bukan perayaan KL - KT dalam 5 jam lbh jek dik. klw perayaan 8 jam tu kira ok la lg kn

Lepasnie takde salah jalan lagi. Hehe

sis pun kental n berani jugaK. Hehe

Yg penting sampai dgn selamat xD

Alhamdulillah tak mengantuk spnjg drive. huhu.

Haha. Nanti mengucap panjg je awak dalam kereta kang

Alhamdulillah. X kena. Kata pemandu bhemah kan? Hihi

Haha. x boleh la selalu. Tggu raya pulak drive balik ha ha

Sabar jer lah. Haha perjalanan paling jauh cuma pergi kerja ? Nampak ada pembohongan di situ. Kah kah kah. Tahniah kerana mencapai satu pembaharuan dalam hidup :3

Foyooo..Abang pijol kita dah ada kereta.. :)

Alhamdulillah selamat perjalanan, jauh gak tu perjalanan yg panjang.

Back To Top