Cara Menghilangkan/Mengurangkan Batuk yang Teruk

Baru-baru ini aku mengalami batuk + sakit tekak yang agak teruk. Tekak terasa perit gila nak telan air liur pun pedih. Inikan pula nak telan nasi. Memang puasa nasi la aku sepanjang tekak sakit tu. Batuk pulak toksah nak cakap la. Sampai nak terkeluar anak tekak kita batuk. Siap spare plastic nak ludah kahak lagi bila tidur (haha). Baru boleh tidur dengan aman sikit. Kalau tak terpaksa ulang alik keluar masuk toilet.

 

3 Cara Tradisional Mengurangkan Batuk

 

Ada juga hamba Allah yang baik hati telah berkongsi petua tradisional menghilangkan batuk dekat aku. Aku sendiri pun ada petua jugak kalau batuk. Selain ambil ubat hitam pekat yang boleh menyebabkan mengantuk di klinik, aku amalkan petua menghilangkan batuk cara aku sendiri. Inshaallah berkesan.

 

1. Minum Air Garam + Kunyit Hidup

 

gambar kunyit hidupCredit gambar

 

Petua ini dari seorang hamba Allah. Tapi aku tak buat pun sebab aku tak jumpa kunyit hidup dekat dapur. Kalau nak cuba petua nie, korang boleh tumbuk kunyit hidup berserta garam kemudian airnya korang minum. Aku just berkumur air garam je. Doktor kabo bagus untuk menghilangkan sakit tekak. Tekak sakit biasanya ada virus.

 

2. Air asam Jawa

 

gambar asam jawaCredit gambar

 

Siapa tak tahu mujarabnya air asam jawa untuk menghilangkan batuk kan. Aku pun kalau batuk, selalu juga beli air asam jawa. Batuk kali ini aku tak minum air asam jawa, aku makan terus asam jawa tu campur dengan gula. Wahaha. Tengoklah betapa malasnya aku nak buat air asam jawa kan. Alhamdulillah bila ratah asam jawa campur gula, batuk beransur hilang. Masa tidur pun kurang sikit batuk.

 

3. Teh O Limau Suam


teh o limau suamCredit gambar

 

 

Kebetulan mak dari kampung nak datang sini, so aku terus kirim limau nipis dekat mak. Limau nipis memang banyak kat kampung. Ada 2 pohon limau nipis. Petua ini memang aku selalu amalkan kalau batuk. Lagi-lagi bila dekat kampung. 


Pagi, petang & malam memang tak miss minum tea o limau suam. Memang sangat mujarab inshaallah. Aku perah sebiji terus limau nipis dalam teo o limau suam. Kalau pergi makan dekat kedai time batuk pun, memang akan order tea o limau suam nie memanjang sampai batuk beransur hilang.

 

 

Itu sajalah cara menghilangkan batuk yang dapat aku kongsikan dengan korang semua berdasarkan pengalaman aku sendiri. Testimoni dah ada nie. Boleh lah korang cuba kalau mengalami batuk okey. Yang penting, jangan minum ais dan banyakkan minum air kosong.

 

 

Haritu sembang lah dengan member aku pasal batuk aku nie, sambil sembang sambil batuk. Dia pun buka cerita pengalaman dia dijangkiti tibi. Dia cepat-cepat suruh aku pergi klinik ambil darah takut aku dijangkiti tibi. Cuak aku. Then hari berkenaan juga aku mintak halfday dengan bos kemudian pergi klinik leulz. Nasib hasil test darah aku normal. Alhamdulillah.

 

 

Jpeg

 

P/s : Sakit itu penghapus dosa.

23 Komen untuk "Cara Menghilangkan/Mengurangkan Batuk yang Teruk"

Salam.... air suam campur madu ngan limau nipis... amalan saya... tapi air kosong sentiasa ada kat tangan... batuk jer teguk batuk jer teguk... tekak takleh kering... kering jer akan gatal... kalau boleh masuk tangan dalam tekak memang dah garu dalam tekak tu tapi takleh... tu yg batuk tu... utk hilang gatal...

uhuk uhuk qila paling suka honey lemon tea hehehe
tapi mkn strepsils pun menjadi hiks.

Salam. Setuju dengan bro Najib. Air suam campur madu dengan limau nipis memang berkesan. Disamping itu, pemakanan juga kena jaga eh. Anyway, thanks for sharing. Cara pertama tu belum cuba dan tak pernah akan cuba kot. Hahah!

Kalau batuk minum la ais banyak2... *thums up
baru berkesan hehe

air asam jawa tu best.. sedap

Air asam jawa tu sedap , tak sakit tekak and tak batuk pun nak minum. Hahaha.

Bab batuk mmg boleh tekanan perasaan..hihi..yela baring pon xboleh..kalau ayut mmg minum air masak byk2x je..

petua kunyit tu 1st time dengar.. yg lain tau la. n selalu petua glamor baca dlm majlah ambil satu sudu kicap n perah limau nipis dlm kicap tu then minum. tp pnah buat tak jadi pun..haha...

petua utk kahak pecah yg mujarab n memg menjadi, ambil satu sudu madu asli campur ngan jus limau sunkist then minum. ini batuk pun hlang.. bagi untuk budak2 yg lelah seb byk kahak pun sgt bagus..

noe kalau batuk mmg x ambil ubat doktor...ubat doktor ni biasanya buat batuk lagi teruk...yg biasanya noe minum air asam jawa la...dengan madu+perahan limau...

bagusnye abang ni share petua. petua awet muda xnak share ke? jihihi

mmg tengah batuk dan selesema nih . selalu minum air suam asam jawa letak gula sikit . buh dalam botol panas tu . tgh mlam batuk minum tu trus lega . gatal tekak tu mmg tayah cita lah mmg gatal . slalu kalau batuk ni makan cekelat woods tu . tuu bagus .

Air asam jawa tu boleh diterima lagi, kalau air kunyit tu memang tak akan pernah nak cubalah kot.. :)

mak mertua sy ajar perah asam limau campur madu. Menjadi jugak awak eh.

tq sharing..petua yang sangat bermanfaat..

Nice article brother. sangat membantu awak...

Insyaallah saya nak kongsikan sedikit petua yg insyaallah mujarab, kalau rasa batuk tu Makin hari Makin menjadi amalkan makan minyak ikan. Kalau boleh beli yg liquid punya , amik satu sudut besar pagi dan malam .insyaallah mujarab . Dalam masa 4 hingga 5 hari batuk akan ber kurang dan akhirnya sembuh.

1st time dengar peua air kunyit n garam & makan minyak ikan .. belum cuba lagi.. tapi yg lain 2 tu dah cuba tapi x berkesan juga. tq for sharing

Aku dah sebulan merana dgn batuk ni...ubat macam2 dah telan tapi x sembuh2 jugak...tension betul...ya allah sembuhkan penyakit hambamu ini ya allah...

Tanpa Nama
delete

Minum madu dgn serbuk kulit kayu manis. Hilang batuk n gatal tekak

Back To Top