Tempat Makan Best di Bangi|Gearbox Warung Dusun

Tahu kewujudan Gearbox Warung Dusun ini masa zaman belajar dulu lagi. Pernah la makan 2 3 kali dekat situ zaman belajar haritu. Alhamdulillah bila dah bekerja, still ada rezeki datang sini makan gearbox yang sedap itu. Dah nama tempat makan pun Gearbox warung Dusun, haruslah menu utama yang paling best dekat situ ialah sup gearbox. 


Sedap sangat awak oi. Kalau tak sedap takdenya saya repeat datang sini. Nak ke restoran Gearbox Warung Dusun tak susah. Korang just waze je Gearbox Warung Dusun Bangi memang korang akan dibawa terus oleh waze ke sana. Senang betul teknologi zaman sekarang ye. =D


tempat makan best bangi


Sampai dekat Gearbox Warung Dusun dah lewat around pukul 11.00 macamtu. So tak meriah sangat orang dekat sana. Ada dalam 4 – 5 kumpulan customers. Biasa kalau datang sini bersusun kereta tepi jalan. Konsep kedai ini pun just nice. Ala-ala kampung sikit. Santai je. 


Aku lupa pulak nak ambil gambar kedai sebab excited sangat nak makan sup gearbox kan. Sorry bro sis semua. Order Sup gearbox 1, telur masam manis, nasi putihx2, jus epal & milo ais. Sekali sampai sup gearbox besar gila. Dah was-was nie boleh ke dua orang nak habiskan sup gearbox sebesar periuk ini. Dahla petang tadi makan banyak gila dah dekat Year End Party kat office.


tempat makan best bangi


Disebabkan sup dia memang sedap, so berusaha jugak habiskan sup gearbox. Mula-mula makan memang best sebab sup masih panas kan. Hirup sup pun rasa nikmat sangat. Bila sup dah sejuk, dah muak pulak nak hirup. Mujur masih berbaki sedikit. Maybe pihak restoran patut buat konsep hidang sup dalam periuk yang boleh letak api dekat bawah tu kot. 


Customer pun kalau dah melepak, mesti la lama kan. Sambil makan, sambal borak. Sambil potong daging yang melekat dekat tulang lagi. Sedar tak sedar dah sejuk pun sup tu sebab ralik sangat duk potong daging. Maybe dia tak buat konsep makan sup macam tu sebab takut membahayakan customer kot. Sekali kau tengah gigih hiris daging gearbox, lingkup periuk tu kan wahaha.


Alhamdulillah serious memang kenyang gila ratah daging gearbox and sup dekat sana. Sampai tak larat nak bangun pun ada. Tarik nafas dalam-dalam kemudian pergi kaunter. Kami expect harga makanan yang kami makan mahal sebab dia punya gearbox tu besar (harga gearbox berdasarkan saiz gearbox katanya). Rupanya semua yang kami makan itu hanyalah berjumlah RM38.00 sahaja. 


Bagi aku harga ini tidaklah mahal. Ingat senang ke nak dapatkan gearbox yang segar dan besar. Aku pun masa tengah-tengah makan tadi terfikir jugak berapa lah agaknya dia charge untuk gearbox sebesar ini ye? (debor takut duit tak cukup lol)


gearbox warung dusun


Korang kalau datang Bangi, singgahlah juga ke tempat makan best di Bangi ini tau. Inshaallah sangat berpuas hati makan dekat sini. Lagi-lagi jika anda penggemar sup gearbox. Highly recommend. Ingat lagi zaman belajar haritu, kawan dari Shah Alam pun sanggup datang sini sebab mengidam sup gearbox di Gearbox Warung Dusun.
24 Komen untuk "Tempat Makan Best di Bangi|Gearbox Warung Dusun"

tak penah sampai lagi sini even tak lah jauh mana dari rumah. boleh lah usha usha pulak restoren ni nanti. wohaaa :D

tumpang singgah sini, nak makan gear box jauh sangat

Kurus boleh lah makan gearbox woi qila kureng sikit huhhihi sbb pacek tak habis offer bcs he owns this one big kandang hehe. Sampai tak lalu dah makan hahahahaha.

Tapi mcm terliur n rindu pulak hihi.
Dapnyaaaaaa nak lah kalau gi bangi yg jauh tu tsk tsk

Serious, jadi lapar pula tengok post hang ni. Warghhh!

perghhhh mengancam!!! sedapnyaa

hang pun duduk bangi ke? Aku baru semalam makan kedai gearbox ni, memang puas hati makan gearbox, cuma straw kecil pula yang dibagi, biasa makan kedai gearbox lain kasi strraw besar skit baru puas sedut. Tapi memang terbaik bukan gearbox je makanan lain pun sedap. kena datang.

Makan sedap muka terus bertukar jadi kucing. Pergh, hebat betul penangan sup gearbox tu. :3

Nanti kalau sampai sini, boleh try .

Xde jauh sgt lah Qila. Sebelah kg awak je nie. Hihi

Kucing tengah lapo tu hihi

Apa lagi start la kete datang sana

Cheq stay Putrajaya . Haritu belajar di Bangi itu yg tahu tempat makan best nie.

Haha betul tu bro. Ini gambar unedited tau. Gambar original punya leulz. !

sepuluh tahun duk bangi masa bujang dulu... klu nak makan sup gearbox, mmg sinilah tempat yg dituju..

bangi dah macam syurga makanan.... nak tomyam? western? sup? asam pedas? masakan kampung? semua ada :-)

Gugur woo ayak liuq tgk saiz gearbox tu huhuhu...

sedapnya sup gearbox tu...bagai terasa2 kat tekak akak dik...lama dah x makan....

wahhh, sedapnya alahai....
singgah sini sambil klik rhb satu..

Haha. Pegi la sana kak kasi masuk dalam tekak terus.

2 tahun duk bangi ritu, tak jumpe lak kedai ni..rugi2..hehe kena gi cari ni

adaa follow here ye :)

www.adaa-inspiration.com

Ala...xlayan gear box le ape ni...jap lg ada pening pale kang..org ckp batu pahat ni byk mknan best pon lom penah ye lagi try...

Sedapnya sup gearbox. Interesting. Best lah.

Back To Top