Review & Ost Manisnya Cinta di Cappadocia

Sepatutnya entry Review & Ost Manisnya Cinta di Cappadocia nie tahun lepas punya entry. Pasrah jela kan dapat blogger suam-suam kuku yang malas macam ni waha. Terpengaruh dengan entry-entry daripada bloggers mengenai filem Manisnya Cinta di Cappadocia yang memberikan feedback sangat positif, terus hati aku meronta nak pergi tengok .waka. Lama dah tak feeling dalam wayang bila tengok filem melayu. Last masa tengok filem Papa, I Love You lakonan Mia Sara dengan Lisa Surihani tu. =D

semanis cinta di cappadocia

Manisnya Cinta di Cappadocia merupakan sebuah filem Bernard Chauly adaptasi novel Manisnya Cinta oleh Anis Ayuni. Jangan tak tahu novel Manisnya Cinta merupakan novel yang sangat popular. Pembaca novel Manisnya Cinta mesti tak sabar nak tengok filem ini kan. Filem ini ditayangkan di pawagam bermula 11 Disember 2014. Aku pun tak sure masih available lagi tak di pawagam sekarang nie. Korang tunggu keluar tv la pulak kalau dah takde dekat wayang tu ok. Padan muka siapa suruh lambat sangat. 

Para Pelakon yang membintangi filem Manisnya Cinta di Cappadocia pulak semuanya pelakon hebat dan my all the time favourite. Antaranya Nor Fazura, Shaheizy Sam, Lisa Surihani, Rafidah Abdullah, Eja, Josian Hogan, Fauziah Ahmad Daud, Zaibo dan undangan khas Faizal Hussein. Saya minat gila dengan Fazura, Lisa Surihani dengan Fauziah Ahmad Daud kot. =P


Sinopsis Manisnya Cinta di Cappadocia


Ifti Liyana (Fazura) tidak pernah mendambakan sayang dari lelaki yang bernama Fredo (Josian Hogan). Bertahun bersama, namun tiada segelumit perasaan untuk jejaka itu. Akhirnya, Fredo menikahi gadis lain dan tinggallah Ifti Liyana menyusuri hidupnya sendiri.


Pertemuan pertama dengan Nazmi (Faizal Hussein) telah mencambahkan perasaan yang dia sendiri tidak fahami. Kehadiran Nazmi menghuru-harakan perasaannya. Namun, rasa rindu yang mulai datang mengebu di hakis dengan rasa keegoan. Di benamkan rasa rindu tapi hati terlalu degil untuk memahami apa yang di lakarkan oleh akal. Rindu tetap datang dan datang.


Nazmi pasti, Ifti Liyanalah gadis yang dicari untuk menjadi suri hatinya. Sifat keibuan dan lemah lambut milik Ifti Liyana sangat menerujakan hatinya. Diuji Ifti Liyana dengan kekurangan diri namun Ifti Liyana tidak pernah menolak untuk berteman dengannya.


Antara keinginan untuk menyayangi atau sangsi akan kejujuran kaum lelaki, Ifti Liyana buntu. Lelaki itu yang sekejap ada dan sekejap menghilang bagai bermain tarik tali dengannya. Dirinya ibarat mengejar bayang-bayang. Dirinya kerinduan namun untuk diungkapkan dia sangsi, adakah Nazmi jugak berperasaan yang sama dengannya?


Bila kasih mula membara, bahangnya mulai terasa. Akhirnya, Nazmi melafazkan ungkapan yang dinanti. Kasih berpadu namun tercalar bila cemburu menguasai akal fikiran. Tanpa usul periksa, Ifti Liyana menjatuhkan hukuman. Nazmi terkapai-kapai mencari punca.


Permasalahan terungkai kini. Sukarnya mengucapkan kata maaf. Demi cinta dan sayangnya, Ifti Liyana membuang ego yang tersarat padu di hatinya. Dia yakin Nazmi tercipta untuknya. Yang akan melindungi dan mengasihinya hingga ke akhirnya.

Review Manisnya Cinta di Cappadocia


Kisah kekeluargaan yang digarap di dalam filem Manisnya di Cappadocia sangat menarik dan banyak pengajaran yang berguna. Siapa tahu keluarga Ifti Liyana yang kelihatan harmoni dan bahagia juga mempunyai kisah silam yang sangat tragis. Suka hubungan akrab Ifti Liyana dengan adiknya, lakonan Lisa Surihani dan hubungan Ifti Liyana dengan anak-anak buahnya.


manisnya cinta di cappadocia_5


Kisah percintaan yang romantik antara Ifti Liyana dengan Nazmi yang sanggup menyamar sebagai pemandu bas untuk merahsiakan pekerjaan sebenar beliau kerana terlalu ramai wanita yang materialistik. Akhirnya Ifti Liyana juga yang menjadi pilihan hati. Nazmi juga sanggup mengekori Ifti Liyana sehingga ke Cappadocia. So sepanjang di Cappadocia, Nazmi menjadi driver bas Ifti Liyana.

manisnya cinta di cappadocia_6

Banyak scene yang romantik di Cappadocia sehingga aku sendiri asyik senyum sorang-sorang mungkin aku membayangkan Ifti itu kekasih aku & Nazmi pulak aku leulz. Mujur kita single kahkah. Korang yang mengikuti lakonan Shaheizy Sam memang sudah sedia maklum kehebatan beliau melakonkan watak-watak romantik. Perempuan yang menonton filem ini mesti cair meleleh tengok lakonan Sam kan? =P

manisnya cinta di cappadocia_2

Latar tempat didalam filem Manisnya Cinta di Cappadocia juga sangat cantik. Lagi-lagi di Cappadocia itu sendiri. Memang kagum gila tengok bangunan-bangunan dan pemandangan yang cantik di sana antaranya scene Ifti menaiki belon udara panas di Cappadocia.

manisnya cinta di cappadocia-3Belon udara panas di Cappadocia


manisnya cinta di cappadocia_4Sweet gila. Menangis tengok

Babak paling meruntun jiwa di dalam filem Manisnya Cinta di Cappadocia mestilah babak Ifti Liyana memutuskan hubungan dengan Nazmi disebabkan beliau melihat kecurangan Nazmi di hadapan matanya sendiri tanpa meminta apa-apa penjelasan daripada Nazmi.


manisnya cinta di cappadocia-1

Apakah kesudahan percintaan diantara Ifti Liyana & Nazmi? Pastilah kesudahan yang indah kan dalam mana-mana filem cinta pun. Jangan lupa menonton filem Manisnya Cinta di Cappadocia tau. Untuk filem Manisnya Cinta di Cappadocia, Apijol kasi 4 bintang ke Fazura. =p


Ost Manisnya Cinta di Cappadocia


Bila ada scene romantik antara Ifti Liyana dengan Nazmi, automatik lagu Ost Manisnya Cinta di Cappadocia akan dimainkan. Membuatkan aku tertanya-tanya lagu apa yang best sangat nie. Sanggup google lirik lagu semata-mata nak tahu lagu apa leulz. Rupanya lagu Ost Semanis Cinta di Cappadocia ialah lagu asal oleh Sixth Sense – Manisnya Cinta. Balik rumah cepat-cepat download lagu Manisnya Cinta – Sixth Sense. =p


ost manisnya cinta di cappadocia

 

Lirik Lagu Ost Manisnya Cinta di Cappadocia


Cintamu ini sudah meracuniku
Seakan telah mengalir dalam darahku
Dan memaksa malamku terus memikirkanmu
Masuk dalam mimpi-mimpiku


Tapi prasangka telah mengganggu fikiran
Mengatakan hatimu sudah termiliki
Membuat jantungku berdetak perlahan
Dan seakan waktu ini terhenti


Aku takut
Aku salah
Tapi cinta
Prasangka ku salah padamu
Ku salah tentangmu

Kaulah cinta
Semua cinta untukku
Tak ada semanis cintamu
Setulus hatimu
Hanya engkau
Hanya engkau 
24 Komen untuk "Review & Ost Manisnya Cinta di Cappadocia"

sumpah best cerita ni.memang senyum sorang sorang tengok sampai orang sebelah jeling jeling. hahahah :P

Nothing much but I love their location. Best and cantik!

kan best kalau ada org buat mcm ni kat saya...kahkahkahkah.. *mimpi

ayo ruginya tak tengok hari tu.. nanti la download

Alalalal, orang tak tengok lagi cerita ni, Masamnya Cinta ada tak akan datang? hahahaa.. xD

eh check typo nazmi bukan faizal hussein lah!!! Hahahahahahhha.
Best cerita niii tp qila dh terrbaca novel well sadly i expected more hiks.
Tapi best! Nazmi ehem sweet sangat aw gula

benci tengok cerita ni. sebab bazirkan air mata saya.huwaaaaaaaa..

La jiwang habis lah adik.menonton movie nie kan..hihi. cik akak tak tengok lagi nie...kena gak tengok nie..mana tau ada jual lagu kat pawagam

eh kejap.. watak nazmi faizal hussein ke sam... daku dh pening..huhu.. b4 ni dok tgk iklan kt ad board bulatan lumba kuda jer, nmpak menarik. so memg menarik la ek?? ok, bolh tgk ;-)
tenkiu seb sudi buat review

<a href="http://zinziemeewah.blogspot.com>zinziemeewah</a>

aslkm... nak tumpang promote blog.. sesiapa yg berminat dgn gajet/barang2 berkaitan dengan handphone, boleh singgah melawat ke blog hamba ini http://stylomeelogadget.blogspot.com

Nazmi tu shaheizy sam kan? Faizal hussin abg ipar dia.. Tak tengok lagi filem ni tapi novel manisnya cinta tu dah pernah baca masa zaman sekolah dulu..

Haah betullah tu . Hihi. tggu keluar dalam tv jela .

Watak nazmi mestilah sam. Menarik la jugak. Romantik. sweet. Hehe

Yup mmg sgt cantik. Suka tgk

belum pernah tengok lagi cerita ni tapi best nya kalau dalam kehidupan sebenarnya Fazura kahwin ngan TMJ kan... boleh dia jadi Permaisuri Agong

Gigih bace seketul seketul pasal review...tp nak tgk yg baru ni..ape ntah tajuk lupa...mr perfect 10 ke amenda ntah..seruus lama xlayan wayang..mmmm.nak dload lagu la nnt ;p

macam best je movie ni. boleh masuk dalam watch list :)

filem ni sweet2 gitu..

bestnya kalau dapat ambik gmbr kita dalam belon panas tu dr atas :D

tabik kt ko dik. Hahaha minat cite jiwang-jiwang seyyy ! tapi apa pun cite ni memang best. Ringan and sesuai ditonton untuk ketenangan. hahaha

Back To Top