Exhibitor @ //bina/ Malaysian Developers Conference 2014

Bila boss suruh aku cover event dekat TM Bangsar, aku cuak sebenarnya sebab event weekend satu hal (jangan kacau weekend saya), masalah transport pun satu hal jugak. Ini kira kali pertama nak pergi TM Bangsar. Ok la boss saya ikut arahan boss. Saya akan pergi ke event itu boss jangan risau. Disebabkan Subki my partner balik kampung, boss suruh saya pergi sorang-sorang. Saya ok boss, saya dah besar (ayat pasrah). Saya akan menjadi exhibitor di Malaysian Developers Conference 2014 yang berlangsung di TM Convention Centre.


poster malaysian developer conference 2014

Mujur ada kawan bekerja di Menara TM, so aku tanya siap-siap dia cara nak pergi ke TM Bangsar nie. Bila tweet di twitter, ada yang bagitau ambil stesen Bangsar, ada yang kabo ambil stesen Kerinchi. Peling kepala aku. Senang-senang aku contact terus member aku yang kerja TM Bangsar, dia kabo ambil LRT Universiti. Kemudian jalan kaki ke TM Bangsar. Kau nampak Menara TM dalam gambar? So aku jalan kaki dari LRT Universiti ke sana. Takdelah jauh sangat =P


lrt universiti


Sebenarnya aku sampai sana agak lewat jugak la. Biasa la kalau weekend selalu terbabas bangun tidur tau tak gila betul. Lepastu nak kena tunggu tren lagi ke KL Sentral. Naik LRT ke Universiti lagi. Jalan kaki ke Menara TM Bangsar akhirnya sampai juga ke TM Convention Centre dalam pukul 9.30 am. –.- Bila dah sampai tengok orang lain dah set up tempat masing-masing, tinggal meja company aku je yang kosong. Cepat-cepat pasang banner dan susun flyers atas meja. Ciap!


nasi lemak kopi o

Dah set up tempat kasi tak nampak hambar sangat, kita pergi breakfast dulu. Sangat sedap dia punya nasi lemak sambal bilis seriously. Lama dah nak makan nasi lemak sedap macam nie akhirnya tercapai juga (amboi). Biasa kalau makan makanan pedas masa breakfast, perut confirm akan meragam tapi harinie elok-elok je perut takde meragam pun maksudnya dia dapat menerima dengan baik sekali nasi lemak sambal bilis sedap itu.


malaysian developers conference

Kitorang dapat meja pertama. So, diorang yang masuk dewan ini mesti akan nampak meja kitorang dulu. Yeah, mari ramai-ramai sini Apijol nak explain pasal projek terbaru yang sedang rancak berjalan iaitulah ICON3 – ICONdapp. Ini merupakan first event yang aku cover dan memerlukan aku untuk explain kitorang punya produk. Sangat excited ye. =D

Sekali,

“ Sorry, cant you explain about this?”
“ em this is em”
“ What? I don’t understand. You can explain in Malay”
“ ok! (muka excited)”

Sekali,

“ Boleh awak explain mengenai ICON3?”
“ Ok ICON3 blablabla”
“ awak orang mana ye?”
“ Orang Terengganu”
“ Ok cakap Terengganu jela”
“ ok! (muka pasrah)”


Dan banyak lagi lagi peristiwa yang sangat melucukan pada hari ini. Paling lucu sekali yang dia suruh aku cakap Terengganu tula. Samada dia sarcasm ataupun dia memang betul-betul maksudkan apa yang dia kata, itu aku tak dapat nak pastikan. Sebab tengok dari muka memang serious habis. Hm kaka.


dewan tema biru Kemain awal lagi meja sebelah berkemas. Dah takde sorang dah –.-


Model Cortana irl


Pada hari kejadian ada model Cortana tau. Cortana in real life woow! Diorang promote diorang punya selfie contest. Ramai gila orang bergambar dengan Cortana nie. Sempat jugak bergambar dengan Cortana yang cun itu pakai phone orang leulz. Cortana korang tahu tak apa sebenarnya? Boleh baca sini yer. Aku pun baru sekarang nie tahu pasal Cortana. Nak explain lebih-lebih takut nanti terbagi ajaran sesat pulak ke korang semua.


Post a Comment

24 Comments

  1. http://sayasukala.blogspot.com/2014/09/liebster-award-tagged-by-dunia-chien.html Tag Awak

    ReplyDelete
  2. masa kerja KL, memnag LRT tu lah pengangkutanku. hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. nie mesti dah expert gila dgn LRT . nak pegi tempat tu, stop kat mana haha

      Delete
  3. Seronokla dapat selfie dengan Cortana. :)

    ReplyDelete
  4. Sedapnye nasik lemak. Btw model tu menakutkan mukanya :O

    ReplyDelete
    Replies
    1. dia comel cute la umie jangan takut-takut

      Delete
  5. Haha..same laa.. Kalau tak bangun lewat weekend mmg tak sah. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. weekend je boleh bangun lewat . hari lain kena awal-awal

      Delete
  6. bw..:)
    http://norminieza.blogspot.com/2014/09/giveaway-blogwalking-bersama-mamanizacom.html

    ReplyDelete
  7. Awek ke patung sebelah bro tu?

    ReplyDelete
  8. haha...kelakar suru explain dlm dialek Terengganu...xpe, bahasa jiwa bangsa (eh mcm xde kaitan)...hehe

    ReplyDelete
  9. terliur plak sy tgk nsi lemak tu awok eh.

    ReplyDelete
  10. Rajin-rajin kerja tau! Semoga berjaya dalam apa jua yang awak lakukan.

    ReplyDelete
  11. Assalamualaikum dan singgah hujung minggu di sini....bestnya naik LRT..akak tak penah lagi ni naik LRT....hehe

    ReplyDelete
  12. mun pun xreti nak naik LRT ni..slalu follow kawan je..dia la yg belikan tiket,,hehe

    ReplyDelete
  13. BBL selalu pergi kl & tren lah pengangkutan rasmi. naik bus rapid memang tak reti so pergi tempat yang boleh akses dengan lrt jelah.

    ReplyDelete
  14. Perghh bergambar dengan modellah dia.. :)

    ReplyDelete
  15. dtg sini balas kunjungan..... (teringat lak masa dok KL dulu... g mana2 dgn LRT.. best! ) :D

    ReplyDelete