Pelik sangat musim kemarau pada tahun ini. Kemarau gila sampai pohon durian, manggis, rambutan dekat rumah pun boleh kering kontang. Mungkin dah mati. Tahun ini dan tahun-tahun seterusnya mungkin tiada lagi seorang Apijol bawa baldi pergi belakang rumah nak kutip buah rambutan. Tiada lagi bawa plastik panjat pokok manggis danjemput kawan-kawan makan durian di rumah masa musim buah buahan. Oh sedihnya. T_T
Nah siapa tak terkejut bila lama tak balik kampung, tiba-tiba balik kampung begini jadinya pohon-pohon di sekeliling rumah Pok Awang. Sampai kampung lewat malam, pagi esoknya buka jendela tiba-tiba tengok pokok-pokok belakang rumah dah kekeringan. Rumput semua pun kering. Sebelum ini hijau segar mata memandang. Sekarang ini semua jadi warna coklat sakit mata memandang (kau dah kenapa emo sangat nie).
Selalu juga mengikuti perkembangan kampung dari mak dan kawan-kawan dekat kampung. Ramai yang cakap hujan lama dah tak turun di Kuala Terengganu nie. Itu sebab pokok kekeringan sehingga mati terus. Kekurangan air untuk proses fotosintesis bak kata cikgu masa sekolah haritu.
Aku sebenarnya susah nak hadam bila tengok begini keadaannya di kampung aku. Aku jadi sedih sebab yang pertama mestilah sedih sebab tahun ni dah tak dapat merasa musim buah buahan. Kemudian terus teringat kenangan berpesta buah-buahan dengan kawan-kawan & cikgu-cikgu. wuwuwu.
Ayuh sebarkan doa mohon diturunkan hujan ini. Semoga doa ini memberi manfaat kepada kita semua. Kalaulah pohon durian, manggis, rambut yang kontang tu boleh dihidupkan semula. Kalaulah. hm.
inshaallah. =D
19 Comments
Sini di aussie musim winter...syukur alhamdulillah
ReplyDeletefuyo jauhnya sampai ke aussie haha
Deletedahsyat jugak kemarau tu.. teringat masa musim kemarau 1 malaysia baru2 ni.. sampai kes nk kena angkut air..
ReplyDeletekt kg pun air mcm ade x ade je. mujur ade telaga haha
Deletewah! kering kontang pokok durian tu hah..adoilah~ samarahan, sarawak pun panas jugk ni..sampai rasa nak berendam ja dlm baldi..huhu..
ReplyDeletehaah kering kontang dah belaka. :"(
Deletetempat kita pun dah lama tak hujan tapi tak sampai lagi lah tahap kemarau.
ReplyDeleteAlhamdulillah . takde la pokok durian awak mati kan hihi
Deletesy tetiba sebak.waaa..
ReplyDeleteyg tulis entry nie lagi sebak sis haha
Deletehakhak .. gigih tul jojo ambik gmbr pepokok ..tgh2 panas g snap gmbr.. wuwuwu.. sedih gak xdpt merasa buah2 blkg umah mak..walaupun dpt rase sthn skli jer..
Deletehaha mmg gigih g pah belakang nung. lepah snap, terus naik atah rumah duk depan kipas haha
DeleteDah nak puasa ni lagi berganda2 kemaraunye. Semoga diturunkan hujan diseluruh Msia khususnye di Tganu. Area rawang pun dah panas bahang kat sni.
ReplyDeletealhamdulillah td tanye org kg, dia kabo malam tadi hujan '')
DeleteMemang la ni musim panas. Akak baru balik.dari penang, anak anak terus demam.
ReplyDeletemusim kemaru sebelum ini takde la seteruk ini kot. pokok pun boleh kering kontang nie kekurangan air huhu. jaga diri kak
DeleteArea Selangor ni pun kemarau..Dijangka sampai puasa panas..
ReplyDeleteujian di bulan puasa la gak kalau panas camgini hihi.. sabo jela nanti.
Deletepanas sungguh. sekarang kat besut hujan sebelah petang. tengahari terik. kalau jemur ikan kering, jadi keropok.. kui3..
ReplyDelete