Musim Kemarau di Kuala Terengganu

 

Pelik sangat musim kemarau pada tahun ini. Kemarau gila sampai pohon durian, manggis, rambutan dekat rumah pun boleh kering kontang. Mungkin dah mati. Tahun ini dan tahun-tahun seterusnya mungkin tiada lagi seorang Apijol bawa baldi pergi belakang rumah nak kutip buah rambutan. Tiada lagi bawa plastik panjat pokok manggis danjemput kawan-kawan makan durian di rumah masa musim buah buahan. Oh sedihnya. T_T

 

pokok durian kering Pokok Durian

pokok manggis mati Pokok Manggis

pokok rambutan kering Pokok Rambutan

gambar daun kering Daun Manggis Berguguran (T_T)

pokok durian mati

 

Nah siapa tak terkejut bila lama tak balik kampung, tiba-tiba balik kampung begini jadinya pohon-pohon di sekeliling rumah Pok Awang. Sampai kampung lewat malam, pagi esoknya buka jendela tiba-tiba tengok pokok-pokok belakang rumah dah kekeringan. Rumput semua pun kering. Sebelum ini hijau segar mata memandang. Sekarang ini semua jadi warna coklat sakit mata memandang (kau dah kenapa emo sangat nie).

 

 

Selalu juga mengikuti perkembangan kampung dari mak dan kawan-kawan dekat kampung. Ramai yang cakap hujan lama dah tak turun di Kuala Terengganu nie. Itu sebab pokok kekeringan sehingga mati terus. Kekurangan air untuk proses fotosintesis bak kata cikgu masa sekolah haritu.

 

Aku sebenarnya susah nak hadam bila tengok begini keadaannya di kampung aku. Aku jadi sedih sebab yang pertama mestilah sedih sebab tahun ni dah tak dapat merasa musim buah buahan. Kemudian terus teringat kenangan berpesta buah-buahan dengan kawan-kawan & cikgu-cikgu. wuwuwu.

 

Doa Minta Hujan Turun  

 

Ayuh sebarkan doa mohon diturunkan hujan ini. Semoga doa ini memberi manfaat kepada kita semua. Kalaulah pohon durian, manggis, rambut yang kontang tu boleh dihidupkan semula. Kalaulah. hm.

 

 

inshaallah. =D

19 Komen untuk "Musim Kemarau di Kuala Terengganu"

Sini di aussie musim winter...syukur alhamdulillah

dahsyat jugak kemarau tu.. teringat masa musim kemarau 1 malaysia baru2 ni.. sampai kes nk kena angkut air..

wah! kering kontang pokok durian tu hah..adoilah~ samarahan, sarawak pun panas jugk ni..sampai rasa nak berendam ja dlm baldi..huhu..

tempat kita pun dah lama tak hujan tapi tak sampai lagi lah tahap kemarau.

sy tetiba sebak.waaa..

fuyo jauhnya sampai ke aussie haha

kt kg pun air mcm ade x ade je. mujur ade telaga haha

haah kering kontang dah belaka. :"(

Alhamdulillah . takde la pokok durian awak mati kan hihi

yg tulis entry nie lagi sebak sis haha

hakhak .. gigih tul jojo ambik gmbr pepokok ..tgh2 panas g snap gmbr.. wuwuwu.. sedih gak xdpt merasa buah2 blkg umah mak..walaupun dpt rase sthn skli jer..

Dah nak puasa ni lagi berganda2 kemaraunye. Semoga diturunkan hujan diseluruh Msia khususnye di Tganu. Area rawang pun dah panas bahang kat sni.

Memang la ni musim panas. Akak baru balik.dari penang, anak anak terus demam.

Area Selangor ni pun kemarau..Dijangka sampai puasa panas..

alhamdulillah td tanye org kg, dia kabo malam tadi hujan '')

ujian di bulan puasa la gak kalau panas camgini hihi.. sabo jela nanti.

musim kemaru sebelum ini takde la seteruk ini kot. pokok pun boleh kering kontang nie kekurangan air huhu. jaga diri kak

haha mmg gigih g pah belakang nung. lepah snap, terus naik atah rumah duk depan kipas haha

panas sungguh. sekarang kat besut hujan sebelah petang. tengahari terik. kalau jemur ikan kering, jadi keropok.. kui3..

Back To Top