Gambar Monopod di KLCC & Pavilion

Bulan lepas (kemain harinie baru nak update) Mona dan Rini telah datang Kuala Lumpur sebab ada program di UM. Alang-alang dah sampai UM, singgah lah di KLCC dan Pavilion sekejap. Rini dah bersiap sedia dengan monopod dia nanti nak bergambar puas-puas depan KLCC.

 

monopod tasik klcc_3

 

Rini bukan main excited lagi boleh bergambar di depan KLCC pakai monopod. Kejap, aku pun tak sure samada dia excited sebab boleh bergambar depan KLCC guna monopod atau excited sebab boleh bergambar dengan aku kakaka.

 

monopod tasik klcc_4

 

Amal dan Mona feeling model monopod. Ini idea aku lah nie ambil gambar diorang tengah selfie menggunakan monopod. Sambil kitorang seronok sakan bergambar dengan monopod, ramai mata yang tengok pelik dekat kitorang. Mungkin diorang tak pernah nampak orang bergambar menggunakan monopod. Siap ada foreigners yang tanya dimana kitorang dapat monopod? Kalau berniaga monopod kat sana memang laku lah haritu kan hihi. 

 

 

jejantas pavilion

 

Puas bergambar di KLCC, kitorang bergerak ke Pavilion. Masa ke Pavilion, hujan dah renyai-renyai. Bila sampai Pavilion, hujan lebat gila siap petir guruh kilat sambar menyambar. So, tak kesampaian hajat di hati nak bergambar monopod di hadapan Pavilion yang cantik itu. Boleh bergambar salam jejantas ke Pavilion sahaja. Itupun kena tunggu line clear dan orang tak sesak sangat. Kitorang pun ada perasaan malu juga kehulu kehilir duk bawak monopod yang dah macam batang penyodok nie =D

 

chatime pavilion

 

Alang-alang dah sampai Pavilion, takkan nak balik camgitu je ye dak? So, kitorang berehat sebentar di Chatime Pavilion. Tunggu juga beberapa minit di luar Chatime sebab pelanggan penuh takde meja kosong. Bila dah dapat duduk, terus bergambar dengan monopod lagi. Nampak tu muka still ceria biarpun dah seharian berjalan. Ini semua angkara monopod !

 

Tengah syok sedut air Chatime tiba-tiba terjumpa rambut dalam air. Hoi angin kejap aku tapi tak berani lah nak mengadu dekat diorang nanti diorang cakap itu rambut aku lol aku pun genius jugak. Rini buat muka dia yang paling bengis terus mengadu dekat pekerja Chatime terjumpa rambut dalam air. Dapat air baru hiks.

 

pavilion tower

 

Tak boleh bergambar depan Pavilion tapi sempat bergambar di hadapan Pavilion Tower pun jadi lah kan? Aku tak pasti Rini beli di mana monopod dia, tapi haruslah beli online. Korang boleh cuba search ‘monopod’ di instagram. Confirm akan keluar instagram penjual monopod. Boleh beli online di sana ye.


Selamat bermonopod.

16 Komen untuk "Gambar Monopod di KLCC & Pavilion"

wah wah bestnyaaaaaa monopod qila takde lagi TT_TT hihihihi
chatime sedap aaaaaaaa terliur ok nii ;p

eh lupo no oyak, kemah boh :D Semak jetak wehhh hihihihi

amboii sakan , haha boleh buat koleksi monopaus eh monopod

Salam...telah masuk anda dalam bloglist saya.

selfie ada dimana2. krik3.

haha...aku suka part monopod macam penyodok tuh..

wah macam best yer monopod ni seme orsng ade..tapi bagus kot..lagi2 kalo nak selfie tunjuk kt kwn2 baju yg kita pakai :)

Sembelit Semasa Mengandung

ye itulah hastag dia di intagram haha

berjangkit dari hazanis la nie

semak jetak sudah semestinya =p

selfie jangan tak selfie :P

Hahaha...cara lah..tp mmg malu la jgkkan nak bermonopod je stiap masa...haaha.btg penyodok pon jd la...

kami nie jenis x berapa nk malu sgt haha

Back To Top