Salam.

 

Nafas segar memang sangat penting dalam diri setiap insan. Penting sangat sebab kalau nafas tak berapa nak segar siap berbau lagi, bukan setakat orang ramai yang tidak selesa, kita sendiri pun tidak selesa. Bila tidak selesa, keyakinan diri pun hilang. Nak buat kerja pun dah tak seronok. hm

 

Macam-macam faktor penyebab nafas berbau nie. Haruslah mengetahui faktor penyebab nafas berbau dulu baharulah kita boleh mengambil langkah yang paling berkesan bagi mengatasi masalah nafas berbau kan.

 

1. Bakteria

 

Punca utama mulut berbau adalah dari bakteria yang membiak di dalam mulut. Bakteria ini hidup dan membiak dengan menggunakan lebihan makanan yang tidak dibersihkan dari gigi.Bakteria bertahan hidup dan berkembang biak di rongga mulut tanpa oksigen yang menghasilkan asid amino dan bakteria ini kemudiannya merembeskan hasil perkumuhan yang terdiri daripada asid dan juga sulfur (Volatile Sulfur Compounds – VSCs) yang menyebabkan bau kurang enak.

 

Kebanyakkan bakteria ini bersifat ‘anaerob’ (hidup tanpa oksigen). Oleh sebab itulah kebanyakkan bakteria ini hidup di kawasan yang susah dibersihkan seperti celah-celah gigi, celah-celah poket gusi, di bawah plak yang melekat pada gigi, pada karang-karang yang melekat di poket gusi dan juga di celah-celah rekahan lidah. Kawasan-kawasan terlindung ini juga susah mendapat bekalan oksigen.

 

Apabila antum mendapat selsema, alahan, ubatan atau perubahan hormon, hingus akan menjadi likat. Hingus yang pekat ini akan meleleh ke bahagian belakang lidah atau di tonsil dan melekat di situ (post-nasal drip). Ia juga menjadi tempat persembunyian yang ideal untuk bakteria bersembunyi.

 

 

2. Kekurangan Air Liur

 

Sekiranya mulut antum kering atau ‘xerostomia’ kerana kekurangan air liur, selain menimbulkan bau busuk, ia juga menyebabkan pembiakan bakteria di dalam mulut. Maka itu, pastikan mulut antum selalu basah. Air liur adalah bahan pembilas mulut semulajadi. Ia mencuci mulut antum sepanjang masa dan dengan ini secara tidak langsung membuang cebisan kecil makanan (food debris) dari permukaan licin gigi.

 

Kekurangan rembesan air liur menyebabkan air liur menjadi likat, susah untuk membilas mulut, menjadikannya kurang oksigen dan menyebabkan pembiakan bakteria anaerob di dalam mulut.

 

Cuba bayangkan sepanjang hari air liur di dalam mulut adalah kurang. Sudah tentulah mulut kita berbau sepanjang masa. Semasa tidur juga prembesan air liur adalah kurang. Sebab itulah kita mendapat bau mulut yang kurang enak apabila bangun dari tidur. Baca juga punca kekurangan air liur.

 

 

Bagi mengatasi masalah nafas berbau, DARLIE EXPERT FRESH telah memperkenalkan satu formula baru yang berkesan menghapuskan bakteria jahat yang menyebabkan nafas berbau. Formula hebat tersebut mengandungi Zinc Citrate yang diakui berkesan menyingkirkan nafas berbau ! yeah!

 

rahsia nafas segar sepanjang hari

Berikut didedahkan bagaimana formula dari Zinc Citrate menjalankan operasi menyingkirkan bakteria jahat yang penyebab nafas berbau yang terdapat di dalam mulut anda. Paling best, hanya dalam beberapa hari, bakteria jahat oral bakteria sudah berjaya dihapuskan. =D

 

rahsia nafas segar

 

Maklumat lanjut mengenai DARLIE EXPERT FRESH, Jom Terjah Darlie Malaysia. Mungkin inilah ubat gigi terbaik yang mampu menangani masalah nafas berbau yang anda alami. Rasanya DARLIE EXPERT FRESH dah available di Watson & Guardian. Nanti bila ubat gigi dalam bilik air dah habis, nak cuba jugak la DARLIE EXPERT FRESH sekali.

 

 

Segarkan nafas anda dengan DARLIE EXPERT FRESH !

 

Jom Terjah Darlie Malaysia

14 Comments

  1. wahhhh..duta Darlie laaaaa

    ReplyDelete
  2. amboi buat iklan pulak. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. jgn lupa beli asha .penat kita promote lol haha

      Delete
  3. aku pakai sensodien jer...dulu pakai gak darly nih....

    ReplyDelete
  4. baru aku tahu kekurangan air liur pun boleh jadi nafas berbau. terima kasih share info ni

    ReplyDelete
  5. Wah.. Promote DARLIE EXPERT FRESH nampak. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jgn lupa beli. penat kita promote. haha

      Delete
  6. Amboi..promote nmpk..dpt twaran mnarik ea pijol...good2x..

    ReplyDelete

  7. Artikel yang menarik. Memang nafas berbau atau halithosis
    kerap disebabkan oleh kurang penjagaan kebersihan mulut, gigi dan
    gusi. 

    ReplyDelete