DRAMA ROMI CINTA JULIA TV3 LAKONAN SYARUL RIDZWAN

Drama Romi Cinta Julia arahan Kas Rosnan ini merupakan drama terbitan Creative Skill Solution yang bersiaran setiap Khamis jam 9.00 malam di TV3. Drama ini menggantikan Drama Hanya Aku Cinta Kau Seorang di slot Lestary TV3. Drama Romi Cinta Julia dibarisi ramai pelakon baru yang berbakat besar seperti Syarul Ridzwan, Aisya Hasnaa, Aidil Aziz dan ramai lagi.

pelakon romi cinta julia

Sinopsis Drama Romi Cinta Julia TV3


Drama Romi Cinta Julia mengisahkan hubungan seorang gadis bernama Julia (Aisya Hasnaa) dengan kekasihnya, Jeff (Aidil Aziz) yang tidak direstui keluarga.

Hubungan mereka mendapat tentangan daripada bapa Julia, Malik yang mahu memutuskan hubungan anak bongsunya itu dengan Jeff. Namun, tindakan Malik hanya menyebabkan Jeff semakin bersemangat untuk memiliki Julia.


Suatu hari, Jeff memungkiri janjinya untuk bertemu dengan Julia di sebuah pusat beli-belah. Kecuaian Jeff membawa kepada pertemuan Julia dengan Romi secara tidak sengaja. Lama-kelamaan, hubungan Julia dan Romi semakin rapat sehingga menyakitkan hati Malik.


Suatu hari Julia ditahan pihak berkuasa kerana mengikut Jeff untuk menyertai aktiviti sosial. Pada masa sama, Malik marah dengan tindakan Jeff dan membuat keputusan drastik untuk memisahkan Julia dengan kekasihnya itu.


Sementara itu, bapa Romi, Mohamad yang tiba-tiba balik Malaysia sebenarnya bertujuan membuka semula perjanjian 20 tahun lalu dengan Malik untuk menjodohkan anak mereka. Malik menganggap perjanjian itu sebagai satu penyelesaian terbaik untuk memisahkan Julia dengan Jeff, sekali gus melupakan teman lelakinya itu.


Julia pula merasakan Jeff adalah cinta sejatinya dan sanggup melarikan diri bersama teman lelakinya itu dari pangsapuri kakaknya menggunakan kain yang disambung. Bagaimanapun, sambungan kain itu terputus dan Julia terjatuh menyebabkan Jeff panik dan terus beredar tanpa membantu teman wanitanya.


Kejadian itu menyebabkan tulang belakang Julia cedera dan boleh menyebabkan lumpuh untuk tempoh tertentu. Akhirnya, Romi dan Julia pun dinikahkan dan sejak mendirikan rumah tangga, Romi melayani isterinya seperti puteri.


Julia pula dingin terhadap suaminya dan Romi merancang untuk membawa isterinya bercuti untuk mengurangkan tekanan. Namun, kejadian buruk berlaku dalam perjalanan mereka apabila Romi terlelap ketika memandu menyebabkan mereka kemalangan. Apa yang akan berlaku seterusnya?

Para Pelakon Romi Cinta Julia

Aku tak berapa kenal sangat pelakon Rumi Cinta Julia sebab kebanyakan artis baru. Antara artis baru berbakat besar yang membarisi drama Romi Cinta Julia ialah

Syarul Ridzwan – Romi
Aisya Hasnaa – Julia
Aidil Aziz - Jeff
Aida Aris
Esma Daniel – Mohamad
Leez Rosli

drama romi cinta julia tv3Romi dan Julia

pelakon romi cinta julia_1
pelakon drama romi cinta julia

 

Lagu Ost Romi Cinta Julia – Bukan Wanita Sempurna(Ninga Baizura)



Jangan lupa menonton Drama Romi Cinta Julia sebanyak 13 episod di Slot Lestary TV3 setiap Khamis jam 9 malam.

10 Komen untuk "DRAMA ROMI CINTA JULIA TV3 LAKONAN SYARUL RIDZWAN"

aku xlayan drama ni pada mulenye.. tapi tengok sinopsis ni buat aku rasa nak tengok. haha

mmg sweet...penah merasainya :)

best. lagu dalam drama ni pon best gak hehe nak senarai lgu bleh x admin?

Alaaa..cite ni xpnh tgk lg...byk bnor drama skrg ni..

X tahu lah senarai lagu. ce search dekat youtube ke google ke. hehe =P

menyentuh hati... Pilihan ibu bapa yg terbaik..belajar menerima takdir yg tersirat utk kebahagian yg hakiki..

Tanpa Nama
delete

cerita boring....no chemistry n heroin yg irritating n ennoying

Tanpa Nama
delete

Heroin not good

Amboi. kau nak jd heroin ke? haha

Back To Top