AIR TERJUN CANTIK & BEST DI TERENGGANU

Selain mempunyai Pantai menarik dan cantik, Terengganu juga mempunyai banyak air terjun yang cantik. Sesuai sangat kalau nak pergi picnic, bbq, mandi manda dengan kawan-kawan dan keluarga di masa lapang. Baru-baru ini aku berkesempatan ke Air Terjun Sekayu & Belukar Bukit dalam satu hari hahaha. 


Air Terjun Sekayu


Air Terjun Sekayu terletak di daerah Hulu Terengganu iaitu kira-kira 16 kilometer dari Pekan Kuala Berang dan 56 kilometer dari Bandar Kuala Terengganu. Air Terjun ini termasuk dalam kawasan Hutan Simpan Hulu Terengganu. Kalau korang perasan, bait lagu Iklim Blues Terengganu Kita ada mention Air Terjun Sekayu ini. “Sekayu comei zamang berzamang” . Inilah dia Sekayu yang dikatakan comel zaman berzaman itu. =p

Aku & the geng memang dah acap kali sangat datang sini. Last datang sini bulan Januari baru-baru ini. Semakin ramai pengunjung Air Terjun Sekayu berbanding sebelum ini. Di Air Terjun Sekayu banyak tempat mandi-manda. Kitorang kalau datang sini memang akan mandi-manda di Taman Pertanian Sekayu sebab ada kolam. Lepas mandi air terjun, boleh mandi kolam. Dia punya kemudahan seperti bilik persalinan, toilet, pondok pun lengkap dan selesa. =D

air terjun sekayu

Di Air Terjun Sekayu, ada juga disediakan kemudahan tempat penginapan dan tapak perkhemahan yang menjanjikan harga yang sangat berpatutan. Kitorang tak pernah lagi menginap di Air Terjun Sekayu. Biasa datang sini pagi balik petang. Kalau korang yang ingin menikmati suasana bermalam di hutan lipur, Air Terjun Sekayu boleh dijadikan lokasi pilihan.

air terjun sekayu_1


Belukar Bukit


Aku baru sekali datang ke Belukar Bukit juga pada bulan Januari lepas pada hari yang sama kitorang datang ke Air Terjun Sekayu. Mulanya memang nak mandi di Sekayu tapi plan bertukar last minit terus ke Belukar Bukit. Memang tidak mengecewakan juga picnic dan mandi-manda di Belukar Bukit.

lelaki hensem mandi

Aku dah buat entri mengenai Belukar Bukit. Siap upload gambar aku mandi-manda lagi. Boleh tekan sini kalau nak tengok gambar kitorang mandi haha. Air dekat Belukar Bukit memang sangat jernih dan sejuk!

Hutan Lipur Chemerong


Hutan Lipur Chemerong terletak di Hulu Dungun iaitu kira-kira 100 km dari Kuala Terengganu dan 30 km dari Bandar Al-Mukhtafibillah Shah. Menarik mengenai Hutan Lipur Chemerong, disinilah terdapat air terjun yang paling tinggi di Asia Tenggara.

air terjun chemerong

Aku pernah datang sini kira-kira dua tahun yang lepas dengan Jaja dan husband dia. Boleh baca entri Hutan Lipur Chemerong kalau nak tengok gambar-gambar cantik dan menarik di sana. Hutan Lipur Chemerong menyediakan pelbagai kemudahan kepada pengunjung seperti bilik persalinan yang selesa, tapak perkhemahan, tandas, pondok, menara tinjau, dewan serbaguna dan banyak lagi. Aktiviti pendakian juga turut disediakan.

Masa aku pergi haritu, ada budak sekolah buat aktiviti perkhemahan dan photographer dari Pahang mengadakan aktiviti fotografi. Memang meriah sangat.

air terjun chemerong_1

air terjun chemerong_2

Air Terjun Lata Payung


Air Terjun Lata Payung terletak di Hutan Lipur Lata Payung di daerah Setiu sempadan Besut, Terengganu. Acap kali jugak datang mandi manda di sini masa zaman sekolah haritu. Kebetulan rumah cikgu terletak di Sungai Tong,Setiu. Cikgu plak jenis sporting. Ajak pergi mandi dekat Air Terjun Lata Payung, terus on.

air terjun lata payung

Aku takde buat entri mengenai Air Terjun Lata Payung nie sebab masa tu aku takde blog pun lagi lol. Gambar-gambar kenangan di air terjun ini pun tak tahu lah mana letak T.T

Air Terjun Lata Payung tidaklah semeriah Air Terjun yang aku senaraikan di atas. Mungkin sebab tak ramai orang tahu. Dia punya lokasi pun agak mencabar sikit. Sesat dulu baru boleh sampai sini haha. Kemudahan yang disediakan juga tak berapa lengkap.

So far, ini jela air terjun yang pernah aku lawati di Terengganu. Yang aku tak pernah pergi tu banyak lagi. Mungkin lepas ini nak ajak kawan-kawan pergi Lata Tembakah lah plak. Katanya di sana ada air terjun 7 tingkat. Camna lah rupa dia ye. Korang yang datang bercuti di Terengganu, jangan lupa singgah di air terjun nie ye =p


Pantai Cantik dan Menarik di Kuala Terengganu

sumber
sumber
14 Komen untuk "AIR TERJUN CANTIK & BEST DI TERENGGANU"

Assalamualaikum dan salam singgah petang...cantiknya tempat ni...

aku blom pernah pegi lagi kat sini. tapi nice la tempat ni.. huhu

yang kat atas tu tak pernah pegi lagi.
tapi kalo lata tembakah dah pernah pegi sekali..hehe

knapa ag aku xpernah bawak pun kat air terjun kat sane eh?

Dah try pulau Chekas kat Raub?

Belum try & tak pernah dengar pun Pulau Chekas tu hihi

Klu trangganu cuma sampai KT je..len xsinggah dh la..

Xbes lgsg pulau chekas..byk kli dh g..g kat lata lembik sgt bes..btw, air terjun kat terengganu semuanya superb...

wahh...list terbaik boleh la usha Terengganu ngan family pula lepas ni :)

wah.. sy orang terengganu tapi tak sangkat pulak banyak lagi tempat tak pergi... tq share info ni yaaa

rugilah orang Tganu tp x pergi.. hehe.. ada masa pergi lah dgn family. best :")

Al fatihah kepada 5 sekeluarga mangsa lemas di air terjun belukar bukit hari ni

Back To Top