LAGU MELAYU TOP MASA KINI 2014 #2

Berikut merupakan lagu melayu top masa kini 2014 #2 yang sempat aku kemaskini pada kali ini. Terima kasih buat korang yang baca entri Lagu Melayu Top Masa Kini 2014 #1 aku tu. macam ramai ye yang baca. Rasa bersemangat pulak nak update setiap bulan. Itupun kalau aku rajin lah.

lagu melayu top masa kini 2014

Aku tak sertakan sekali dengan video untuk senarai lagu melayu top di bawah. Nak dengar, boleh dengar dan download di youtube atau di 4share.com ok. =D

1. Arjuna Beta – Fynn Jamal

gambar fynn jamal arjuna beta

Tak kanku biarkan walau ribut menyentakmu yang tidur
datang petir menyambar
jengking dan ular
bonda takkan berundur


Nyamanlah arjuna beta mimpikan yang indah saja
nanti bila kau buka mata
semua tak serupa


Kan ada satu ketika kau tak tahu mana nak pergi
jalan betul, anakanda,
tak jelas mata
ambil yang sarat duri

Hiduplah arjuna beta biarkan jasad yang luka
selama Tuhanmu ada
takkan engkau tercela

Ngeri tak terbayang mata
bonda takkan ada sentiasa
nanti moga kau tak lupa
bonda memujukmu, anakanda

Hiduplah arjuna beta biarkan jasad yang luka
selama tuhanmu ada
takkan engkau tercela

Nyamanlah arjuna beta mimpikan yang indah saja
nanti bila kau buka mata
semua tak serupa

2. Aduh – Ajai

gambar ajai aduh
Berdiri di sebalik awan hitam yang berkepulan
Tiada pandangan yang dapat ku perlihatkan
Hanya wajah yang selalu ada di ruang mata ini
Yang sudah terlalu jemu dari pandangan

Sudah tiba masanya ku harus berdiri tanpamu
Menggantikan dengan awan putih yang memutih
Bila aku sudah tiada baru kau kan merasai
Bagaimana oh rasanya kehilangan

Chorus
Aduh sayang aduh kasih
Aku dah bosan dengan caramu
Aduh usah aduh engkau
Cuba kembali pada diriku
Kerna aku dah tahu
Apa yang kau lakukan
Kerna aku tahu
Kita tak sehaluan

Walaupun ku tahu kan separuh mati merindui kamu
Namun harus ku cuba ‘tuk melupakan dia
Tangani semua ini dengan akal fikiranku
Biar engkau kan tahu ku tak cintamu
Ulang Chorus

3. Mimpi – Aisyah aziz

aisyah aziz mimpi
Ceritakan padaku
Cerita yang terdahulu
Kisah cinta yang pernah kau tahu
Sempurna selalu pada kau dan aku
Ceritakan semua
Cerita kita cita bersama
Kisah terindah pernah ku rasa
Selama pernah jantungku bernyawa
Berdua hanya kau dan aku
Andai ini hanya mimpi
Tinggalkan ku begini
Biar terus ku lena
Sampai kau tiba
Andai ku hanya bermimpi
Biar aku begini
Sampai ketemu lagi
Aku di sini
Ceritakan padaku
Ceritakan padaku selalu
Kisah yang tak mungkin pergi lalu
Selama akan hidupku denganmu
Bersama mengharungi semua
Andai ini hanya mimpi
Tinggalkan ku begini
Oh, biar terus ku lena
Sampai kau tiba
Bawa daku ke angkasa
Memetik bulan bintang
Bawaku terbang bersama
Jangan kau lepaskan
Jangan kau tinggalkan semua
Oh, biar sahaja begini
Oh, biar terus ku lena
Sampai kau tiba
Andai ku hanya bermimpi
Biar aku begini
Sampai ketemu lagi
Aku di sini
Andai semuanya mimpi
Bia sahaja ku terus begini
Ku mahu terus kisah cinta kita
Terus sampai hujung masa

 

4. Sepasang Sayap – Faizul

 faizul af sepasang sayap

Bagiku satu masa
Untukku berkata
Bagiku seribu masa
Untuk bicara

Tak pernah sama maksud
Atau ketika
Kerna sungguh aku mengerti
Dibelai angin menutup kalbu
Hijab ditutup tanda setuju

(Chorus)
Terbanglah…dengan sepasang sayap
Kan ku bawa hingga akhir…angkasa
Terbanglah…..kan ku pegang erat
Hatimu yang telah jadi milikku…selamanya

Bagiku satu masa
Untukku berkata
Bagiku seribu masa
Untuk bicara

Tak pernah sama maksud
Atau ketika
Kerna sungguh aku mengerti
Terimalah aku yakini aku
Sungguh pun aku ular berbisa

5. Di Pintu Syurga – Dayang Nurfaizah

dayang nurfaizah di pintu syurga
Segalanya kaku
Hati terus menangis
Bila mengenangkan
Dirimu telah tiada
Kau pergi tanpa pesan
Tinggal aku sendiri
Menghitung hari
Tiada daya meneman sepi

Korus:
Duhai kekasih hati
Katakanlah padaku
Bahawa semua ini
Hanya igauan mimpi
Aku tak sanggup kasih
Kehilangan dirimu
Walau sedetik rindu mencengkam
Terasa pedih
Ulang korus
Doaku kasih kita bersua
Di pintu syurga

6. Kekasih Abadi – Yusry Ft. Lisa Surihani

kekasih abadi yusri lisa
Verse 1
Setiap kali ku bukakan mata
Hati tersentuh, kau hiasi dunia
Syukur kerna Dia Mendengar
Doa-doaku…..oh
Baru terasa nikmat percintaan
Indah dibuai beribu khayalan
Semua impian yang ku damba
Menjadi nyata….oh
[Chorus]
Tak perlulah lagi kau bermimpi
Kini kau hadir dalam sedar mencintai
untuk kekal sehidup semati
Tak perlulah kau memeluk angan
Kini kau ada erat didalam dakapan
Padamu setiaku berjanji
Kekasih Abadi
Verse 2
Jika ditakdirkan pergi bersama
Ambilah hembus nafas terakhirku
Agar tak merasa bagaimana
Hidup tanpamu …oh
Bersama kita cekal membina
Sebuah istana yang terindah
Disana kasih kita bersemadi
[Chorus]
Tak perlulah lagi kau bermimpi
Kini kau hadir dalam sedar mencintai
untuk kekal sehidup semati
Tak perlulah kau memeluk angan
Kini kau ada erat didalam dakapan
Padamu setiaku berjanji
Kekasih Abadi
sumber

7. Setelah Kau Tiada – Cakra Khan

cakra khan setelah kau tiada

Tak sempat ku mengerti
Kau tunjukan arah saat ku tersesat
Beri cahaya saat ku sendiri dalam gelap
Namun waktu tak pernah rela menunggu
Hingga akhirnya kau pun pergi

Terlambat ku sadari kau teramat berarti
Terlambat tuk kembali dan tuk menanti
Kesempatan kedua yang tak kan mungkin pernah ada
Baru ku teringat kau hembuskan angin
Saat ku bernafas siramkan air saat aku dalam kekeringan
Namun tak pernah ku hiraukan semuanya
Hingga kini pun kau tiada

Terlambat ku sadari kau teramat berarti
Terlambat tuk kembali dan tuk menanti
Kesempatan kedua yang tak kan mungkin pernah ada
Biarkan ku hidup dalam penyesalan ini
Sampai nanti kau akan kembali
Terlambat ku sadari kau teramat berarti
Terlambat tuk kembali dan tuk menanti
Kesempatan kedua yang tak kan mungkin pernah ada

8. Gadis Jolobu – Waris Feat Hattan

waris dan hattan gadis jolobu
(Dato Hattan)
Ko jolobak ko jolbu
Tuai padi tigo tangkai
Kalau kono komat jolobu
Tak mati badan menghasai
Gurindam dulu dulu jangan ponah dipotikai
Tak tahu tanyo dulu jangan goma memandai-mandai

(Waris)
Kisah eh bermulo mulut ughang kampong
Kisah ramai gadis cantik kek jolobu berkampung
Ughang luar datang luar nak cari’an joki
Lain pulak jadi eh terpikek nak buek bini
Tapi silap kono komat sampai tinggalkan keluargo
Kopit bawah kotiak bini tanggungjawab lupo
Omak ayah rindu tapi dio buek bodoh
Dah takdo monyosa monangih dopan kubur
Chorus
(Dato Hattan)
Ko jolobak ko jolbu
Tuai padi tigo tangkai
Kalau kono komat jolobu
Tak mati badan menghasai
Gurindam dulu dulu jangan ponah dipotikai
Tak tahu tanyo dulu jangan goma memandai-mandai
(Waris)
Ughang luar salah tafsir koba gadih kito bahayo
Lopeh coghai semuo ghoto jadi milik dio
Jangan salah anggap napo lobihkan pompuan
Sobab laki boleh hidup kalau campak dalam hutan
Zaman dah boghubah adat di tolan zaman
Dah takdo mewaghisi coghito bertauladan
Apotah laie mengaku ughang nogori
Bilo tanyo suku mano nak jawab pun tak ghoti
Poie tanyo omak poie tanyo uwan
Kok takdo kosompatan buleh tanyo kawan-kawan
Aktiviti bergurindam tolah lonyap dilupokan
“sebagai suatu warisan”
Ulang Chorus
(Dato Hattan)
Wak wak makan padi si lomang dalam buluh
(Waris)
Kok dah dapek yg dicari jgn terlansung semayang subuh
(Dato Hattan)
Ayam berkokok umah ponghulu itu tando haghi nak siang
(Waris)
Kok dah dapek oghang jolobu tak sabar nunggu malam ko siang
(Waris)
Ughang luar salah tafsir koba gadih kito bahayo
Lopeh coghai semuo ghoto jadi milik dio
Jangan salah anggap napo lobihkan pompuan
Sobab laki boleh hidup kalau campak dlm hutan
Zaman dah boghubah adat di tolan zaman
Dah takdo mewaghisi coghito bertauladan
Apotah laie mengaku ughang nogori
Bilo tanyo suku mano nak jawab pun tak ghoti
Poie tanyo omak,poie tanyo uwan
Kok takdo kosompatan buleh tanyo kawan kawan
Aktiviti bergurindam tolah lonyap dilupokan
sebagai suatu warisan
Ulang Chorus
sumber

9. Masih Mencintainya – Papinka

gambar papinka
Jika teringat tentang dirimu
Berlinang air mataku
Ku rindu saat-saat bersamamu
Kasih sayangmu padaku

Kini kau bukan milikku
Dan berakhir sudah cintaku
Biarkan saja hatiku bicara
Ku masih sayang padamu


Aku selalu mendoakanmu
Agar kau bahagia
Bersama dirinya selamanya


Mengapa mudahnya hatimu mendua
Ku lapangkan dada walau aku terluka
Semoga bahagia bersama dirinya
Karena kau telah memilih dia


Betapa sakitnya apa yang ku rasa
Tuhan kuatkanlah hatiku yang terluka
Semoga ku bisa tuk melupakannya
Karena ku masih mencintainya

 

10. Jodoh Berdua – Hafiz Hamidun

hafiz hamidun jodoh berdua
Sentiasa dalam doaku
Menyimpan rasa ingin bertemu
Insan yang masih rahsia
Dan teristimewa

Pencarianku kini telah berakhir
Detik bahagia kini telahpun hadir
Sungguh aku percaya
Ketentuan yang Esa
Jodoh berdua begitulah takdir

Yang terlihat kini hanya anugerah
Dan melafazkan janji yang terindah

Bersedialah menunggu di garis penghujung
InsyaAllah ke syurga
Bersatu kasih kita




P/s : Lagu Melayu Top Masa Kini 2014 yang disenaraikan di atas merupakan lagu pilihan tuan punya blog dan tiada kaitan dengan mana-mana carta radio/carta lagu melayu etc.

BERITA BAIK UNTUK PEMEGANG BAUCAR BUKU 1MALAYSIA (BB1M)

Pelajar pra-universiti & Institut Pengajian Tinggi (IPT) merupakan golongan yang sangat bertuah kerana mereka merupakan penerima baucar buku 1Malaysia(BR1M) yang berjumlah RM250. Nanti boleh beli buku pengajian banyak-banyak. InsyaAllah semester ini dapat dean list lagi =p

 

Aku tak dapat merasa dah BB1M ini sebab dah habis belajar kan. Nasihat aku untuk penerima BB1M, gunalah BB1M untuk perkara yang bermanfaat. Jangan dijual baucar buku tu. Konon aku guna BR1M untuk perkara bermanfaat sangat padahal buat beli novel hihi.

 

Tak tahu nak guna BB1M dekat kedai buku mana? Jangan risau sebab kedai buku Popular ada menawarkan promosi yang sangat best untuk anda semua.

 

gift voucher bb1m

 

Berita hangat untuk pemegang Baucar Buku 1 Malaysia. Belanjakan sebanyak RM250 BB1M di mana-mana kedai buku POPULAR dan mendapat baucar bernilai RM50 + 1 tahun Kad POPULAR PERCUMA atau belanjakan sebanyak RM150 BB1M dan mendapat baucar bernilai RM10 + 1 tahun Kad POPULAR PERCUMA.

 


Selain promosi yang sangat best tersebut, anda juga berpeluang untuk memenangi 200 hadiah bernilai RM 70,000 dengan BB1M anda! Klik pada http://bit.ly/BB1MContest2014 untuk sertai sekarang! Mana tahu rezeki memihak kepada anda dan anda merupakan pemenang bertuah. Boleh buat bayar duit PTPTN.

 

contest bb1m popular

 

Sebarang pertanyaan, boleh terus ke https://www.facebook.com/popularmalaysia.

Last Day Trip Ke Langkawi

Malam terakhir di Langkawi haruslah dipenuhi dengan keseronokan, makan-makan dan bergelak ketawa sambil menikmati angin malam di tepi pantai Charlie Motel untuk terakhir kalinya. So, kitorang telah mengambil keputusan untuk berbbq di Charlie Motel. Mujur ada kawan Kodin yang menetap di Langkawi. Diorang lah yang tolong sediakan ayam, hotdog, bihun goreng, air minuman pada malam tu. Thanks korang. =D

aktiviti bbq Tenyeh serai di ayam bagi menambah rasa & aroma.

makan malam Pinggan licin = perut kenyang.

Bila dah siap makan, ada sedikit sesi ice breaking dengan kawan-kawan Kodin. Diorang bakal guru dari UPSI kecuali sorang kumbang berkaca mata tu budak UM kawan Alwani. Mereka memang sangat talkative dan happening lah. Lagi-lagi yang pakai tudung bunga tu. Bukan main banyak lagi soalan diorang tanya ke kitorang. Mujur aku seorang pendiam. So hanya dengar je diorang sembang. Tak menyampuk pun.lol.

Bila kawan-kawan Kodin balik, kitorang ambil keputusan ronda-ronda Pulau Langkawi untuk kali terakhir. Sekerap jalan meronda, patah balik sebab dah meronda sampai ke mana ntah nie. Siap lalu atas jambatan comel lagi. Siang tadi tak nampak pulak jambatan comel ini =.= Malam tu tido dengan penuh kusyuk mungkin letih sangat kot semua.


Esoknya, bangun tak berapa nak awal sangat. Rasa macam tak nak balik lagi haha. Berkemas dengan agak malas kemudian check out. Angkut semua barang bawak masuk van kemudian bertolak ke HIG nak shopping coklat & nak ke Idaman Suri beli set perkakasan dapur sikit untuk dibawa pulang. Beli bukan main banyak, penuh satu van. Tak campur lagi yang atas riba, bawah kaki kitorang.

penuh satu van Sekali seumur hidup je kakaka.

Lokasi terakhir kitorang haruslah di Datarang Lang, Pulau Langkawi. Muka masing-masing dah excited nak bergambar depan replika burung helang gergasi Dataran Lang yang terletak di Jetty Kuah. Dah puas bergambar nanti, boleh terus ke Jetty Kuah tunggu feri yang membawa kitorang pulang ke Kuala Perlis. Dari Kuala Perlis baru naik bas ke Kuala Terengganu. =D

gambar datarang lang langkawi

Sepanjang di Langkawi, Dataran Lang merupakan tempat dimana para pengunjung siap menunggu giliran untuk bergambar. Mana taknya, Dataran Lang nie jela satu-satu nya tempat yang ada replika helang besar gini haha. Kitorang kan tak bawa tripod so terpaksa suruh pengunjung lain tolong ambilkan gambar kitorang. So, jadilah macam gambar di atas nie. Tak berapa nak center sangat tapi still berpuas hati sebab nampak lah bergambar di Dataran Lang, Langkawi hahaha.

datarang lang langkawi Seronok betul trip dengan 5 orang perempuan havoc nie

Puas bergambar kenang-kenangan di Dataran Lang, kitorang pun bergerak ke Jetty Kuah. Punggah semua barang dari van dan terus bergerak ke feri yang akan membawa kitorang ke Jeti Kuala Perlis. Lama juga beratur nak masuk feri. Mujur rakyat Malaysia ini jenis berbudi bahasa dan sopan santun. Berjaya masuk feri dengan selamat walaupun sangat penat sebab kiri kanan tangan ada barang. Lebih kurang sejam lebih juga dalam feri tu.


Sesampainya di Jeti Kuala Perlis, terus menuju ke stesen bas. Bas kitorang pukul 7.30 malam. Alhamdulillah, selamat sampai ke Kuala Terengganu dengan selamat. Buat anda yang bercadang bercuti ke Pulau Langkawi, selamat bergembira. Semoga dengan sedikit info didalam entri Trip Ke Langkawi yang  panjang gila siap ada part-part ini dapat memberi gambaran kepada anda mengenai Pulau Langkawi. Seriously, memang takkan menyesal datang Pulau Langkawi.

InsyaAllah, panjang umur, ada rezeki nak datang lagi Langkawi.

Trip Ke Langkawi : Island Hopping

Part 1 Langkawi 
Cable Car Langkawi 
Makam mahsuri Langkawi


Hari ketiga di Langkawi, kitorang join aktiviti Island Hopping yang aku kira aktiviti paling best sepanjang trip ke Langkawi. Korang akan dibawa melawat tiga Pulau yang sangat cantik di Langkawi iaitu Pulau Dayang Bunting, Pulau Singa Besar dan Pulau Beras Basah menaiki speedboat.

 

jetty island hopping langkawi

Pagi-pagi lagi dah sampai jetty. Mujur Charlie Motel dengan jetty dekat sangat. Jimat masa. Ramai gila orang tunggu nak naik speedboat di jetty untuk aktiviti Island Hopping. Boleh nampak muka excited kami dalam gambar tu kan?

 

speedboat island hopping langkawi

 

Muka teruja gila kali pertama naik speedboat. Laju bukan main sampaikan kitorang siap menjerit-jerit bila boat melompat-lompat meredah ombak. Suka betul buat drama kan. Driver speedboat yang muka agak serious itu pun boleh tersenyum sorang-sorang tengok gelagat kitorang naik speedboat. Zack siap makan nasi lemak lagi dalam speedboat. Bila berselisih dengan speedboat lain, masing-masing menjerit “hye” sambil lambai-lambai tangan kakaka. Havoc kan kitorang lol.

 

Pulau Dayang Bunting, Langkawi

 

Jangan tanya aku kenapa Pulau ini dinamakan Dayang Bunting, sebab aku tak tahu. Mungkin ada kisah dongeng mengenai ada seorang dayang istana yang bunting di sini ke kan. Yang menarik mengenai Pulau Dayang Bunting, korang boleh nampak bentuk bukit berupa wanita bunting di sini. Mungkin sebab tu dinamakan Dayang Bunting kot.

 

pulau dayang bunting langkawi

 

Di Tasik Dayang Bunting, korang boleh mandi manda. Aku tak berani nak mandi sebab air amat dalam. Korang diberi lebih kurang sejam menikmati keindahan Tasik Dayang Bunting dan keindahan flora dan fauna di sana. Memang cukup indah! Kera banyak betul dekat sana. Jinak-jinak pulak tu. So, kalau nak bawa makanan, pastikan letak dalam beg siap-siap. Nanti berebut dengan kera lah kau.

 

pulau dayang bunting langkawi_1 Belakang kitorang tu bukit yang menyerupai wanita mengandung kalau tengok dari jauh

 

Di Tasik Dayang Bunting juga ada menyediakan aktiviti basikal air. Disebabkan kitorang diberi masa hanya sejam, tak sempat nak main pun basikal air tu. Ececeh, alasan tak sempat nak main padahal tak bawak duit lol. So kitorang just bergambar, rendam kaki dalam air, selfie jela kat sini tapi masa sejam yang diberi tu macam tak cukup pulak haha.

 

tasik dayang bunting langkawi_1

 

Tak lengkap rasanya kalau tak bergambar dihadapan mercu tanda DAYANG BUNTING MARBLE. Bukan main ramai yang nak bergambar di sini. Boleh suruh diorang ambil gambar kitorang kejap bila diorang dah siap bergambar ahah!

 

Siap bergambar, queue untuk naik kembali ke speedboat. Agak sesak keadaan di jetty Pulau Dayang Bunting siap ada yang bertolak-tolak untuk menaiki speedboat sehinggakan hampir terjatuh dalam air. Mohon pihak berkenaan besarkan lagi jetty atau buat satu laluan yang memudahkan para pengunjung menuruni/menaiki jetty.

 

Pulau Singa Besar, Langkawi

 

Lega rasa bila dah berjaya naik kembali ke speedboat. Kitorang dibawa pula ke Pulau Singa Besar untuk melihat burung helang yang merupakan simbolik bagi Pulau Langkawi. Aktiviti ini dinamakan eagles feeding. Konon nak beri burung helang makan padahal tak bawa pun makanan helang. Sepatutnya pemandu speedboat kitorang yang sediakan makanan burung helang tapi dia tak bawak pulak. So, hanya mampu melihat burung helang berlegar-legar atas bot. Agak-agak kalau baling nasi lemak dia sambar tak?

 

pulau singa besar langkawi

Susah betul nak shoot gambar ada burung helang berterbangan di belakang. Gambar ni je nampak seekor burung helang di belakang. Baru boleh caption “at Pulau Singa Besar, Langkawi” kan hahah! Di Pulau Singa Besar, kitorang hanya dibenarkan duduk dalam boat sambil tengok burung helang berlegar-legar di udara. Tak boleh turun dari boat pun. Nanti burung helang sambar bawak masuk dalam sarang dia lol.

 

Pulau Beras Basah, Langkawi

Persinggahan terakhir Island Hopping ialah di Pulau Beras Basah. Aku rasa Pulau Beras Basah ini merupakan tempat yang paling panas lah di Pulau Langkawi tu. Serious panas gila sampai mata bersinau. Mujur tak migrain. Tapi pelik betul sebab ramai pulak pelancong asing berjemur tepi pantai. I can’t brain this blergh! (Apijol jeles sebenarnya)

 

pulau beras basah langkawi

 

Kitorang dibenarkan bersantai di Pulau Beras Basah hampir satu jam jugak. beratur orang nak bergambar di mercu tanda Pantai Beras Basah tau. Kalau korang perhati gambar di atas, boleh nampak muka diorang kepanasan. Lepas bergambar, terus berlari masuk air.

 

Sini boleh mandi, cuma kena tahan panas terik matahari lah. Lagi-lagi kitorang sampai sini bila matahari atas kepala. Panas dia dok soh cakap lah! Memang taklah aku nak mandi kan. Semalam kan dah mandi di entri Makam mahsuri Langkawi. Pantai sini banyak coral. Nak mandi pun asyik terpijak coral. So, main tangkap-tangkap anak ikan jela kita nie =.=

 

 

Ralik main tangkap ikan, sampai jugak akhirnya speedboat kitorang. Jom balik ke jetty. Kulit dah terbakar rasa. Perjalanan balik jetty tak havoc sangat mungkin sebab penat sangat. Masing-masing menunjukkan muka kepenatan sambil menghayati keindahan laut dan pulau. Tapi still menjerit bila boat terlompat-lompat meredah ombak lol. Entri seterusnya aku akan cerita mengenai hari terakhir trip ke Pulau Langkawi.

 

syerah main gitar Stay tune & terimalah persembahan dari adik Wawa Latip kita =p

 

 

Official Photographer : Hs Photog

Picnic di Belukar Bukit, Kuala Berang

Baru-baru ini pergi picnic di Belukar Bukit, Kuala Berang, Hulu Terengganu. Plan asal nak picnic di Sekayu. Dah sampai Sekayu pun sebenarnya. Dah habis makan roti sandwich (aku buat sedap sangat haha) di Sekayu, tiba-tiba kitorang sepakat untuk bergerak ke Belukar Bukit pula. Alasan ke Belukar Bukit sebab dah bosan asyik picnic di Sekayu je. Nak juga try tempat picnic lain kan. Angkat balik barang masuk kete, jom kita bergerak ke Belukar Bukit!


Perjalanan dari Sekayu ke Belukar Bukit takdelah jauh sangat. Almost 1o minit je kot dah sampai di Belukar Bukit. Mujur ada Fazri selaku penunjuk jalan. Kalau tak memang tak sampai dah kot ke Belukar Bukit. Fazri penduduk Felda Mengkawang. Memang dia arif sangat jalan-jalan di sana. Thanks Fazri.

Sesampainya di Belukar Bukit, terus mengeluarkan makanan yang dibawa . Terima kasih yang bawak makanan tu. Sebelum mandi manda, haruslah mengisi perut dulu kenyang-kenyang barulah seronok berendam dalam air. Perasaan excited nak mandi membuatkan bihun goreng yang dimakan tak rasa benda. Ramai juga orang picnic di Belukar Bukit. Rasa macam tak sabar nak mandi.

Kedai runcit, gerai makanan & minuman, pondok rehat, toilet, surau dan bilik persalinan turut disediakan di Belukar Bukit untuk memudahkan para pengunjung. Sedikit mengecewakan kerana bilik persalinan, toilet dan surau di Belukar Bukit sangat tidak memuaskan. Kotor gila. Mohon pihak yang berkenaan baik pulih semula bilik persalinan, toilet dan surau di sana supaya para pengunjung selesa berkelah di sana. Konon pihak berkenaan baca entri aku kan haha.

lelaki hensem mandi sungai
Dah namanya gila bergambar, mana-mana pun asyik nak posing lol. Posing dalam air Belukar Bukit pun jadi. Air di Belukar Bukit MasyaAllah sejuknya, jernihnya, syoknya! Air cetek tapi awas jangan mandi di bahagian dalam sebab dalam sampai hapus kepala. Air yang warna hijau tu kawasan dalam. Yang tak tahu berenang jangan gatal-gatal mandi dekat air dalam dikhuatiri dibawa arus.

lelaki hensem mandi sungai
Amir kata posing biar nampak kepala je. So, kitorang pun posing lah macam gambar atas nie. Tiba-tiba ada Alwani dekat belakang. Siap pakai google lagi tu. Kagum pulak tengok Alwani ligat berenang kehulu kehilir hahahah.

1656127_764958873532130_99098542_n

Air hijau ini antara kawasan air dalam di Belukar Bukit. Korang yang tak pandai berenang jangan mengambil risiko nyawa lah mandi sampai kawasan dalam nie. Kitorang boleh sampai kawasan dalam ini pun sebab pertolongan daripada Fazri & Alwani lol. Dekat air dalam ada tunggul kayu besar. Boleh duduk atas tunggul kayu tu sambil posing lagi kakaka.


Overall memang seronok gila mandi di Belukar Bukit, Kuala Berang. Berejam jugak lah kitorang berendam dalam air. Main cak kali cak, main posing-posing, main belajar berenang, main water confident, main kejar-kejar hahaha. Cuma aku tak puas hati dengan kemudahan toilet, bilik persalinan dan surau kat sana!


Official Photographer : Hs Photog

Trip Ke Langkawi : Makam Mahsuri & Pantai Cenang

Part 1 Langkawi 
Cable Car Langkawi

 

Setelah menghabiskan masa dan tenaga berposing sakan dan menikmati keindahan alam di Cable Car Langkawi, kitorang bergerak ke Makam Mahsuri, Padang Maksirat pula. Sebelum ini pernah dengar kisah dongeng Mahsuri di dalam buku je, kali ini melawat terus ke Makam Mahsuri. Rasanya korang pun ada membaca atau mendengar kisah mahsuri yang dihukum bunuh akibat fitnah dan iri hati dan mengeluarkan darah putih. Mahsuri dikatakan bersumpah Pulau Langkawi tidak akan aman dan makmur selama 7 keturunan.

 

 

Di Makam Mahsuri, korang dapat melihat sendiri makam Mahsuri, rumah tradisional pada zaman Mahsuri, telaga mahsuri dan muzium yang menyimpan khazanah peninggalan Mahsuri. Bayaran untuk masuk ke Makam Mahsuri sangat berpatutan.

 

makam mahsuri langkawi

Sebelum masuk Makam Mahsuri, haruslah bergambar dahulu di depan pintu masuk Makam Mahsuri. Cuaca time nie panas terik. Gila bergambar punya pasal, panas terik apa kau peduli kan. Bergambar tetap bergambar, posing taknak kalah haha.

 

makam mahsuri langkawi_1

 

makam mahsuri telaga mahsuri

Ini telaga Mahsuri yang dikatakan boleh menyembuhkan penyakit kulit dan menjadikan wajah awet muda. Betul atau tak kena datang sini cuba. Jangan terkejut bila kau sapu muka kau dengan air telaga ini, wajah terus berubah jadi muda lol.

 

makam mahsuri rumah tradisional_1

Jaga-jaga bila nak naik atas rumah ini sebab dia punya pintu sangat rendah. Korang mungkin kan terhantuk di pintu macam yang berlaku kepada Amir. Di dalam rumah ini, korang dapat melihat sendiri bagaimana ruang dapur, bilik, ruang tamu,alatan tradisional dan ukiran-ukiran tradisional zaman dahulu kala. Siap ada buai baby lagi.

 

makam mahsuri rumah penghuluPenat berjalan, berehat sebentar di rumah Penghulu

 

makam mahsuri buai laju lajuAlwani sedang menunggu giliran naik buai laju-laju

 

makam mahsuri congkak gergasi Congkak gergasi

 

makam mahsuri rumah tradisional

Susah sebenarnya nak ada semua peserta trip dalam gambar. Sorang mesti kena jadi photographer. Mujur ada awek cun lalu. Boleh suruh diorang ambil gambar kitorang. Lepas nie kena bawak tripod kamera kalau nak pergi trip. Baru boleh masuk semua dalam gambar.

 

makam mahsuri dalam muzium

Lawatan terakhir di Makam Mahsuri ialah di Muzium menempatkan panggung wayang yang menayangkan cerita mengenai Mahsuri, alatan tradisional zaman Mahsuri, replika orang-orangan yang menceritakan tentang kisah Mahsuri dan puisi-puisi indah mengenai Mahsuri. Kitorang yang kepala gila-gila ni sempat lagi bersajak ‘kata Siti rumah itu sekangkang kera’ sorang dua baris siap record video lagi. Kecik besar kecik besar je pekerja situ tengok kitorang hahah!

 

Dah siap bersajak di Makam Mahsuri, terus menghala ke hujung airport Langkawi. Nak pergi menjamu selera di Laksa Power.

laksa power langkawi

Sedikit review mengenai Laksa Power, bagi aku Laksa Power tak berapa nak power sangat. Aku makan tak habis. Kawan-kawan aku pun ramai yang makan tak habis. Tapi masih boleh diterima perut. Disebabkan Laksa Power sangat terkenal di Langkawi, korang yang datang sini harus cuba ok! Selain laksa, ada juga air cendol dan pasembok. Pasembok dia sedap walaupun itu kali pertama aku makan pasembok.

 

 

Setelah menjamu selera di Laksa Power, kitorang balik ke Charlie Motel . Penat dah dari pagi berjalan nie. Berehat sebentar di bilik. Petangnya kitorang mandi manda di Pantai Cenang yang terletak di belakang Underwater World.

 

pantai cenang langkawi

Ramai gila orang di Pantai Cenang. Ada yang main istana pasir, banana boat, mandi mandi, jet ski dan ada juga yang cuci mata haha. Kitorang sempat juga mandi manda di Pantai Cenang. Pantai dia memang best gila. Pantai landai dan tak dalam orang yang tak pandai berenang macam aku pun boleh mandi. Aku main tepi-tepi pantai je takut dipukul ombak =p

 

 

Macam banyak pulak gambar dalam entri ini kan haha. Entri seterusnya aku akan update mengenai Island Hopping yang merupakan antara pengalaman terindah aku sepanjang trip ke Langkawi.

 

 

Official Photographer : Hs Photog