Trip Ke Langkawi : Cable Car (Part 2)

Kami Check In di Charlie Motel, Pantai Tengah. Alasan menginap di Charlie Motel haruslah sebab pakej yang ditawarkan sangat berpatutan selain berdekatan dengan Pantai Cenang (1.4 km), Cenang Mall (1.7 km), Underwater World (0.8 km) dan Langkawi Airport (6.8 km). Nanti senang nak bergerak. Nak parking pun tiada masalah. Boleh parking van depan bilik. Senang nak angkut barang masuk van.



charlie motel langkawi

Keesokannya lepas ambil Amir di jetty, kitorang terus bergerak ke Cable Car. Gila ramai orang. Boleh tahan panjang juga beratur nak tunggu turn kitorang naik gondola yang boleh memuatkan 6 orang penumpang tu. Tapi disebabkan excited gila nak naik Cable Car, rasa sekejap je dah sampai turn kitorang. Tak lengkap rasanya pergi trip ke Langkawi kalau tak naik Cable Car.


beratur di cable car langkawi


Ada 3 station iaitu Base Station, Middle Station dan Top Station. Sekarang kitorang berada di Base Station dan sedang menunggu ketibaan gondola untuk ke Middle Station. Geng perempuan 1 gondola, geng lelaki 1 gondola. Amir sempat lagi buat drama buat muka cemas gila dalam cable car konon dia gayat pada ketinggian. Entah betul ke tak aku dok tahu lah hahahah!
 

cable car langkawi

Base Station ke Middle Station kira-kira sepanjang 1500 meter jugak dan dengan ketinggian 650 meter dari aras laut. Kira jenuh jugak ah nak tunggu sampai ke Middle Car. Nampak kecik je hutan hijau bawah kitorang. Di Middle Station, korang boleh duduk situ menikmati pemandangan indah kawasan pergunungan dan pulau-pulau di Pulau Langkawi. Angin atas ini tak payah cakap lah. Sangat kuat.


cable car langkawi_1


Atas ini memang agak panas dan berangin. Korang yang tak tahan panas tu better bawak shades supaya nanti takde lah mata sepet bila bergambar sebab silau mata terkena pancaran cahaya matahari. Bila puas bergambar di Middle Station, naik pula gondola ke Top Station yang lagi sejuk dan lagi berangin. fuh! Jarak Middle Station ke Top Station sepanjang 450 meter.


top station cable car langkawi


Angin di Top Station lagi kuat dari Middle Station. Takut aku kalau-kalau angin terbangkan aku yang kurus kerempeng nie lol. Top Station merupakan persinggahan terakhir sebelum turun ke Base Station. Korang boleh menikmati pemandangan yang maha indah Pulau langkawi, Kedah dan Southern Thailand dari Gunung Machincang (708m).


Ada 2 platform berbentuk bulatan di Top Station so korang boleh menikmati keindahan dan angin kuat bahasa dengan kusyuk sekali hehe. Jangan terkejut sebab di Top Station ada kiosk jual minuman dan makanan ye.


top station cable car langkawi_1


Dah puas bergambar di Top Station, sekali lagi menaiki gondola untuk berpatah balik ke Base Station. Masing-masing sengih memanjang bila sampai di Base Station sambil bercerita mengenai keseronokan menaiki Cable Car sebentar tadi. Memang satu pengalaman yang cukup indah sepanjang trip ke Langkawi. Selepas ke Cable Car, kitorang terus bergerak ke Makam Mahsuri. Nantikan di entri seterusnya. Malas nak taip panjang-panjang nie. =p
10 Komen untuk "Trip Ke Langkawi : Cable Car (Part 2)"

amboi amboi semak jetak terrr heheehehe
mesti beh gilo kae?
Haih. Nok gi jugok T_T

Wahhhh, mcm seronok je bang. Haha.

seronoknya seronoknya seronoknya !! huhu

hemmmm.. bila nak letak gambar di cameron highlands..

lama dh ak xp sini bulan 6 ni smpai lah sana..haha...

Siapa yg semak jetak tu akeyla ? haha

Beh gilo babi haha

tggu buat trip ke Cameron dulu lah hehe

Teringt kenangan lalu...seronokkkk..huhu

baca entry ni tringat memory tahun lpas dtg ke sini bro :)

Back To Top