Mesti korang pelik kan seorang Apih Apijo yang sekeping nie tulis entri 10 makanan membakar lemak. Sebenarnya entri ini ditulis khas untuk korang diluar sana yang mempunyai masalah lemak berlebihan. Mungkin entri ini akan berguna pada aku apabila aku dah gemuk nanti. Entah bila nak gemuk pun taktahu. Dah bosan asyik kurus kerempeng je =.=

 

Korang yang ingin membakar lemak secara mudah selain melakukan aktiviti senaman, boleh cuba mengamalkan memakan makanan yang boleh membakar lemak. Kalau sayang sangat lemak, tak payah la buat. Ternak lagi lemak. Takpun kasi dekat aku nie yang kekurangan lemak nampak tulang je tersembur haha.

 

Berikut adalah 10 Makanan Yang Membakar Lemak

 

1. Oat


Ia bukan sahaja mempunyai rasa yang sedap(sedap ke?) tetapi juga mengurangkan rasa lapar anda. Oat mengandungi serat yang membantu dan menstabilkan tahap kolesterol. Aku pernah juga praktik makan oat time belajar itu hari konon nak save budget. last-last berlaku pembaziran sebab aku kurang gemar oat beb!

 

2. Telur

gambar telur pecah kredit gambar


Telur adalah sumber yang kaya dengan protein dan rendah kalori. Telur membantu kita untuk membina otot dan membangunkan kolesterol baik .

 

3. Epal

gambar buah epal


Epal diperkaya dengan antioksidan yang kuat dan makanan tambahan lain. Paling penting epal mengandungi pektin yang membantu untuk mengurangkan sel-sel lemak di dalam badan.

 

4. Cili Hijau


Cili hijau mengandungi Capsaicin yang membantu untuk membangunkan sel-sel pertumbuhan badan dan membakar kalori dalam masa cepat.

 

5. Bawang putih


Bawang putih mengandungi Allicin yang mempunyai ciri-ciri anti-bakteria membantu kita untuk mengurangkan lemak dan membuang kolesterol tidak baik .

 

6. Madu


Madu adalah salah satu yang terbaik untuk membakar lemak. Tambah madu dalam air suam dan minum setiap hari pada awal pagi .

 

7. Teh Hijau


Teh Hijau adalah salah satu yang paling berkesan yang boleh membantu anda untuk mengurangkan berat badan. Ia mengandungi Antioksidan yang membantu dan menstabilkan berat badan kita .Amik 2 cawan setiap hari teh hijau ini untuk hasil yang lebih baik.

 

8. Rumput Gandum (WHEAT GRASS)


Ia meningkatkan metabolisme dan membantu untuk mengurangkan lemak.

 

9. Tomato


Tomato membantu kita untuk membakar lemak dalam masa cepat. Ia juga membantu kita untuk menjauhkan diri dari kanser. Jadi Ambil tomato dalam diet anda secara berkala.

 

10. Coklat Gelap


Coklat gelap mengandungi Flavonoid, ciri-ciri anti -radang yang membantu untuk mengurangkan tahap kolesterol dalam darah. Ia merangsang pertumbuhan serotonin dalam darah dan juga membakar lemak.

 

Selamat mengamalkan memakan makanan yang boleh membakar lemak yang anda biakkan itu ye.

 

 

Sumber