Malam Jumaat baru-baru ini satu surprise birthday yang dirancang telah diadakan di teratak Pok Dollah( orang panggil ayah awak Pok Dollah kan Syerah haha). Perancang utama mestilah Amir yang merupakan seorang kawan yang sangat ohsem & sweet. Sokmo buat surprise birthday dekat kawan-kawan walhal kawan-kawan tak pernah buat pun ke dia masa birthday dia. Semoga keikhlasan dia dibalas dengan rezeki yang melimpah ruah. Amen.
Berkumpul di rumah Mekna dalam pukul 9.00 pm gitu. Siap-siap apa yang hendak dibawa,- kek – belon – hadiah – makanan - kemudian terus bergerak ke rumah Syerah dengan pelbagai idea bernas camna nak surprisekan Syerah. Siap berpakat dengan ayah Syerah lagi kebetulan ayah dia keluar rumah nak pergi kedai.
Plan Asal : Mekku berlakon nak jumpa Syerah nak ambil barang kononnnya. Bila Syerah keluar, Mekku pun kabo “surpriseee!” ke Syerah. Kemudian P-joe dengan Kodin pun tembak pistol birthday ke Syerah. Mekna bawak kek depan Syerah kemudian ramai-ramai nyanyi lagu birthday. Syerah terharu gila sambil menangis selok.
Plan Rosak : Mekku berlakon nak jumpa Syerah konon nak ambil barang. Syerah keluar dengan tidak bertudung dan agak seksi (wow). Mekku pun kabo ke Syerah “surpriseee!” dengan nada yang lemah gemalainya dan sengih-sengih ke Syerah sambil tunjuk papan “Happy besday Syerah”. Tiba-tiba yang lain dah blur sebab tak expect jadi gini. Semua keluar dari tempat persembunyian. Syerah pulak terus masuk rumah. tutup pintu rapat-rapat. Keluar balik bila dah bertudung lengkap dan tak seksi lagi. Masa tu baru kitorang tembak pistol birthday – bawak kek ke muka Syerah – nyanyi lagu birthday ramai-ramai – Syerah kesukaan & agak teruja tapi tok nangis pun ! =.=
Kek Syerah dihias oleh Zack. Comel kan? Zack tabur coklat nips atas kek
Kan gua dah cakap gua havoc lol
Kan gua dah cakap gua hensem lol
Bergambar dengan birthday girl yang paling jelita di Kampung Bukit Tunggal =p
Sebenarnya aku datang bawak diri je ke surprise birthday ini. Hadiah Syerah pun kita tak kasi. Anggap la entri sweet ini hadiah birthday awak ke – 23 ye Syerah. Kita tau pasal birthday ini pun last minit. Ada dekat tempat kerja lagi masa tu. Tak dang nak beli apa-apa pun ke Syerah hiks.
Happy birthday Syerah . 28 Disember 2013. Birthday dah 28 Disember itu hari tapi 3 Januari 2014 baru sambut. Baru namanya surpriseee! hehe. Berikut merupakan sedikit ucapan birthday Untuk Syerah (sediakan tisu dulu sebelum baca ye Syerah):-
1) Semoga panjang umur
2) Semoga menjadi anak yang solehah
3) Semoga berjaya dunia akhirat
4) Semoga bertemu jodoh yang baik yang boleh membimbingmu ke pintu syurga-Nya
5) Semoga business Hs photog berjaya.
6) Kenang daku didalam doamu
7) Macam ucapan perpisahan tak ? lol
Beb, jangan lupa like page Hs photog tau. Support bisnes Syerah. Nak tahu Syerah buat bisnes apa, boleh godek page tu ok.
Thanks.
18 Komen untuk "Surprise Birthday Tak Menjadi"
Happy birthday kawan pakcik apijollll :P
Thanks in support of sharing such a nice opinion, piece of writing is nice, thats
why i have read it entirely
Feel free to surf to my website digital camera tips;
,
HB utk kawan hafiz tu ea. may ALLAH bless her. heheh ingat kan teman istimewa td. ngeh2. :D
Wahhhh happy birthdayyy Syerah seksi hohohoho
wahhh kue ulang tahunnya sepertinya sangat mantappp.. selamat ya buat yang sedang merayakan ;)
tgok gambar pun dah rasa kehavocnya bro..he..he..
Thanks nani *tlg jwb utk Syerah*
teman istimewa saya kan istimewa mana boleh interframe kakaka
marah di Syerah nanti kate ke dia seksi haha
setahun sekali je wahidiyah hehe :")
x tgk irl lg tu wakaka
sambut bufday takde hadiah.. ape daaaa... haha.. :p
bestnyee....suka belon ! hehehe
haha kelakar2 adoi
www.kucinghitam.net
best dan kelakar.....comel semua
bagus entri ini. Lain kali kalau saya punya birthday dah dekat, hari-hari saya pakai tudung duduk dalam rumah atau di mana sahaja untuk get ready, Miahahaha tapi sebenarnya bila birthday saya lari. Baik-baik duduk di Miri saya lari ke Kuching naik flight 30 minit semata-mata taknak kena baling tepung telur dan sebagainya. Kahkahkah.
Ahahahaha ....kelakarnya.. xD ..teringat pulak pernah buat surprise jugak dekat kawan baik,dtang rumah dia senyap2 bwk cake..sekali smpai rumah dia,selamba je dia lepak depan pintu rumah dengan laptop lepastu rambut kusut dia..hahaha ..
ye tak ye jgax kn ...hehe ......