Surprise Birthday MR ARM

Surprise birthday dah lama. 19 Januari lepas tapi 28 Januari baru nak update. Nampak tak aku sibuk gila menguruskan hal dunia sampai lupa nak update kisah indah ini di blog. Padahal broadband tak berbayar lol.

 

Siapa Mr Arm? Mr Arm merupakan guru kesayangan kitorang masa zaman sekolah lagi. Beliaulah satu-satunya guru yang sanggup mengurung kitorang dalam bilik semata-mata nak suruh kitorang study. Alhamdulillah, berkat kena kurung dalam bilik, kami semua berjaya menyambung pelajaran. Kalau nak cerita budi baik yang Mr Arm buat, memang tak habis. Banyak sangat sampai tak tahu nak balas dengan apa. Hanya Allah SWT dapat membalas jasa baik beliau.

 

gambar surprise birthday

 

Plan diatur dengan baik supaya surprise birthday berjaya. Suruh Cikgu Nora berlakon kata kereta rosak sambil kitorang menyorok luar rumah sebelah ampaian baju. Aku dengan Zack dah bersedia dengan pistol birthday nak tembak ke Mr Arm. Bila Mr Arm keluar, terus nyanyi lagu happy birthday. Bawak kek ke Mr Arm sambil aku & Zack tembak pistol birthday ke beliau. Pistol aku meletup, tapi pistol Zack tak meletup hahaha.

 

kek surprise birthday

 

Alhamdulillah memang banyak makanan malam itu. Kenyang perut kita. Mee goreng, keropok, kek tapi aku makan sikit je sebab perut kecik molek tak boleh isi banyak-banyak. Lagipun kita dah kenyang bergambar haha. Terima kasih kepada yang sponsor makanan pada malam kejadian.

 

gambar birthday

 

gambar hensem surprise birthday

 

Yang baju putih paling handsome tulah Mr Arm. Sekarang dah jadi guru Ketua Bidang Bahasa di SMK Bukit Tunggal. Umur dah lanjut tapi maintain awet muda. Nama pun Abdul Razak Muda kan? Haruslah sentiasa muda hahaha.

 

Buat Mr. Arm(konon dia baca blog aku heh),
selamat hari lahir,
semoga panjang umur,
dimurahkan rezeki dan
dikurniakan kebahagiaan berpanjangan
didunia dan diakhirat.


Amen.

 

 

Credit gambar: Hs Photog

4 Komen untuk "Surprise Birthday MR ARM"

Ameen :D
Hiihi. Happy birthday Mr ARM!!! :D

model tak makan takpe asal kenyang bergambar je kan..haha
ingatkan baling telur skali..hehe memang cikgu awet muda :)

seronoknya. hana nak jugak suprise mcm nie. hehe :D

Cikgu ksygan la ni....hihihi..slmt hari lahir bt cikgu arm..moga sihat dan trus sukses yer...

Back To Top