DRAMA ARIANA ROSE ADAPTASI NOVEL THE WEDDING BREAKER

Peminat Novel The Wedding Breaker yang orang kata best gila tu mesti gembira apabila mengetahui novel tersebut akan didramakan di slot Akasia TV3. Drama yang ditukar tajuknya menjadi Ariana Rose itu akan menggantikan Drama Playboy Itu Suami Aku dan akan ditayangkan bermula 30 Disember 2013.
drama ariana rose

 

Sinopsis Drama Ariana Rose


Ariana Rose yang berkawan baik dengan Tengku Juwita bersetuju untuk berlakon sebagai gadis yang pernah menjadi girlfriend Tengku Adam Kamil. Tengku Juwita sebenarnya tidak mahu berkahwin dengan Tengku  Adam Kamil, lalu dia mencadangkan agar Ariana berlakon sebagai wedding breaker.


Perkahwinan tersebut dibatalkan dan maruah keluarga Tengku Adam Kamil telah tercalar.
Berang dengan keadaan itu, Tengku Adam mengupah spy peribadi untuk menyiasat siapa Ariana Rose.Tengku Kamil cuba mengetahui siapa dalangnya,namun Ariana tegar untuk tidak memberitahu.


Tengku Adam Kamil akhirnya meragut kesucian Ariana dan disebabkan itu, Ariana memberitahu kisah sebenar. Sejak itu, Ariana membenci Tengku Adam Kamil. 
Untuk melupakan sejarah hitam itu. Ariana mula melakukan kerja-kerja amal. Tanpa disangka, Tengku Adam adalah penyumbang besar dana kebajikan di mana tempat Ariana bekerja. Tengku Adam mula jatuh cinta pada Ariana namun tidak pada Ariana. Malah dia semakin membenci Tengku Adam Kamil.


Ariana Rose dipinang oleh keluarga Tengku Adam Kamil tanpa pengetahuan Tengku Adam dan Ariana menerima lamaran tersebut .Disebabkan kecewa lamarannya ditolak Ariana, Tengku Adam pergi menunaikan umrah. Bila pulang, dia mendapati, yang dia akan berkahwin dengan Ariana-gadis yang dicintai. Ariana juga tidak tahu siapa bakal suaminya hinggalah pada hari penikahan. Ariana terkejut tapi dia menerima suaminya dengan perasaan terbuka apatah lagi melihatkan suaminya telah banyak berubah.

Para Pelakon Drama Ariana Rose


Ramai pelakon hebat yang membarisi Drama Ariana Rose. Pelakon utama ialah Keith Foo dan Nur Fathia yang pernah bergandingan dalam Drama Dalam Setiap Sujud di TV9 baru-baru ini.

Keith Foo - Tengku Adam Kamil
Nur Fathia- Ariana Rose
Tasha Shilla- Tengku Juwita
Hisyam Hamid- Harith
Nabila Huda- Liyana
Arja Lee- Ramzul
Syatilla Melzin- Sophie
Mustapha Kamal - Tan Sri Tengku Muhriz
Liza Abdullah- Puan sri Lisdania
Datin Ziela Jalil- Datin Asra
Jalaludin Hassan- Datuk Wan Jusoh

drama ariana rose_Harith – Ariana Rose – Tengku Adam Kamil

drama ariana rose_1Tengku Adam Kamil & Sophie

drama ariana rose_2Tengku Juwita & Tengku Adam Kamil

drama ariana rose_3Majlis Pertunangan Ariana Rose

So, amacam? Mesti tak sabar nak tengok Drama Ariana Rose kan? Jangan lupa menyaksikan Drama Ariana Rose di Slot Akasia bermula 30 Disember 2013 , Isnin hingga Khamis 7.00 malam hingga 8.00 malam.
Selamat menonton. Open-mouthed smile

Facebook Ariana Rose
Sumber Admya
6 Komen untuk "DRAMA ARIANA ROSE ADAPTASI NOVEL THE WEDDING BREAKER"

Jom layan ... dah ramai yang menantikannya .

Novel ni! Saya ingat! Tapi kenapa pelakon dia.. errr... Sendunyer... Harap2 tak end up mcm Playboy itu Suamiku...

hai. pelakon jgn dia mantap. belum tgk belum tahu :D

x sabar nk tgk ni..novel dy pun dh best!

novel dia baru bacee hehehe

memang best...tp scene yang time keagamaan tu,,,nak kepastian keith foo tu ???

Back To Top