Drama Love You Mr Arrogant Adaptasi Novel Bestseller

Salam.
Tadi tengok Drama Love You Mr Arrogant Slot Akasia TV3 yang menggantikan Drama Cinta Jannah yang berakhir dengan happy ending sweet sangat awlolo tu. Macam pernah dengar tajuk drama Love You Mr Arrogant ini. Rupanya sebelum nie Rumaisha anak buah aku yang kaki novel tu ada pinjamkan aku novel Love you Mr Arrogant. Aku tak baca pun konon busy sangat. Padahal malas sebab novel Love You Mr Arrogant tebal sangat. Kena pinjam balik nie dengan Rumaisha. =p

Sinopsis Novel Love You Mr Arrogant

Jodoh Zaara  Amirah sudah tersurat dengan Zafriel Irham-anak orang kaya yang bongkak amat.Semuanya terjadi bila dia terperangkap lamaran paksa jejaka itu. Dek kerana ingin melepaskan diri daripada Sherry menantu pilihan ibunya,Zafriel memaksa Zaara menjadi isterinya dengan sebuah janji sebagai modal. Macam mana janji itu boleh termeterai?-
Zaara terlanggar kereta Zafriel secara tidak sengaja.Zafriel meminta bayaran RM5000 sebagai ganti rugi dan sebagai cagaran Zaara bagi hp kesayangannya pada Zafriel. Tempoh hutang adalah seminggu.Manala Zaara nak cekau duit sebanyak itu.
Zafriel mula terdesak bila ayahnya mahukan dia berkahwin. Jika tidak syarikat Irham holding akan jatuh pada tangan sepupunya. Inilah sebab janji termeterai antara Zaara dan Zafriel. Irham  lagi sanggup berkahwin dengan Zaara dari Sherry -gadis gedik tu.
Demi sebuah janji, Zaara redha.Namun,dia tidak menyangka keputusan itu membuatkan hidupnya kacau bilau disebabkan hati kering dan ego yang tinggi Zafriel.
Tambah pula,sikap ibu mertuanya  Puan Seri Maryam yang tidak merestuinya sebagai menantu.
Puan Ser Maryam mula merancang untuk memisahkan Zaara dari Zafriel. Keadaan bertambah parah bila Zaara dan Zafriel saling mencintai tapi semua itu hanya di dalam hati. Zaara mencintai Zafriel biarkan tidak dilayan seperti isteri. Di saat itu, Zaara rela Irham berkahwin dengan Sherry asalkan ibu mertuanya bahagia. Tapi Irham tidak sanggup kehilangan Zaara. Hatinya sudah lama dicuri isterinya itu.

Para Pelakon Drama Love You Mr Arrogant


Zafriel, Mr Arrogant- Azlee Khairi
Zaara-Zara Zya.
Hanez suraya- Sherry
Keith Foo -Hardy Hakimi
Norish Karman- Puan Seri Maryam
Anzalna Nasir-Fiz
love you mr arrogant

love you mr arrogant.jpgTeraju utama Love You Mr Arrogant Zara Zya sebagai Zaara Amirah dan Azlee Khairi sebagai Zafriel Irham

love you mr arrogant Dua watak yang bakal membuat anda panas menonton Love You Mr Arrogant. Norish Karman sebagai Puan Sri Maryam dan Hanez Suraya sebagai Sherry.
love you mr arrogant.jpgZafriel Irham dan Sherry

love you mr arrogant.jpgZaara Amirah dengan ibunya dan rakan baiknya, Fiz(Anzalna Nasir)
love you mr arrogant.jpg Zafriel Irham dan sepupunya, Hadry Hakimi

sumber
5 Komen untuk "Drama Love You Mr Arrogant Adaptasi Novel Bestseller"

alaaaaa,malas la nak layannnn...takut kecewa sampai ending dia,kahkahkah

Macam menarik je nih...kalau dh dpt tgk drama,x payah bc novel la dik..

P/s..geliati akak bc komen adik di entry akak...tersalah tmpt tp akak ok je...gelak akak sorg2 tau...thanks dtg blog akak ye...

musim sungguhla drama dr novel..lpas ni penulis skrip tak payah susah2x carik idea..guna novel jer pastu tinggal edit..huhuhu

drama komedi romantik yang bestt..tak rugi tengok :)

best giler cerita ni ...

Back To Top