Dora, Diego dan Keluarga

Ini bukan entri mengenai kartun Dora The Explorer dan Go Diego Go tapi mengenai keluarga kucing comel dekat rumah aku. Actually sebelum ini aku memang agak anti dengan kucing terutama jenis kucing yang berbulu luruh. Habis melekat dekat baju aku tau dak bulu dia. Aku benci sangat.

 

Ada sekali tu bulu kucing masuk dalam mulut aku. Esoknya terus aku batuk tak ingat dunia. Lama sangat nak baik batuk. Lepas pada tragedy tu, memang aku anti sangat tengok kucing. Rasa dendam pun ada. wakaka

 

Kehadiran Bella (Emak Dora & Diego)


Kehadiran Bella mengubah segala-galanya. Bella bukan datang sendiri terkedek-kedek dekat rumah aku, tapi bapak aku bawak balik. Dia ambil dekat Pasar Batu Enam. Bella comel. Ekor Bella seksi sangat. Kembang bukan main.


kucingcomel1


Setelah agak lama Bella berada di rumah, Bella pun melahirkan anaknya yang pertama hasil hubungan intim dengan kucing siapa aku tak pasti. 3 ekor semuanya. Mati seekor accident dengan Pak Mejah jual ikan. Anak-anak Bella kalau orang datang rumah, dia suka duduk bawah kereta/bawah moto. Pak Mejah dengan tak sengaja pijak seekor anak Bella. Mati terus di tempat kejadian :/

 

Lagi seekor warna hitam legam Khidir bawak balik rumah dia. Tak sampai sehari pun dekat rumah Khidir, Si Hitam hilang tak dapat dikesan sampai sekarang :/ So tinggal seekor je anak Bella yang masih ada. Chombi nama diberi. Berat gila. Sekali terjun turun dari kusyen rumah, bergegar habis rumah lantai papan mak aku. =.=

 

kucingcomel9

kucingcomel2

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Aku tak sempat nak tengok Chombi membesar depan mata sebab busy dengan study kan. Mana ada dekat kampung. Sekali balik kampung, dah besar panjang Chombi. Chombi ni pesen tak suka sangat orang peluk-peluk gomol-gomol dia. Sebab dia jantan habis kot.

 

Kelahiran Dora dan Diego ke Dunia


Tidak lama kemudian, dalam 6 bulan selepas kelahiran Chombi kot, Bella beranak lagi. Murah rezeki betul Si Bella nie tau. 3 ekor jugak. Kebetulan masa Bella beranak aku ada dekat kampung. So, sempat tengok anak-anak Bella yang comel tu. Anak-anak Bella membesar dengan sihat dan mendapat sepenuh kasih sayang dari Bella dan Chombi si abang yang sangat menjaga adik-adiknya. Suka tengok Chombi main dengan adik-adik dia.

 

kucingcomel7

 

Kecomelan 3 ekor anak Bella membuatkan orang yang datang kerumah memuji mereka. Sehinggakan pada suatu hari Mok Ngoh Yam kawan lama mak yang lama gila tak jumpa datang bertandang ke rumah dan membawa pergi anak Bella yang warna putih tu. Dia berkenan gila dekat kecomelan Si Putih. So, tinggal lagi 2 ekor anak Bella. Kalau diorang pandai bercakap mesti dia dah tanya aku ‘Pok Joe, kami rindu si putih’. =.= Putih jaga diri elok-elok dekat sana ye. tsk.

 

aksi kucing comel.jpg  aksi kucing comel.jpg


Syerah kalau datang rumah aku mesti dia cari anak Bella yang warna kelabu tu. Haritu dia tanya aku apa nama kucing. Aku cakap tak ada nama. Aku suruh dia kasi nama. Dia bagi nama Dora dekat kucing warna kelabu. Oleh sebab nama Dora tu comel sangat, aku tukar. Dora aku bagi dekat kucing warna kuning sebab betina. Diego nama kucing kelabu jantan tu. Omey ngat orp?

 

aksi kucing comel.jpg

 

Nampak tu Syerah ajar Diego dengan Dora cium. Diego buat muka berserah je diperlakukan sedemikian rupa oleh Syerah. *apa bahasa aku skema sangat nie =.= * Camtu ah Syerah kalau datang rumah aku. Mesti benda pertama yang dia cari ialah Diego. Bukan nak jumpa aku dulu. Diego pulak macam suka gila berada di pelukan Syerah. Dasar jantan.

 

aksi kucing comel.jpg

   aksi kucing comel.jpg


Ce tengok ekor Dora tu kembang gila. Geram aku. Dora nie manja benar. Kekadang kalau aku gosok muka dia, dia pun jilat geli-geli jari aku. Gomol-gomol kelapa dia kat jari aku. Diego pesen sombong sikit. Tak boleh kita peluk lama-lama. Dia rimas. Kalau Syerah peluk tak rimas pulak. Natang Diego. Hahahah !

 


aksi kucing comel.jpg


Gambar nie jaja yang ambil. Bila jaja nak ambil gambar Dora, terus dia posing buat aksi comel dia awlolo comel sungguh.  Cubit sikit pipi Dora. Sekian entri mengenai kucing comel di rumah aku pada kali ini. Lepasnie kalau takde idea nak update, boleh jadikan Dora, Diego, Bella dan Chombi sebagai bahan. Kan? meow. *bunyi kucing gatal*

14 Komen untuk "Dora, Diego dan Keluarga"

aku suka kucing, rumah aku ada 8 ekor kucing sekarang ni :D

gambar nak mate kan kucing tu macam 18SX ja.haha

Owh lupa. Nama mak dia Bella.haha.

paling suke tgk aksi dora yg last skali tu... comelnessss

weh comel yg kembang tuh...!!

bagusalh minatkan kucing..
haiwan kesukaan nabi kita...

Banyaknya kucing dia. Buat la entry haha

Kekadang Jenab. haha. Ada 2 nama. =.=

Baru nak berjinak-jinak je nie. sebelum nie benci gila. haha

Amboi...dgn bella,combi dn berbagai nama...nasib tkde kasim selamat ye....akakpun alah pd kucing....selsema teruk bila kena bulu kucing..suka tgk kucimng dr jauh je....

hahahaha...ok.abis baca semua..semua ikut baka si bella.ekor kembang semangkuk. :D diego dasar jantan..dora dasar betina ala2x comel konon :p bolehla bt topik..dr takde idea nk update kan.hihihi

Kassim Selamat bakal menyusul. haha =p

Back To Top