REVIEW FILEM PECAH ADAPTASI NOVEL FIXI

 

Salam.

 

Harinie nak Review Filem Pecah Adaptasi Novel Fixi. Konon novel Pecah keluaran Fixi memang terbaik. Best seller. Itu yang aku tergedik-gedik nak tengok filem Pecah di pawagam. Novel hebat tak semestinya apabila difilemkan akan jadi hebat jugak beb.

Sebenarnya aku tak berapa pandai sangat nak review filem ini. Bukan bidang aku. Setakat review bodoh-bodoh tu boleh la. kakaka.

 

Bagi korang yang sukakan cerita yang memerlukan korang berfikir korang patut tengok filem Pecah. Plot cerita yang agak rumit juga untuk difahami. Mula-mula aku pun tak faham apa kaitan scene permulaan cerita yang wanita dirogol dalam kereta dengan keseluruhan cerita.

 

Diakhir cerita baru korang faham jalan cerita filem ini. Cerita ini memang tiada adegan romantik. Unsur humour pun tak banyak sangat. Sofi Jikan macam nak buat lawak tapi tak lawak pun bagi aku sebab dia tak sesuai bawak watak lawak. Watak ganas , watak pailang sesuai.

 

Aku suka watak Alan yang dibawakan Sofi Jikan dalam filem ini. Nampak bersahaja. Watak-watak lain biasa-biasa saja. Lagi-lagi pelakon dalam filem ini biasa-biasa saja. Maksud aku takde la pelakon-pelakon terkenal dan popular yang berlakon. Kekadang aku pun confius jugak dengan sesetengah watak. Sekejap duduk dalam lokap, tetiba ada dalam hospital pulak. Agak berbelit sikit untuk aku memahami setiap watak. Aku yang jenis lambat pick up kot. harhar.

 

Ada juga unsur suspens dalam filem ini. Macam adegan dalam hospital dan di pengakhiran cerita yang adegan masuk hutan itu. Aku ingat harta karun yang tertanam dalam hutan rupanya mayat orang.lol. Seronok juga tengok watak Sofi Jikan and the geng memperbodohkan Tuan Inspektor (Fizz Fairuz) dan pegawai bank (Ako Mustafa) dengan berjaya sekali tanpa meninggalkan sebarang bukti.

 

Pada awal cerita aku tak faham juga kaitan si heroin (Izreen Azminda) dalam filem dengan watak Sofi Jikan and the geng tu. Rupanya diorang ini berkomplot untuk mendapatkan apa yang diorang hajati. So apabenda yang diorang hajati sangat tu ? Kau tengoklah sendiri Filem Pecah di pawagam berdekatan kau.

 

Bdway, ada 6 orang je dalam hall masa aku tengok filem ini. Sedeh. Menyesal pun ada tengok cerita ini. Baik aku tengok cerita Superman lagi sekali. Ha3.

 

Beb GSC kalau pakai student card dia tolak RM1 je. Haritu aku tengok wayang dekat TGV dia tolak RM4 kot. Berbaloi gila. Dahlah aku tengok cerita Men Of Steel. Lagi berbaloi-baloi.

 

Korang nak review lagi best korang baca sini Ulasan Filem Pecah.

 

Jom ramai-ramai follow twitter aku @hafizhafizol.

7 Komen untuk "REVIEW FILEM PECAH ADAPTASI NOVEL FIXI"

hahahha hampeh ke? tarik balik niat nk tgok ;p

kena tengok sendiri baru taw best ke x

cerita apa nie...asal aku xpnh tahu pun

semalam aku tengok cite man of steel.
tgk ade banner filem pecah.
so far, aku tak pernah tgk lg cite melayu kat cinema..hahah

cerita PECAH la. ha3.. kau busy dengan kerja kau mana nak tahu =p

Aku tak pernah tengok hindustan. hehe

cerita penyiasatan & suspens . kau mesti suka yg jiwang2 je kan

Back To Top