Salam.

 

Harinie aku nak Review Filem KIL yang aku dah tengok baru-baru ini. Lama gila rasanya tak tengok wayang. Last tengok awal tahun haritu kot. Cerita yang Jackie Chan berlakon tu. So, bila dah lama tak tengok wayang nie, memang excited dia berganda-ganda la. Lagi-lagi bila orang belanja. Lagi berganda-ganda dia punya excited. Thanks yang belanja tu !

 

Ha, kau tengok. Filem KIL dah keluar wayang 30 MEI 2013. Tapi baru harinie 8 JUN 2013 aku nak buat review. Sebenarnya tadi masa aku blogwalking aku terbaca entri blogger pasal filem KIL nie. Tu yang aku terfikir nak buat review filem KIL daripada aku biar blog aku bersawang kan.

 

Bagi aku, filem KIL ini BEST ! Even masa aku tengok tu boleh bilang dengan jari orang dalam hall. Sedeh la kalau Nik Amir Mustapha, pengarah filem nie tau berapa ketul je yang sudi nak tengok filem dia. Tapi seriously dalam berapa ketul yang ada dalam hall tu, semua macam excited sangat. Semua gelak tak ingat bila ada part-part kelakar menjadikan hall sangat meriah macam penuh orang dalam hall =p

 

 

Plot cerita ringan. Tapi turut diselitkan unsur suspens membuatkan aku macam tertanya-tanya dia nie siapa sebenarnya? Oh macamtu !!. Paling best dia punya dialog. Sempoi gila. Sampaikan ada 1 part itu, riuh kejap hall dengan ketawa aku yang tak sedap itu bila dengar dialog pelakon. Awek sebelah aku pun sama. Orang belakang aku lagi la. Part yang serious pun dia boleh gelak. lol

 

By the way, ini firstime aku tengok lakonan hero dan heroin filem KIL iaitu Redza Minhat dan Cristina Suzanne ini. Mula-mula memang rasa macam kau takde orang lain ke nak ambil buat jadi pelakon. Siapa la pelakon dua orang nie aku tak kenal. Tapi lepas tengok dia punya lakonan, ah lantak la aku tak kenal pun yang penting dia punya lakonan memang aku boleh feel. =p

 

Bila part Ella muncul, masing-masing duk sebut eh Ella lah. comel sangat Ella. Comelnya. Rupanya Ella menjadi watak sampingan dalam filem KIL. Nak tengok lakonan Ella ? Jangan lupa tonton KIL di pawagam yang berhampiran. Pasti menjanjikan kepuasan untuk anda. =p

 

Macam tak best je aku punya review kan. ha3. Aku bukan suka sangat pun sebenarnya review filem nie. inipun sebab ketandusan idea sangat. Kau nak review best, kau baca sini Sinopsis dan Review KIL !