IKLAN JAWATAN KOSONG TERKINI

 

Salam.

 

Lama tak update blog kan ? Sekarang aku sedang gigih isi iklan jawatan kosong terkini. Lagi seminggu habis la aku punya latihan industri di Radio Malaysia Terengganu fm nie. Sedeh pun ada. Dah ngam pulak dengan staff-staff dekat sini. Tu yang rasa sedeh. Lagi-lagi staff bahagian rancangan. Apa taknya hari-hari diorang duk ngadap muka ni la. Muka nie la yang hari-hari karaoke dalam opis hakhak. Takpe pasnie aku blah tak payah korang jangan rindu suara sumbang aku taw kaka. *perasan.

 

Berbalik kepada iklan jawatan kosong terkini, korang tahu tak baru sekarang aku like page iklan jawatan kosong terkini yang bersepah dekat facebook tu. Bukan aku like semua la. Aku like yang banyak likers je. Bila dah like page-page tu, memang hari-hari la diorang update pasal iklan jawatan kosong terkini. Seronok aku. Bila diorang post je, bukan main aku tekan cepat-cepat link. Tapi hambar juga sebab bukan semua jawatan kosong aku boleh pohon. Ada la certain-certain yang aku boleh pohon yang bersesuaian dengan aku punya bidang.

 

Aku jugak baru sekarang nak bukak akaun Suruhanjaya Perkhidmatan Awam SPA(http://www.spa.gov.my/Portal/ ) sendiri. Kelakar kan aku lol. Sebelum nie punyalah bangang tak bukak dari awal-awal. Kalau tak takdelah aku ter’miss temuduga PENOLONG PEGAWAI TADBIR GRED N27 baru-baru ini hakhak.

Buat anda yang berada di Terengganu, jangan lupa selalu update jawatan kosong area Terengganu di http://www.terengganu.gov.my/ . Sekarang ada dua jawatan kosong iaitu PENOLONG PEGAWAI PERTANIAN & PENOLONG PEGAWAI PERIKANAN G27. Tarikh memohon sehingga 18 Jun 2013. Mereka yang mempunyai kelulusan dalam bidang tersebut cepat-cepat memohon. Ada rezeki manatahu dapat jadi penolong pegawai perikanan boleh dapat ikan free hari-hari. seronoknya.

 

Jangan lupa like page http://www.facebook.com/Jawatankerajaan?ref=ts&fref=ts , http://www.facebook.com/pages/Jawatan-Kosong-Terkini/474315545915741?ref=ts&fref=ts dan http://www.facebook.com/jawatankosongsektorkerajaan?ref=ts&fref=ts untuk iklan jawatan kosong terkini di Malaysia. Satu hari banyak gila pages tersebut post iklan jawatan kosong. Korang boleh pilih nak kerja camna. gituh. haha.

 

Kalau macam aku, aku langgan ikut email je dekat website diorang sebab nanti kalau ada iklan jawatan kosong terkini memang automatik masuk dekat email korang. So takdelah korang terlepas pandang kan. Hari-hari WAJIB cek email ok. hiks.

 

Lagi satu, sila sign in korang punya akaun jobstreet (http://www.jobstreet.com.my/) dan jobsmalaysia (http://www.jobsmalaysia.gov.my/jcs/index.faces) sebab kedua-dua website ini sangat memberi manfaat kepada anda yang sedang gigih bertungkus lumus mencari pekerjaan..

 

Selamat mencari kerja semua. Usaha Tangga Kejayaan. InsyaAllah. :”)

6 Komen untuk "IKLAN JAWATAN KOSONG TERKINI"

payah spa ni ;(

http://lovelynemo.blogspot.com

Tanpa Nama
delete

ce ko update plak pasal hidup ko, lama tak dengar berita hak3

iklan jawatan kosong plak....rating2 ;p

ha3... im live not interesting ar bro. =p

Back To Top