Saman AES dan Cara Semak Saman AES Anda



Itu hari keluar jalan-jalan cari makan Area Putrajaya yang terkenal dengan AES(Automated Enforcement System). Taktahu apa itu AES ? Zon operasi kamera tu la looser. Padahal aku pun bukan tahu sangat pasal AES ini. baru kejap tadi google cara semak saman AES. Bukan aku yang kena saman AES. Tapi kemungkinan besar Edy yang kena. wakaka. Kesian Edy. Tak pasal-pasal RM300 berterbangan begitu sahaja. T_T

Edy cakap memang dah nampak pun zon operasi kamera kat depan. Bijaknya seorang Edy ini apabila dia langsung tak slow kereta . Bawak dalam 70 km/j je pun. Then ambek pulak lorong kanan. AES di kiri jalan. Memang menempah maut. Zapp, tiba-tiba kilat menyambar. Mataku berpinar. kilat dari AES bangang tu yer bukan kilat dari langit sana. mihmih.

Korang bila nampak AES, jangan panik . Nanti tertekan minyak.lol. Bawak 60 km/j. Lebih elok berada di lorong kiri la. Konon boleh menyorok dari AES . * Apijol berlagak seorang jpj *

Edy dah mula gelabah tahap cipan dah nie. Lagi gelabah bila Afnan menganjing dia. Terus tanya kitorang pasal cara semak saman AES. Gila kau tak cuak kalau kena saman AES. Mimpi ngeri kot.

Edy : Aku kena AES ke nie woi. Mapuh kerah aku. Camna nak semak saman AES nie! *cuak nak arwah*
Apijol : Apa susah. Google je ‘Cara semak saman AES anda’!! *mesti nanti masuk blog aku* lol

Ini sedikit info mengenai AES.


Apakah AES?

  • Penguatkuasaan secara automatik iaitu kesinambungan daripada Pelan Keselamatan Jalan Raya 2006-2010.
  • Usaha berterusan aktivis keselamatan jalanraya (JPJ, PDRM, JKJR, MIROS, JKR) memberi tumpuan kepada 4E (Engineering, Enforcement, Education and Environment).
  • Perlu adaptasi sistem penguatkuasaan yang mapan (sustainable) dalam terus kekal mengubah sikap pemanduan tanpa mengira kadar pertambahan kenderaan, pemandu atau kekangan penguatkuasaan.
  • Pendekatan kepada system based approach yang mampu mengubah sikap pemanduan rakyat Malaysia.
  • Satu sistem pengesanan dan merakam secara automatik kesalahan lalu lintas menggunakan alat pengesan yang dipasang di atas jalan dan perakam imej kesalahan menggunakan kamera (gambar dan video).


Bagaimana AES berfungsi?

  • AES berupaya mengesan dan merakam secara automatik sebaik sahaja mana-mana kesalahan lalulintas di lakukan di kawasan sering berlaku kemalangan sahaja.
  • Pelaksanaan AES meliputi kesalahan:
    • Tidak mematuhi lampu isyarat
    • Memandu melebihi had laju
  • Maklumat kesalahan ini kemudiannya dihantar secara real time online ke Pusat Kawalan AES (Control Center). Maklumat diproses bagi mengenal pasti pemandu/pemilik kenderaan berdasarkan kepada maklumat pemilik/pemandu yang terdapat dalam pangkalan data JPJ.
  • Saman akan dikeluarkan secara automatik dan dihantar melalui pos kepada Orang Kena Saman (OKS).
  • Sistem juga secara automatik menghantar maklumat kes ke mahkamah untuk tujuan perbicaraan jika OKS memilih untuk gagal membayar kompaun atau dibicarakan.


P/s : Berhati-hati di jalan raya terutama di zon operasi kamera. Bak kata Kiah Propa, “jaga-jaga ada yang memerhati”. :p

16 Komen untuk "Saman AES dan Cara Semak Saman AES Anda"

aritu baru kene kat SKVE...

kiri atau kanan, kalau laju tetap kene sambar kilat aes :)

alhamdulillah . tak penah kena lagi menatang AES ni . :P

nk cre pling jht x???
ko ttup je satu no kt no plat dgn selotip itam..
ahaha

msty kne kt area shell lps tol kn..hihi

cube ko amik software aes detector dalam playstore. die bagi warning dulu. tapi, bateri fon abis cepat sikit la.. haha

Seramnya kalau kena saman...masaklah nak membayo huhuhu!

i tade keta.haha

Rakan sekerja tak tidur malam apabila kereta beliau dirakam memandu melebihi had laju.

Anda bakal mangsa seterusnya... wakakaka

Nanti dia dpt detect muka aku acano ? haha =.=

haha.. kesian kat edy..sabor je ler edy oi..

BY: DJDANCHEF

sian edy...kena ngajing pulak tu...bhye btul kilat ni..hahaha

AES ni terus update saman hari tu jg x??? sbb mcm kena flash tp check sms xde. risauuu

aes ni terus update saman online masa tu jugak or kena tunggu dpt surat?

kalau nak check aes online kena tunggu dpt surat or terus boleh check ?

Back To Top