Sinopsis Zombi Kilang Biskut Mamat Khalid

 

Sinopsis Zombi Kilang Biskut Arahan Mamat Khalid

 

Zombi Kilang Biskut mengisahkan seorang pemuda, Usin yang bekerja sebagai penyelia di sebuah kilang biskut berjaya menyelongkar misteri kemunculan zombi. Cerita bermula apabila Usin bertemu dengan sahabat lamanya, Ucop Wilcha, Deris dan Mat Karan. Keadaan menjadi tegang apabila mereka terperangkap dalam kilang kerana polis mengistiharkan darurat di seluruh Taiping.

 

Seorang demi seorang pekerja kilang sudah hilang dan ada yang ditemui mati dalam keadaan menakutkan. Hasil siasatan Usin, dia mendapati kilang itu membekalkan dadah kepada belia tetapi dadah itu tersilap proses menjadikan penagih bertukar menjadi zombi. Soalnya, siapakah yang mengedarkan dadah itu ? Apa tujuannnya ? Bagaimana hendak mengubati mereka yang sudah menjadi zombi ? Nantikan Zombi Kilang Biskut menerjah pawagam berdekatan anda.

 

Dari segi idea, filem Zombi Kilang Biskut memang kelihatan seperti ada persamaan dengan Zombi Kampung Pisang. Bagaimanapun versi Zombi Kilang Biskut tidak boleh dianggap sebagai sambungan kepada Zombi Kampung Pisang.

 

Hanya empat sahaja pelakon utama Zombi Kampung Pisang muncul semula menerusi Zombi Kilang Biskut iaitu Awie ( Usin ) , Sofi Jikan ( MA Sofi ), Ucop Wilcha ( Shy8 ) dan Man Kadir ( Pak Jabit/Abang jay ) manakala barisan pelakon lain adalah muka baru.

 

Ini menunjukkan Zombi Kilang Biskut bukan sekuel atau francais Zombi Kampung Pisang yang terdahulu walaupun walaupun dibarisi beberapa pelakon sama.

 

Antara pelakon lain yang membintangi Zombi Kilang Biskut ialah Delimawati ( Lemi Pamoga ), Eina ( Kamariah/Pontianak ), Dayana ( Sofea ), Syuk Balas ( Abang Din ), Abu Mamu ( Amran ) dan Adam Khalid ( Anak Si Mamat ).

 

Penggambaran Zombi Kilang Biskut di sekitar Perak iaitu Kampung Chepor Dalam di Ipoh, Jelapang dan Chemor.

 

Zombi Kilang Biskut merupakan produksi pertama terbitan Enjit Semut Sdn Bhd, milik Mamat khalid sekeluarga.

 

Making of Zombi Kilang Biskut

 

P/s : Mamat Khalid, jangan lupa ajak saya ke majlis pratonton Zombi Kilang Biskut ok. herher.=p

 

Sumber : Berita Harian Ahad ( 20 Januari 2013 )

10 Komen untuk "Sinopsis Zombi Kilang Biskut Mamat Khalid"

tggu tiket free bru nk g tengok blh x cmtu?haha..ada time blh la nnti

26 nnti ko pegi x?jum weh denaihati pnya...jum2

satu lagi bakal keluar

hantu kak limah balik rumah 2

zombie kialng biskut? wow. kene tengok nie xD

ambik aku d Putrajaya please haha

waa bila kuar ni.. nak terjah panggung hehe

kilang biskut mane pulak laa mamat khalid ni..yg pasti mesti kelakar kan..johan takde..tak best..

haha.. macam2 lah abam mamat khalid titew ni.. haha harap filem ni bez dari hantu kak limah n zombi kg pise

BY: DJ dan CHEF
(djdanchef.blogspot.com)
== ♥ == ♥ == ♥ == ♥ ==

Back To Top