KELEBIHAN SOLAT SUNAT DHUHA MENURUT HADIS

Assalamualaikum.


Zaman sekolah haritu selalu pergi surau waktu rehat then solat sunat dhuha dengan kawan-kawan . Masa PMR paling best sebab surau tepi kelas je. Memang jadi rutin harian pulak kalau rasa malas rehat pergi surau solat solat dhuha. Takpun makan dulu dekat kantin baru pergi surau. 


Bila naik tingkatan empat dah jarang pergi surau solat dhuha. Then tingkatan lima jarang-jarang sekali je datang surau solat dhuha. Geng-geng solat dhuha skali dah berpecah dah. So, macam takde semangat nak solat dhuha sorang-sorang kat surau. Tapi still amalkan solat dhuha bila berkesempatan.

 

i_love_islam



Kelebihan Solat Sunat Dhuha 



Ustaz Tarmizi cakap banyak manfaat kita dapat bila solat sunat dhuha nie . Banyak sangat. Lebih-lebih lagi student yang nak exam mcm calon PMR, SPM dan STPM. Alhamdulillah, geng-geng yang selalu solat dhuha sekali haritu semua dapat masuk sambung belajar. Zaid dekat UPSI. Zafar dekat UTM. Syaiedeen dah jadi student UITM Jengka sekarang. Aku pulak ehem. hihi.



Memang result PMR dan SPM aku teruk. Tapi aku tak pernah merungut. Tak pernah nak persoalkan kenapa aku tak berjaya macam orang lain sedangkan aku hampir setiap hari tak tinggal solat sunat dhuha. Rezeki masing-masing. Ada rezeki yang Allah kasi cepat. Ada yang lambat sikit tapi dapat jugak. So, teruskan menjalani kehidupan seperti biasa. Jangan mengeluh jangan mengalah.


Solat sunat Dhuha ini dikerjakan pada ketika sedang naik matahari (anggaran 8.00 pagi hingga 11.00 pagi).

Solat sunat Dhuha ini dilakukan sebanyak 2 rakaat. boleh juga dilakukan sebanyak 4, 6, 8 sehingga 12 rakaat dan setiap dua rakaat satu salam dan boleh juga setiap 4 rakaat satu salam.

Cara melakukan solat Dhuha:


a) Bacaan niat solat sunat Dhuha Ertinya: ” sahaja aku solat sunat Dhuha 2 rakaat kerana Allah Taala”.

b) Bacaan rakaat pertama surah Al-Fatihah dan As-Syam

c) Bacaan surah rakaat kedua surah Al-Fatihah dan Ad-Dhuha

d) Setelah selesai salam, lalu membaca doa

Maksudnya:


“Ya Allah, sesungguhnya waktu Dhuha itu waktu DhuhaMu, kecantikannya adalah kecantikanMu, keindahan itu keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu, kekuasaan itu kekuasaanMu dan perlindungan itu perlindunganMu. Ya Allah, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah, dan jika di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar, permudahkanlah, jika haram, sucikanlah dan jika jauh, dekatkanlah. Berkat waktu dhuha, kecantikan. keindahan, kekuatan, kekuasaanMu, limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh.


Kelebihan Solat Sunat Dhuha

” Barangsiapa yang melakukan solat Dhuha membaca rakaat pertama surah Al-Fatihah dan ayat Kursi 10 kali, dan pada rakaat kedua surah Al-Fatihah dan Al-Ikhlas 10 kali, nescaya ia mendapat kerelaan Allah Yang Maha Besar.” (HR. Anas B Malik).


“ Barangsiapa yang mengerjakan solat Dhuha dengan terus menerus, akan diampuni dosanya oleh Allah, sekalipun dosa itu seluas lautan.” (HR Tirmizi)



يُصْبِحُ عَلَى كُلِّ سُلَامَى مِنْ أَحَدِكُمْ صَدَقَةٌ فَكُلُّ تَسْبِيحَةٍ صَدَقَةٌ وَكُلُّ تَحْمِيدَةٍ صَدَقَةٌ وَكُلُّ تَهْلِيلَةٍ صَدَقَةٌ وَكُلُّ تَكْبِيرَةٍ صَدَقَةٌ وَأَمْرٌ بِالْمَعْرُوفِ صَدَقَةٌ وَنَهْيٌ عَنْ الْمُنْكَرِ صَدَقَةٌ وَيُجْزِئُ مِنْ ذَلِكَ رَكْعَتَانِ يَرْكَعُهُمَا مِنْ الضُّحَى


” Rasullullah S.A.W bersabda: setiap pagi masing-masing persendian/ruas tulang daripada kamu sedekah, dan setiap bertasbih sedekah dan setiap tahmid (ucapan Alhamdulillah) itu sedekah, dan setiap ucapan takbir itu sedekah, dan menyeru dalam kebaikan sedekah, dan melarang dari perbuatan jahat itu sedekah, dan sebagai ganti semua itu, cukuplah dengan mengerjakan solat Dhuha dua rakaat.” (HR Ahmad, Muslim dan Daud) Rujukan : koleksi 100 solat-solat sunat oleh Al-Fadhil Al-Ustaz Hj. Ahmad B. Hj. Ibrahim. terbitan Al-Hidayah Publisher


Sumber :http://ummiadam.teratakrindu.net/?p=310
Sumber:http://pusatoperasizontengah.blogspot.com/2011/02/fadhilat-dan-kelebihan-solat-dhuha.html


P/s : Haritu ustaz pun ada cakap kalau tak ingat surah As-Syam dengan surah Ad-Dhuha tu boleh diganti dengan mana-mana surah yang awak ingat. Ustaz suruh baca surah Al-Ikhlas dengan surah Al-Kafirun.
19 Komen untuk "KELEBIHAN SOLAT SUNAT DHUHA MENURUT HADIS"

kalau kita biasa buat simple ja solat dhuha ni ekceli...sebab 2 rakaat ja pun...sat sangat...=D

info bernas :D
bagus3 ..

tiap org da ditentukan rezeki masing2...tq tuk info..

cerita kau ade mcm cerita mmber aku jgk.. dlu member aku tny aku, die smyg tak pernah tinggal, tapi exam result pass, tapi tak lah membanggakan.. die berteka teki sedangkan study dah susah payah jgk... xpe lah, rezki orang kan lain2

ca dulu time skola teknik pon rajin pi dhuha sbb kawan2 ngajak gak.yg ngajak lak mmg budak2 surau...tp skang..errr... =_=..kena mula semula la..syg lak tinggalkan manfaat yg ALLAH da tawarkan tu kn.. terima kasih sbb mengingatkan kembali..

Nini - betul. mudah tapi apa yg shafaatnya sgt besar :)


Ca Ezah - Jom kita amalkan balik solat nie kalau ada kelapangan. InsyaAllah :)

salam super sahabat,
tetap semangat dan sukses selalu ya
ditunggu kunjungan baliknya :)

salam super sahabat,
tetap semangat dan sukses selalu ya
ditunggu kunjungan baliknya :)

salam super sahabat,
tetap semangat dan sukses selalu ya
ditunggu kunjungan baliknya :)

pakcik , kalau x ingat nk baca doa tu boleh ke? ke x jadi solat sunat tu? tQ~

Tanpa Nama
delete

terima kasih. mohon share

Memang benar antara kelebihan Solat sunat Dhuha adalah rezeki yang murah,serta meudahkan juga kita membayar hutang.. dengan syarat kita buat sebulat hati kerana Allah swt.. Alhamdulillah saya juga pernah merasai kelebihannya semasa dalam kesempitan sebelum ni.. sama2 lah kita cuba jadikannya sbg salah satu rutin harian.. ingatan untuk diri saya juga..

terima kasih atas maklumat yg anta berikan.....moga2 Allah berkati apa yg anta wt ni~ana doakan anta dpt istiqomah dlm wt solat sunat dhuha ni.....mohon amik sikit ilmu anta utk an share di FB ana.......

insyaAllah tak mengapa. yang penting niat solat tu . tp kalau baca doa lagi bagus :)

thankz for the info..sangat berguna :)

thankz for the info..sangat berguna :)

hamba Allah
delete

Alhamdulillah.sgt bmanfaat

Tanpa Nama
delete

Alhamdulilah, semoga memberi manfaat kepada semua, terus istiqamah dgn solat duhha

Tanpa Nama
delete

rezeki bukan sahaja duit.. result exam.. kebahagian..ketenangan.. kesihatan..keredhaan allah.. tu semua rezeki.. kalau minta dgn allah kene sabar..

Back To Top