Assalamualaikum w.b.t

 

Selamat menjalani ibadah puasa dan selamat hari raya aidilfitri maaf zahir batin mensuci hening dosa. Ok dah mengarut !

 

 

Tadi cepat-cepat tekan blog Nisa Kay dekat bloglist sebab terbaca tajuk entri seperti di atas. Nampak sangat kemaruk dengan duit raya. Duit beb sape tak nak duit bak kasi aku la ! =p

 

 

Godek-godek peserta kontest nie macam majoriti wanita. Malu saya nak join. Kahkah. Tapi memandangkan aku jenis wat lek wat lek kesah pulak aku, terjoin jugak la menda alah yang dianjurkan Annas Easkey ini. Lelaki-lelaki kat luar sila support aku. Kahkah =p

 

 

Saya suka Annas Easkey kerana ? Saya suka Annas Easkey ? Hah? Sila jangan fikir lain dulu kang aku tapor kang. Sebenarnya aku suka hasil kerja Annas Easkey yang merupakan photographer yang sangat tidak asing lagi dalam kalangan blogger dan model-model di luar sana.

 

 

Aku kenal Annas Easkey pun dari PROJEK X CIK EPAL suatu masa dahulu. Melihatkan gambar-gambar Cik Epal yang telah diambil oleh Annas membuatkan wujud satu rasa kagum dalam diri aku. Aku macam “ biar betul Cik Epal bertukar jadi sangat comel muka bujur sireh dan sangat natural camnie !”. Hah tengok penangan hasil kerja Annas. Sangat aku kagumi bakat semulajadinya.

 

CIK EPAL  Sejak bila Cik Epal bertukar menjadi Cik Mempelam. Eh

 

"The moment someone tells you you're not good enough, is the moment you know you're better than them - Annas Easkey"

 

Suka juga quote Annas Easkey yang dia letak dekat blog dia. Aku fikir tahu kebenaran kata-kata pada quote tu. Serious aku fikir dan memang betul sangat quote itu. Sangat bagus untuk diamalkan oleh seseorang yang ingin berjaya dalam hidupnya.

 

 

Tahun ini baju raya warna oren sama macam tahun lepas juga. Kenapa sama? Sebab baju raya tahun nie memang recycle balik yang tahun lepas punya pun. Aku pakai baju raya itu pun baru dua tiga kali kot. Rasa macam membazir pulak beli baju raya baru tahun ini nanti simpan dalam almari juga. Tapi kalau kata ada orang nak belanja saya baju raya baru saya on jea. hekhek!

 

 

Bab kata semangat ini aku fail sikit. Semoga Annas Easkey sukses selalu dalam bidang yang diceburi. Bukan susah nak susah, bukan senang nak senang. Maka selamat menjalani kesusahan anda sebelum anda mencipta kejayaan dan kesenangan itu. Kesenagan bukan datang bergolek dan memerlukan anda melalui pelbagai rintangan/halangan/cabaran/kesusahan untuk menggapai kejayaan kelak. Sentiasa berfikiran positif sebab akal menguasai segala perlakuan. Negative thinking will make you down! So, feeling good not feeling down! Believe it, u can achieve it ! Feel the joy, Feel the happiness. =)

 

 

Salam Lebaran Annas Easkey !

 

Jangan lupa tonton webisod Hari Raya =p

3 Comments