Trip ke Pantai Port Dickson Setahun Lepas

 

Assalamualaikum.

Cerita ini sebenarnya sudah lama sangat maaa. Baru sekarang aku nak update. Biar la nak update jugak. Nak jugak. Haha. Cerita ini berlaku kira-kira tahun lepas. Aku dalam bulan May tahun lepas. Gila dah dekat setahun baru sekarang aku nak update. Heh ! Pemalas.

 

Korang tahu?
Kami pergi ke Port Dickson naik KTM.
Gigih sangat dek kerana mengidam sangat nak pergi sana kan.
Orang cakap kat sana best.
Cantik.
Menarik.
Tertarik.
Kau memang dabooomm kan. Rupanya-rupanya… ( sila sambung sendiri )

 

Jauh jugak perjalanan ke Port Dickson naik KTM. Oleh sebab cerita ini sudah lama berlalu, aku pun ingat-ingat lupa berapa jam perjalanan ke sana. Seingat aku kitorang stop dekat KTM Seremban. Dari KTM Seremban kami naik bus pulak ke Pantai Port Dickson yang cantik itu. Firstime pergi sana memang terserlah lah ke’jakun’nan kami terutamanya aku.

 

Nak stop kat mana pun kitorang taktahu nie. Mujur adik ayu pakai baju sekolah pipi chubby sikit tu bagi guide kat kitorang kat mana nak stop. Heh ! Terima kasih adik. Harap-harap adik tu baca entri ini. Haha.

 

Kami bertolak pagi aku memang tak ingat pukul berapa dan sampai sana petang. Pun aku tak ingat pukul berapa. Takdela petang sangat sebenarnya. Dalam pukul 2:00 camtu lah kot. Time budak sekolah balik sekolah.

 

Pantai Port DicksonSampai sana terus bergambar sakan. Tu je sebenarnya tujuan kitorang datang ke sini. Nak bergambar je. Pastu blah la. Haha.

 

Lepas bergambar sakan .
Gambar lompat.
Gambar fotogedik.
Gambar control macho.
Gambar sengal dan segala gambar yang kami ambil, kami terus cari kedai makan tepi pantai tu. Banyak je kedai makan sana. Menu diorang pun lebih kurang sama.

 

PISANG GORENG dalam bekas  Oleh sebab terlalu lama tidak merasai goreng pisang, kami pun belilah 3 4 ketul pisang goreng. Apehal sos dia tu hitam sangat? Haha.

kacamata hitamNi apa nama aku pun tak tahu. Pakat bedal je ambik makan sebab lapar sangat kan dari pagi tak makan nie. Tak sedap pun. Pisang goreng yang kat atas tu pun tak sedap. Haha. Kemain kau kan. Nak sedap goreng sendiri. Haha

 

Lepas habis makan, sesi bergambar disambung kembali.

berjemur di tepi pantai PORT DICKSON

Sempat lagi berjemur tu. Syok je Nazmie siap tidur bagai.
Sekejap je kitorang berjemur.
Tak sempat nak lena terus mamat mana ntah halau kitorang.
Katanya nak duduk kerusi tu bayar la.
Ingat free free je ke. Haha. Jakun betol.
Tak kuasa aku nak bayar kat kau semata-mata nak berjemur atas kerusi tu. bye.
Berapa bayar? Aku pun tak ingat sangat. Semua benda tak ingat kan. Haha. Rasanya dalam RM2.00 je kot. Heh ! Kedekut.

 

Di tepi pantai yang panasSerious nie gambar last. Haha. Hambik ko. Semangat Pantai Port Dickson sangat member-member aku nie. Sanggup bergambar tengah panas tu.

 

Selepas gambar terakhir di atas, kitorang lepak-lepak area pantai tersebut.
Masing-masing membawa haluan sendiri dah.
Ada yang pergi surau.
Ada yang jalan-jalan tepi pantai.
Ada yang usha-usha barang kat kedai.
Ada juga yang sambung bergambar sakan.
Ada juga yang jadi fotographer tak berbayar.

 

Lepas Asar kitorang pun berangkat pulang.
Aku tak ingat pukul berapa jangan tanya.
Sampai sana dalam pukul berapa aku tak ingat jugak.
Yang pasti sampai malam la. Haha.

 

Dan, hari semalam aku berkesempatan lagi ke Port Dickson.
Kali ini ke Teluk Kemang pula.
Lagi best.
Lagi cantik.
Lagi gempak.
Lagi seronok daripada trip kitorang pada tahun lepas.
Seyes tak tipu pun tau ! Haha.



Bersambung…

4 Komen untuk "Trip ke Pantai Port Dickson Setahun Lepas"

sonoknye tak prnh pi pd..walhal dekat je

sedapnye lama x makan pisang goreng

pergi nk bgambar je, bukan nak mandi.huhu

Rasa macam nak pergi juga naik KTM...tapi tak pandai nak....

Back To Top