Durian Pok Awang Paling Sedap


Tiada apa yang boleh menarik jariku untuk menaip entri di musim peperiksaan ini melainkan apabila aku terlihat gambar yang sungguh membuatkan aku teruja gila sampai nak jatuh katil. Over kan aku. Haha. Korang kepingin nak tahu gambar apakah? bukan gambar Neelofa atau gambar Pontianak Sundel atau gambar Domino yang bersaiz regular tapi gambar ini ! Supriseee !
durian atas pokok
Inilah gambar buah durian yang sedang menunggu masa untuk luruh dan mak aku cepat-cepat berlari kearah durian yang luruh itu. Korang ingat lagi tak beberapa bulan yang lepas aku ada tulis entri pasal suasana kampung yang anda patut rasai 2 ? Tak ingat? Tak tahu? Nampak sangat blog ini tiada pun pembaca. Oh sadisnya diriku. Pada masa entri itu ditulis, durian yang di dalam gambar di atas baru menjadi bunga korang tahu? Sekarang dah besar-besar dan comel belaka. Rasa macam nak kait je sebijik pastu peram dua bulan ! Hiks.

Jaja memang sengaja nak menjeleskan aku. Dia pergi snap gambar buah durian kat kampung lepastu upload dekat facebook. Bukan setakat facebook, dia siap tulis entri lagi tu kat dia punya blog. Mujur dia takde instagram je. Haha. Jaja cakap mungkin durian ini akan luruh sekitar bulan 8 dekat-dekat nak raya camtu. So kalau nak makan durian, mai la beraya rumah itteuww. Kata Jaja dengan gedik sekali. Aku pun macam, yey akhirnya dapat jugak makan durian kampung. Tak sama tahu durian kat kampung dengan durian kat pasar malam atau durian kat tepi-tepi jalan tu seyes tak sama. Durian kampung aku lagi berlemak berkrim ok !

Untuk kesekian kalinya, aku ingin menceritakan kisah aku dan durian yang sangat romantik bersama korang. Bukan kisah aku pencuri durian atau aku masuk hospital sebab ditimba durian. Mintak jauh la kan. Tapi kisah yang aku rasa sangat unik juga la. Tapi tataw la kalau korang punya kisah pun sama macam aku itu mungkin hanya kebetulan. Kita boleh geng la camtu. Haha.

Kisahnya begini, pada zaman kanak-kanak ribena dahulu kala, aku seorang kanak-kanak ribena comel yang sangat benci buah durian. Seyes wat cakap lu. Sangat benci. Sangat benci. Sehinggakan aku terhidu buah durian pun seyes aku muntah. Sehinggakan orang duk syok makan buah durian kat dapur, aku pula duk sensorang dalam rumah. Orang duk cakap sana sini pasal durian, aku pula tahan muka fade up ya amat terhadap durian. Betapa la aku tak suka benar yang over pada durian.

Namun begitu, tahun bersilih ganti. Musim durian juga bersilih ganti. Aku bukan lagi kanak-kanak ribena yang benci akan durian. Aku pun tak pasti sejak bila aku mula jatuh cinta pada buah durian. Mungkin selepas aku mimpi basah kot. lol. Seingat aku, aku mula jatuh cinta pandang pertama kat  buah durian sejak aku di sekolah menengah. Mungkin perubahan hormon kot. Wakakakakaka. Sehinggalah sekarang aku merupakan peminat buah durian. Tak sabar menunggu musim buah durian. Tak sabar nak hidu bau buah durian yang sedap itu. Tak sabar juga nak kupas buah durian yang agak mencabar berbanding buah-buah lain itu. Hihihi.

Kat kampung ada banyak jugak la pokok durian. Depan umah ada dua pohon. Sebelah rumah tiga pohon. Belakang rumah dua pohon kalau tak silap aku. Tapi tak tahu la nanti bila aku balik kampung tiba-tiba kat depan rumah ada sepuluh pohon memang aku kepelikan terus pengsan kot. Muahahaha.

Rindu nak makan buah durian berjemaah kat belakang rumah macam zaman sekolah menengah haritu dengan kawan-kawan dan cikgu sambil bermain kejar-kejar dengan anak kambing comel. Zaman sekolah menengah ok. Bukan zaman sekolah rendah. Sebab zaman sekolah aku kan pembenci durian. :p .

makan buah durianKamilah pencinta buah durian yang tegar. Makan buah durian pun tak beragak kan. Makan tepi jalan je sambil berdiri pulak tu. Durian dalam gambar tu nama dia durian 101 kalau tak silap aku. Sebijik berapa? Sebijik seploh hinggit. Over gila jual durian mahal-mahal. Lain kali kalau nak beli durian, pastikan durian tersebut berkualiti dan murah. Ni kes tak menyabar sangat nak makan durian jumpa kedai durian terus beli. Makan la kau durian yang berharga seploh ringgit sebijik itu. Sumpah aku tak beli dah pasni durian semahal tu. Hahaha.

Okbai. Nak study hoi. Esok ada paper nie. Kemain kan esok paper sempat lagi update blog lu. Nie la penangan buah durian namanya. Jaja simpan sikit buah durian kat aku okay !!
P/s : Pok Awang pada tajuk entri merupakan nama glamer ayah aku kat kampung. Jangan nanti korang pergi kedai cakap nak buah durian Pok Awang sudah la yer. Hakhak.

Khasiat Buah Durian
@ Durian mengandungi phytonutrien dan anti-oksidan yang tinggi. Ia dikatakan dapat menurunkan kadar kolesterol dan membersihkan darah. Ada kajian mendapati durian dapat mengelakkan jangkitan kulat. Ini kerana kandungan zat besi yang tinggi membantu sel darah putih menghasilkan kimia semulajadi membunuh jangkitan.
@ Durian juga mengandungi asid amino dan vitamin B, C dan E dan ia tinggi kandungan anti-oksidan. Anti-oksidan membantu memperlahankan kemusnahan sel-sel kesan dari radikal bebas seperti pencemaran udara dan asap rokok. Dengan cara ini, ia mengurangkan proses penuaan membuatkan kita awet muda. Ia juga baik dimakan ketika demam.



 
5 Komen untuk "Durian Pok Awang Paling Sedap"

yummy..klu ada pulut nih..mmg telan luirr dah

oh, mengidam nak makan durian!!!

hahaha.betullah.jojo tak suka durian masa kecik =)

Back To Top