Sambutan Hari Guru 2012 | Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Negara |

 

Sambutan hari guru 2012

Aku rindu dewan ini. Dewan SMK Bukit Tunggal, Al-Arif. Di pentas itulah kami pernah mencipta kenangan terindah di zaman persekolahan.

Membuat persembahan koir, pertandingan nyanyian, persembahan hari guru, berkonvo dan seumpamanya.

Kawan, korang ingat lagi tak kita pernah membuat persembahan orang kerdil sama-sama?? Ingat lagi tak kita pernah bergambar bergelak ketawa sama-sama atas pentas ini. Ingat lagi tak kita pernah ber hu ha hu ha atas pentas ini. Ok. Dah cukup cerita pasal pentas ini. Haha.

 

Korang nak tahu,

 

Aku bertuah kerana mempunyai guru yang sangat baik dan hebat.

@ Guru yang menemani aku belajar sampai petang.

@ Guru yang mengajak ke rumah semata-mata untuk memastikan aku membuat latihan.

@ Guru yang memberi motivasi dikala aku jatuh.

@ Guru yang sanggup bertandang kerumah dan mengenali ibu bapaku.

@ Guru yang sanggup datang kerumah semata-mata mahu mengajakku berjalan-jalan.

@ Guru yang datang kerumah apabila tibanya musim buah-buahan.

@ Guru yang sporting. Boleh bergurau senda ibarat kawan rapatku.

@ Guru yang selalu mengajakku bertandang kerumahnya apabila aku balik kampung.

@ Guru yang kukenal seisi keluarganya. Aku rapat dengan anak-anaknya. Sehingga kubahasakan diriku ‘papa’ apabila dengan anaknya. Okbai.

@ Guru yang gelak sama-sama, menangis sama-sama, makan sama-sama. Betul aku sangat bertuah mempunyai guru seperti ini.

@ Guru yang tak berkira langsung dengan pelajarnya samada hal berkaitan wang ringgit dan seumpamanya.

@ Guru yang menjadi dorongan, memberi dorongan dan mendorong untuk berjaya.

@ Guru yang bawak anda ronda-ronda pusing-pusing pantai pastu makan ikan celup tepung.

@ Guru yang apabila anda berkunjung ke rumahnya terus diajaknya anda ke restoran.

@ Guru yang cantik dan hensem !

@ Guru yang sayang akan pelajar-pelajarnya.

@ Guru yang tak pernah lupa akan pelajar-pelajarnya.

@ Guru yang tak dapat kubalas kebaikannya sampai bila-bila.

Terima kasih cikgu. Cikgu sila  perasan bahawa ayat-ayat di atas memang untuk cikgu pun. Tak pernah aku terfikir mempunyai cikgu yang sangat hebat seperti kalian. Sayang kalian ketad-ketad !

selamat hari guru 2012Ni pun hasil nukilan bakal guru. Adawiyah nama dia. Bakal guru Pendidikan Seni. Patut ah seni semacam kan dia punya nukilan. Hehehe.

3 comments:

  1. kenalkan aku kat cikgu ko yg hensem

    eheeeeee

    ReplyDelete
  2. intro sedih kot.aku pun teringat zaman buat persembahan hari guru.
    siapalah kita tanpa mereka. terima kasih cikgu.;) ku kenangmu dalam doaku.ameen.

    ReplyDelete