Program Jelajah IPT UUM & UNIMAP

 

Walaupun cerita ini sudah basi tapi aku tetap nak update.

Lagi satu. Entri ini penuh dengan gambar-gambar comel hensem kami. Kalau tak suka jangan mengumpat dalam hati plis. Haha.

Pada 10 hingga 13 Mei 2012 lepas aku telah berpeluang mengikuti satu program anjuran Sekretariat Rakan Muda(SRM)UKM. Program yang diberi nama Jelajah IPT ZON UTARA 2012 itu telah memilih UUM & UniMAP sebagai universiti utara untuk dijelajah. Sekian mukadimah yang sangat skema versi budak STPM buat laporan dari saya. Haha.

 

Kami bertolak 10 Mei malam dalam pukul 11.30 jugak. Nyenyak betul aku tido dalam bus sampaikan orang berhenti makan kat RnR mana ntah aku langsung tak turun. Tido mati. lol. Sedar-sedar dah sampai RnR Gurun, Kedah pada pukul 5.30 pagi.

 

Pukul 7.30 pagi 11 Mei baru kitorang sampai ke UUM. Terus ke Masjid UUM untuk bersiap. Teruja jugak aku firstime sampai UUM kan.

SRMUUMDiva-diva SRMUUM yang menyambut kedatangan SRMUKM. Gila ramai. Dah macam nak menyambut ketibaan menteri pulak. Haha. Sesampainya di sana kitorang terus dihidangkan dengan breakfast.

mee goreng                      Amende la Zety duk ngadap mee goreng sampai camtu skali. Haha.

Selepas itu bermulalah sesi diskusi bersama SRMUKM dengan SRMUUM. Kenalkan diri masing-masing, tengok-tengok video program, sesi soal jawab , sesi beramas mesra sehinggalah sesi pembahagian roomate angkat.

Kami dibawa SRMUUM menjelajah UUM. Habis satu pelusuk UUM diorang bawak kami. Bawak masuk hutan, daki bukit, berjalan atas padang rumput, menyelusuri sungai, dan banyak lagi. Haha. Aku sendiri dah naik kagum akan kecantikan UUM. Malas nak taip panjang-panjang. Sila terjah gambar-gambar di bawah.

The Mall_UUMIni The Mall. Macam-macam ada kat sini. Dari keperluan seharian, food court, pakaian, segala bagai semua ada. Tak payah pegi jalan TAR. Shoppping je kan sini pun boleh. Tang harga tu aku tak pasti pulak berpatutan atau tidak. Haha.

 

perpustakaan sultanah bahiyah UUM    Bergambar di atas tangga perpustakaan Sultanah Bahiyah. Ce cari aku duk celah mana? Haha

dewan kuliah UUMSesi bergambar disambung di dalam dewan kuliah pulak. Habis tempat kau nak bergambar kan. Untuk pengetahuan korang, SRMUUM nie bergambar sakan lebih daripada kitorang pulak. Kan Syikin?? Muahaha.

556265_363742930350080_100001431272175_975559_850218151_n

Dewan Muadzam Shah yang cantiknya bukan kepalang. Dewan depan tu ada padang rumput yang luas dan cantik. Depan tu jugak ada jam yang besar gedabaknya. Jam yang dikelilingi pokok bunga.

dewan muadzam shah UUMHa. Nilah dia jam yang besar tu. Ko nampak dua batang jarum gergasi belakang kitorang tu? Jam nie boleh berbunyi tau. Teruja betul aku dapat dengar jam nie berdeting sebanyak lima kali tepat pukul lima petang haritu. Bijok ngat.

Puncak Vista UUMSelepas bergambar sakan di Dewan Muadzam Shah, kami berjalan kaki melalui denai, menyelusuri sungai, menuruni tangga dan melalui jambatan sambil menikmati keindahan UUM untuk ke Puncak Vista yang sangat gah di UUM. UKM aku pun takde pun puncak-puncak camnie. Haha.

Hambik kau. Kemain dia suh teka berapa anak tangga di Puncak Vista. Kalau dia cakap dapat hadiah memang aku dah gigih dah duk kira. Aku pun tataw berapa anak tangga ke puncak tersebut. Takde la tinggi mana pun. Ada la dalam ratusan anak tangga jugak. Puncak Vista UUM_Nilah Puncak Vista. Nak jugak interframe muka mamat hensem nie kan. Hai Apih Apijo awak sangat encem. Okbai. Haha

pemandangan di atas Puncak Vista                       Pemandangan di atas Puncak Vista. Sila cakap cantik sekarang.

Pondok Puncak Vista UUMPondok di Puncak Vista. Lagi gambar memegang banner. Banner yang cantik dan mahal haruslah dibawa bergambar juga kan. Haha.

Katanya berketinggian 90 meter dari paras laut dan anda akan dapat menikmati panorama yang indah di kampus UUM apabila berada di atas pondok ini. Oh, baru aku perasan, aku tak naik pun atas pondok tu. LOL.

jambatan UUMOn the way balik penginapan pelajar dari Puncak Vista. Dari kiri Aliq ( rumate angkat ) , Puteri gengster, Zety Bunga, Tettttt , Helmi , Aaina Durrah dan Aza Laili.

 

Cuba anda bayangkan berjalan kaki dari Puncak Vista ke YAB dan Muamalat. Camtulah jauhnya perjalanan kitorang. Nampak muka Apih Apijo letih tak bermaya dah nak bergambar tu. Tapi aku tak dapat pun bayangkan jauh mana. Aku bukan student sini pun. So, just follow diorang.

 

Diorang cakap nanti akan lalu ikut kandang rusa. Semangat aku nak tengok rusa ni kononnya. Cepat-cepat aku jalan manatau nanti tak sempat nak tengok rusa sebab petang-petang camnie rusa mungkin dah masuk rumah. lol.

 

Nasib kami baik sebab salah seorang exco SRMUUM datang ambik kitorang naik kereta pastu terus hantar ke rumah penginapan masing-masing. Nasib malang jugak sebab tak dapat pun tengok rusa. Hewhew. Dah lama tau nak pegang-pegang rusa. Seyes.

SRMUUM_Dalam busNilah antara kawan-kawan baru Apih Apijo di UUM. Yang muka cam gengster tu rumate angkat aku, Aliq. Yang pakai cap tu Helmi. Yang tudung pink, Aina. Yang duk tengah-tengah tu Syikin. Yang sebelah Aina tu tak sempat nak berkenalan sebab aku jenis pemalu nak tegur semua orang. Hahaha. Yang sebelah Helmi tu Raja budak UKM. Yang paling hujung pakai baju ungu tu Mantan President SRMUKM, Al Amin. Sebelah dia pulak mantan president SRMUUM. *odw ke Restoran Anjung

restoran anjung, ChanlungKemain banner Thai Steamboat. Takde maknanya nak makan steamboat melainkan ada orang belanja. Hahahaha. Sory aku tak dapat nak interframe gambar makanan kitorang sebabnya aku takde sebijik kamera macam diorang. *sadis

makan burger sedapSempat jugak sesi jejak kasih bersama member sekolah, Mazlan di café Muamalat. Terima kasih Lan belanja burger. Kih3.

 

SRMUUM dan SRMUKM              Gambar kenangan bersama SRMUKM dan SRMUUM sebelum berangkat pulang.

Saya Apih Apijo mewakili SRMUKM dan semua student dari UKM mengucapkan jutaan terima kasih di atas layanan SRMUUM yang tidak berbelah bahagi dan sangat mesra serta meriah. Terima kasih kerana menyediakan makanan dan penginapan serta rumate angkat yang baik-baik belaka. Terima kasih bawak kami jalan-jalan pusing UUM yang cantik betul wa cakap lu ! *flying kick kiss

Tepuk-tepuk terima kasih.. puk amai amai.. lalalala…

 

Next, UniMAP…

6 Komen untuk "Program Jelajah IPT UUM & UNIMAP"
srikandi242
delete

x pernah jemu layan korang.,
part paling ske, menyemak ngan ko time posing2 . hehe .
semoga ikatan SRMUUM dg SRMUKM sntiasa utuh biar berapa keturunan legasi pun . heee ~

hee. sy student uum jugak. hee. tp bukan ahli rakan muda la. sy kenal la muka2 bdk uum tuh. Ngee :DD

uum mmg cantik pon kan. Ngee :DD

dirla bella
delete

YEAH!!!!! keDIVAan aku jd p'buka entry... hoyeh!

<--dari rumah nk p UUM 10minit ja..spnjg dok kt sini..taktau pulak ada puncak vista tuu..

UUM mmg cantik, datanglaa lagi..haha..:)

rindunya kt uum....dah hampir 7 thn grad....dulu akak duk kt kolej proton.....pagi2 joging n then naik puncak vista tu tgk matahari terbit...

laaa ni upanya geng2 yg dtg yuyuem ritu..hak3..nyesal x dtg?:p

erm,blik aku pon dpt umate angkat (umate aku slh sorg ajk srm),,tp tyme korg dtg 2 aku balik umah..biase la,,,aku kan pemalu ngn umate agkt..haha

Back To Top