My Favourite Animal Pal in Madagascar 3: Europe’s Most Wanted

 

Sekuel Madagascar kembali lagi. Aku yakin pasti peminat Alex the Lion tak sabar nak tengok dia beraksi dalam Madagascar 3 kan? Atau nak tengok aksi lincah Gloria menari ? Atau nak tengok sahabat baik Alex, Marty bermanja-manja dengan Alex ? Atau nak tengok Melman the giraffe yang bertengkuk panjang gila babeng? Hahaha. Berapa banyak atau daaa kau nie apih apijo !

Aku amat sukakan watak Alex the lion yang merupakan watak protagonis dalam filem berkenaan. Kenapa Alex ?

 

Alex merupakan seorang sahabat sejati

Tak sejati camne lagi kalau dah berkawan baik camnie skali dengan Marty the Zebra. Terdetik juga aku camne ah diorang boleh berkawan rapat sampai boleh gelak sama-sama. Manja sama-sama. Yela, si Alex the Lion nie kan spesies karnivor sedangkan si Marty the Zebra pulak herbivor.

 

Sehinggakan si Martin nie nak meninggalkan Central Park Zoo pun Alex ikut sama tu walaupun Alex sayang meninggalkan Central Park Zoo. Dia kan famous kat sana. Alex jugak tak lupa kat birthday si Marty nie. Dia siap kasi Marty snow globe ‘Alex The Lion’ di hari jadi Marty. So sweet ah korang berdua nie oi !

 

steak madagascar

Haaa , tang nie pulak apabila diorang di Madagascar. Akibat terlalu lapar, Alex mula membayangkan Marty sebagai steak. Hampir Alex ingin memakan Marty namun dia masih teringat akan kenangannya bersama Marty seterusnya rela membiarkan dirinya lapar. Keadaan ini membuktikan Alex bukan jenis kawan makan kawan kan? Hahaha. Binatang pun ada tau istilah kawan makan kawan.

 

Alex juga telah menyelamatkan Marty dan kawan-kawannya yang lain apabila mereka diserang oleh Foosa yang merupakan haiwan pemangsa yang rakus dan kejam. Terima kasih Alex. LOL. Hahaha

 

Riwayat Hidup Alex yang Menyedihkan

2008_madagascar_escape_two_africa_034

Alex terpisah dengan ayahnya, Zuba semenjak kecil lagi apabila dia ditangkap oleh pemburu haram di Afrika. Namun begitu, Alex tercicir ke dalam sungai dan terapung seterusnya ke laut Atlantik sehinggalah ke sampai ke New York. Dia dijumpai dan dibawa ke Central Park Zoo.

 

Di Central Park Zoo, dia merupakan haiwan yang paling diminati pengunjung. Menyelami kisah hidup Alex yang menyayat hati, terus aku touching apabila Alex ditemukan kembali dengan Zuba.

 

Alex juga pandai menari ok ! No wonder la Alex n the geng boleh join Circus Zaragoza.

 

Haaaaaaa, lagi satu, sangat kelakar apabila Alex lebih sukakan sushi daripada daging. Haha. Lawak pun ada si Alex the Lion nie !

 

Madagascar 3 Europe’s Most Wanted
5 Komen untuk "My Favourite Animal Pal in Madagascar 3: Europe’s Most Wanted"

dot tiket free leh lanje tgk citer ni kan.huhu

alex pandai menari.. errr awop pandai dop? hehehe

Tanpa Nama
delete

aku suka Melman. muahahahhaha :D

memang menunggu sequel filem ni. yahoo!

Back To Top