Suasana Kampung yang Anda Patut Rasai

 

Cuti mid sem datang lagi. Memang tak la aku bercuti kat kampus. Bercuti di kampung lagi heaven. Syurga di dunia. Rumahku syurgaku. Tak gitu? Hehe.

 

Aku nak cerita pasal kampung aku nie. Sebenarnya takde ah nak cite sangat pun. Cumanya nak kasi korang tengok gambar. Nak tengok tak? Macam-macam gambar ade.

 

Gambar bunga, gambar pokok, gambar binatang comel. Korang mesti nak tengok kan? Mesti dah tak sabar nak tengok kan? Haha. Jom sama-sama terjah gambar-gambar yang aku snap sekitar rumah aku yang cantik itu.

 

Mula-mula aku p melawat encik ‘mmbekkk’ belakang umah. Encik nie la yang selalu buat bising pagi-pagi. Tak senang duduk kitorang tau kalau diorang mengembekk. Rasa nak je sound kuat-kuat suh diorang senyap. Memekak je kejenya.

 

“Haaa.. Dengan ini diumumkan kepada mereka yang nak beli kambing kampung nak buat akikah ke, nak buat kenduri ke, nak bela ke anda bolehlah berbuat sedemikian di rumah aku. Kambing yang kat bawah nie memang untuk dijual pun. Takdenya orang saje-saje nak bela kambing kan. Boleh contact aku ok. Sempat lagi kan nak promote kambing.”

 

Kambing ni baka bagus tahu kalau korang nak tahu. Sekali beranak selalu keluar kembar. Yang gedik skit sal kambing nie dia suka mmbeekkkk tak hingat dunia jela. Yang paling penting diorang comel dan jinak. Hewhew. Ok tamat sesi promosi kambing.

 kambing comel

Lepas tu kan aku bergerak pulak ke belakang rumah. Belakang rumah aku ada kebun tau. Macam-macam kitorang tanam kat situ. Ada pokok pisang, pokok tebu , pokok nanas dan seumpamanya. Ayat tak boleh nak skema lagi ke? Haha.

tebu

pisang_banana

Kalau korang nak tahu yang kat atas tu pokok tebu dan pokok pisang. Subur kan macam aku jugak. Haha. Pokok pisang ni ada jugak aku yang tanam. Ada mak pak aku yang tanam. Jaja pun ada tanam. Anak sedara aku pun ada. Abang aku pun ada.

“Eh, kalau korang nak bukak kedai pisang goreng bolehlah korang datang umah saya beli pisang saya. Pisang saya sangat lemak manis. Saya letak baja kat kandang kambing kot. Mahu tak segar pokok tu kan. Kalau korang ada kedai air tebu pun korang boleh ah datang rumah beli tebu. Haha. Kami takde mesin tebu ah nak jual air tebu. Ok, tamat sesi promosi pisang dan tebu. Harhar”

ubi kayu

Yang ni pulak pokok ape ? Ce teka ? Dah agak mesti korang tak tahu punya. Inilah pokok ubi kayu kalau korang nak tahu. Pucuk dia tu korang rebus pastu korang cicah budu sedap sangat ok ! Haha. Ubi kayu nie untuk stok musim tengkujuh tau. Nanti bila musim tengkujuh mai ah datang rumah makan ubi kayu rebus. Nyum nyum ~~.

papaya_betik

Papaya betik. Tengok ada buah papaya masak la. Hehe. Terliur la tu. Macam-macam kan kitorang tanam dalam kebun nie. Sangat 1 Malaysia. Betik ni saya buat makan je. Tak jual pun. So, tak payah ngengade cakap nak beli betik sebijik. Tak dilayan. Haha.

Aku malas dah menaip nie. Esok aku upload lagi gambar yang lagi best dan menarik kat kampung aku k. Mesti korang excited nak makan buah betik kat kampung aku kan? Haha.

 

Bersambung…

14 Komen untuk "Suasana Kampung yang Anda Patut Rasai"

baru nak jwab tuu pokok ubi kayu..
<--org kampung jugak..:)

untunglahhh bleh lepak kampung . hewhewheww

tak suka makan betik :(

best.. teringin nak rasai suasana kampung..

yeay,kita sama..saya pun dok kampung jugak,sejuk jaa..hehe

comel je betik tu bro,
asal kau terliur..

hehehe

tgk pokok pucuk ubi tu tbe2 rasa nk mkn pucuk ubi plak..

hehee..ske gler btik..untung lah kmpung ade kebun.. :)

bestnya. tiba2 rindu dkat kampung la pulak. :(

I can smell da fresh airrr!!!

errr..aku lama gileww tak jenguk pokok pisang aku wes..idup lg ke?heee..

hahaa .. selamat bercuti . meriah ye :)

xnk beli kambeng tu..
tp tingin nk rabe2 kambeng tu,sy ske kambeng!

Back To Top