Suasana Kampung yang Anda Patut Rasai 3

Baca juga suasana kampung yang anda patut rasai dan suasana kampung yang anda patut rasai 2.

Harini aku nak story pasal sebijik perigi celik yang terdapat kat kampung aku. Bukan perigi buta ok. Haha.

perigi buta

Gambar atas nie memang gambar real bukan aku google search. Nilah perigi celik yang aku cakap tu. Kenapa celik? Sebab sampai sekarang dari tahun 1975 perigi ini masih digunakan. Suka tahu mandi perigi. Airnya sejuk sampai tulang sum-sum. Yang nak feeling-feeling mandi air sejuk tu mai ah mandi perigi nie.

timba dan perigi

Ce korang perhati betul-betul sebelah timba tu. Ada nampak tak angka 20.3.75 ? Ada kan? Tu la tarikh perigi nie dibuat. Maknanya dah 37 tahun kewujudan perigi nie. Berganda-ganda tuanya daripada umur aku. Haha.

perigi buta

Perigi ni airnya sangat jernih. Ce korang perhati betul-betul gambar atas nie. korang ada nampak tak manusia dalam perigi tu? Ada kan? Dahla air sejuk pastu jernih pulak. Memang best panas tengah panas-panas pastu terjun dalam perigi pastu tak boleh nak naik atas balik. Haha. Memang kau cari main la kalau buat camtu.

So kalau nak mandi perigi jangan wat aksi berbahaya la. Timba ada disediakan. Pakai timba karai air tu. Selain mandi, boleh juga ber’exercise kan. Habis kalau dah korang karai air sampai 10 kali dah macam senanam tarik timba yang penuh berisi air pun ada. Katang la korang pasnie kalau hari-hari mandi timba. Tak payah g gym pun. Hahaha.

Aku masa muda muda comel comel haritu memang perigi nie merupakan sumber air utama. Nak pergi sekolah mandi telaga nie ah. Sejuk tak payah nak cakap. Nak-nak kalau sekolah pagi. Pukul 6 dah kena turun mandi telaga. Best tau kenangan silam. Bila musim tengkujuh pulak air perigi memang penuh sampai atas, Pakai gayung je ceduk air. Seronok sangat. Kalau musim tengkujuh, air perigi automatik jadi panas. Mana yang belajar geografi sila jawab kenapa musim tengkujuh air telaga jadi panas. Bila musim kemarau pulak air telaga sejuk.

DSC01289 copy

Sekarang dah ada bilik air dalam rumah nie aku pun dah demand nak mandi kat telaga. Haha. Mandi paip hujan lagi best ah kononnya. Tapi perigi sangat berjasa. Time ada masalah air memang perigi jugak yang aku cari. Malah jiran-jiran sebelah rumah pun datang ambik air kat perigi ni tau. Siap mandi manda lagi.

Korang tahu tak mandi perigi boleh menjimatkan bil air rumah korang tu.

10 Komen untuk "Suasana Kampung yang Anda Patut Rasai 3"

umah sy pom ade telaga.. tp xmain la kirai2 timba ni..gune enjin air je...hahaha..
*makin kurus la HH main kirai timba..:p

pehhh..best3..mesti sejukkkkkkk!!

teringat kecik2 dulu. mandi pakai air telaga jugak..

same lah kita ! uma nnek bolat ade telaga mcm ni.. blik air tu besarr,skrg bahagi dua blik air.. telaga tengah-tengah..cuma ade dinding skit dekat telaga tuh.. mmg di modenkan dgn mozek2.. ekekeke..

bolat salu mandy tgh hri je,sbb airtelaga sjukk.. klau xde air, skampung dtg mndy.. meriah !

Weee... Dalam tak? Takutnye jatuh... Tp air telaga bersih... Sejuk je..

wahhh. kampung teman pun ada perigi jgk. :)

perlulah gambar kau exercise tuh dari telaga.hoho.

wah nak mandi air perigi la .. bole x? nak datang kg hh la nak mandi kat situ lalalala

time kecik2 dulu pernah jatuh dlm perigi.. huhu.trauma kejap..^^

huih . baca pun saya sendiri dah rasa eksaitednya . dekat kampung ada perigi .. tapi perigi buta dah kot sebab dah tak da yang guna . dah ada bilik air dalam rumah . hehe :)

Back To Top