Suasana Kampung yang Anda Patut Rasai 2

 

Sambungan entri Suasana kampung yang Anda Patut Rasai.

Harini kita belajar nama bunga ok? Haha

bunga durian

Ce teka apakah gerangan gambar di atas? Sejenis bunga. Korang jangan cakap tu sejenis makanan atau sejenis kuih pulak dah ah. Haha. Bunga nie yang dah gugur. Aku snap kat bawah pokok.

bunga durian

Gambar atas nie bunga yang duk atas pokok. Mesti korang yang duk bandar tak pernah tengok kan? Mesti korang ingat nie bunga rambutan kan? Pandai giler. Nilah bunga durian. Raja segala buah. Peh, pokok durian dah berbunga. Nanti jemput-jemput la datang umah aku makan durian. Dijangka buah durian akan gugur pada bulan Julai. Macam tu ah setiap tahun.

bunga kemboja

Habis benda kan aku nak snap. Haha. Ah kesah pulak aku kamera aku kan. Ni bunga Thailand kalau korang nak tahu. Maksud sebenar aku bunga Kemboja. Hehe. Bunga nie aku jumpa area rumah aku jugak. Tepi jalan. Nampak comel. Terus aku snap. Bunga yang kat bawah nie lagi comel.

bunga matahari

Ini kalau korang tak tahu aku pun tak tahu ah nak cakap apa. Aku jadi mat bunga kejap harini kan asyik duk cakap sal bunga je. Haha. Bunga Matahari nie pun tepi jalan tu jugak. Berdekatan dengan pokok durian tadi. Comel kan. Letak kat telinga pun lawa nie pastu g pasar beli ikan. lol.

flower purple

Weyh ni bunga ape weyh? Seyes aku tataw. Macam bunga kemboja. Tapi warna purple. Comel gila letak kat telinga pun comel. Haha. Pokok dia pun macam pokok kemboja jugak. So aku nak namakan bunga nie kemboja ungu boleh? Suke hati je kan.

nanas ubat

Haa yang nie sepisis ( betul ka eja camnie ) nanas yang kian mengalami kepupusan. Ayah aku cakap nanas nie orang buat ubat. So sebab tu jugak la dia tanam. Kecik je nanas nie. Boleh ah sebesar ibu jari kaki aku je. Ibu jari kaki aku tau bukan korang. Haha. Nama apa ntah nanas kecil nie. Aku tatau aku tatau.

Sekarang cuba korang perhatikan gambar yang aku bulatkan merah di bawah. Korang zoom besar-besar sebab spesies nie kecil je. Haha. Korang nampak? Macam anak ular kan? Macam cipan pun ada kan. Macam ulat gonggok pun ada jugak seposen. Kalau korang nak tahu itulah PACAT. PACAT yang hisap darah orang tu. Dia hisap darah aku kenyang-kenyang. Habis 5 titik darah aku. Haha. Grrrrrr.. Buat gulai sedap nie. lol.

pacat

And last but not least, gambar jalan tar yang sempit dan rosak. Kiri kanan jalan terdapat pagar kayu yang dijalari pokok. Di hujung jalan terdapat rumah banglo besar yang cantik dan besar. Hewhewhew. Rumah siapakah ?

beautiful road

Sekian sahaja entri bergambar dari mat bunga. Haha. Suasana kampung korang camne plak? Mesti lagi syok dari kampung aku kan.

Bersambung…

6 komen

uwarghhh,,pacatttttttttttttttttttttt,,geli

besauuunyeee ibu jari kaki awak ! auchh ! kehkeh

nanas kecik tuu kat rumah ada sebijik..tersorok belakang pokok lain..haha..

best gile ddk kg kan? nyaman dan tenteram je. tapi bab pacat tu.. ewww x suke. hehehe

haha . sumpah lawak baca entri ni . ada lah keluar mat bunga , comel semua ada . hakhakkk .. agak2 banglo sape tu ye . hewhewhew :D


EmoticonEmoticon