Assalamualaikum w.b.t

Semalam kecoh kat facebook pasal SNSD datang Malaysia. Macam-macam status facebookers duk puji-puji SNSD nie. Aku yang terpinga-pinga mulalah garu-garu kepala konon tak tahu SNSD tu apekebenda. Seyes aku memang tak tahu kawan. Sila gelakkan aku selama empat belas saat.

Makanya, aku dengan sangat gigih terus google apakah gerangan SNSD tersebut sehingga membawa fenomena kepada rakyat Malaysia. Sangat hebatlah SNSD. Ramai facebookers tak kira lelaki mahupun wanita yang up status mengenai SNSD tersebut. Sangat hebat kan? Apa kau kata?

Selepas di google search, tetiba keluar gambar hot di bawah

snsd1

Motif sangat kan keluar gambar 9 orang awek cun yang berbangsa korea. Motif motif motif motif motif. Punyalah lama aku duk tilik gambar nie. Kemain lagi. Awek yang paling depan tu pakai rantai salib doe. Kisah pulak aku. Artis korea kot. Bukan artis Malaysia.

Pastu boleh aku terpikir benda maha bodoh. SNSD nie macam sailormoon la.

sailormoon

Tengok tu. Sailormoon pun ada 9 orang. Tapi takde pulak budak kecik dalam gambar Sailormoon kat SNSD punya gambar. Sangat tinggi khayalan ku. Haha.

Takkan la SNSD pun boleh bertukar macam Sailormoon kot. Tak mungkin.

Sunny-SNSD-Picture

Macam Sailormoon tak? Tak pun kan. Sailormoon punya dress lagi cun kot. Haha. Fashion Show SNSD?? I got something ! Maknanya SNSD nie model la kan. Patut comel-comel belaka.

Untuk mendapatkan kepastian, aku masuk youtube then search keyword SNSD. Nak tahu keluar apa tak?

Sengaja aku pilih video yang paling ramai orang tengok. Nak tahu ramai mana?

69 189 683 orang yang tengok pada masa aku menonton video tersebut. fuhh..

Nice jugak video nie. Diorang 9 orang awek cun nie nyanyi sambil menari. Seyes aku cakap kau, this is my firstime watching SNSD’s video. Fullstop !

Tahulah aku SNSD tu artis Korea. Diorang baru lepas buat persembahan kat Malaysia. KLCC kot tak salah aku. Patut rakyat Malaysia sangat teruja nak mampos sampai aku pun dah buat entri pasal SNSD ni. Hebat kan^^. Tak hebat pun!

Berikut merupakan geng-geng SNSD yang letop. Sila pilih satu. Haha.

Tiffany (American, Eye smile queen)
Jessica (Ice princess, American)
Seohyun (Maknae (youngest) Cute)
Yoona (SNSD's face, beautiful, boyish personality)
Sunny (Aegyo Queen, cute)
Sooyoung (Shikskin, SNSD legs, funny)
Hyoyeon (Dancing Queen, Funny)
Taeyeon (Leader, Main singer, dorky)
Yuri (SNSD sexy icon, Black pearl, funny and dorky)