Hai. ( Lambai-lambai tangan gaya diva )

Dah Lama kan tak update blog nie. Kecian saye bz skunk. Takde mase nak update pung. Takde idea nak update jugak. Takde mood nak menulis pung ade. Hihi.

Tapi, tak update pun ade lagi yang sudi nak masuk blog, komen entri n then follow kan. Sangat terharu diri ini. Tens semua. Hihi lagi skali.

Tadi aku mendapat mesej dari someone yang aku tak kenal . Mesej tu berbunyi camnie,

 

“ TAHNIAH sim –card anda telah BERJAYA MEMENANGI Promosi Cabutan Bertuah RM15,000.00 DARI:COCA COLA NO CEK : 331456 untuk info sila call HJ.AZLAN di talian 012 8698996 ”

 

Ha!!! Aku yang baru bangun tido nie ape lagi. Terus bersorak kuat-kuat dalam bilik pastu baling nset burukku ke dinding. Lima belas ribu kot. Nanti boleh beli black berry 12 bijik lagi kalau nset yang aku baling tadi rosak. lol.

Haha.

 

Untuk pengetahuan korang, ini bukan kali pertama aku dapat mesej camnie. Beberapa kali jugak la aku menang cabutan bertuah yang berbelas-belas ribu nie. Maknanya aku nak kata aku dah boleh beli kete Myvi 2 bijik la skunk kan? Haha. :p

Tapi, salah aku cuma satu. Aku tak pernah pun call no yang tertera tu. Bodoh ke aku? Atau aku nie jenis tak kisah la setakat 15 ribu je pun. Aku dapat PTPTN 19 ribu kot. Harhar.

Korang pun mesti selalu kan dapat mesej camnie kan? So apa reaksi korang? Adakah korang cepat-cepat p dail no yang tertera pastu tuntut 15 ribu korang tu pastu boleh shoping kat The Mines ke, MidValley ke, Times Square ke. Camtu ka?

 

Kepada Hj. Azlan , saya neves la nak call Hj. Saya takde kredit lagi. Hj. dahla pakai no maxis. Mahal taw. Nanti mesti nak cakap lama-lama ngan Hj. Nak tanya no akaun la. Nak wat urusan transfer duit 15 ribu la. Nak tanya alamat rumah la. Hahaha.

So, Hj. tak payah la tunggu panggilan dari saya. Duit 15 ribu tu, Hj. bagi derma jela kat anak-anak yatim ke, kat rumah kebajikan ke. Nak derma masjid pun tape. Saya halalkan.

 

Terima kasih. :)