Assalamualaikum w.b.t

Tajuk entri diciplak daripada peribahasa ‘ kerana nila setitik, rosak susu sebelanga’. Muka pun dipanggil sebelanga? Hakhak. Lantaklah aku.

Ni aku nak story la kan kegemaran aku bila balik kampung iaitu makan budu. Ada ke yang tak tahu budu tu amende? makanan ke dia? sejenis kuih ke? Sejenis barang mainan ke?

Budu Cap Ketereh Feveret aku kalau nak tahu

Akibat terpengaruh dengan Jaja yang memang wajib ada budu time makan nasi, aku pun tumpang sekaki. Bila lagi kan nak makan budu. Bila duk kampung la. Kat kolej aku tak makan budu ok. Busuk tahu bila masuk kelas. Haha.

Makan budu sikit, muka terus meremang. Aku buat-buat biasa jela. Konon meremang sebab budu tu pedas sebab letak cili padi. Pastu makan lagi makan lagi sambil cicah dengan ikan goreng. Terus muka jadi gatal jadah macam kene gigit ngan semut api. Camtu la rasa gatal dia. Agak menipu disini yer?

Dua tiga hari kemudian, timbul la beberapa ketul bendasing yang berwarna merah kat pipi yang sangat familiar dipanggil jerawat. Demmyou! Jerawat? NO WAY! ( Tiru iklan OXY jap )

Kepada mereka yang elergic dengan budu kat luar sana, silalah tinggalkan amalan memakan budu nie. Nanti tak pasal-pasal habis la rosak muka korang yang sebelanga tu. #eh.

Untuk pengetahuan anda jugak, budu mempunyai khasiatnya tersendiri. Kelas kau budu. Ada khasiat jugak rupanya biarpun dah merosakkan muka aku yang hensem ini.

Budu didapati berpotensi untuk melawan radikal bebas dan dipercayai mampu menghalang proses penuaan dan mencegah terjadinya penyakit degeneratif pada peringkat lebih awal. Kajian mendalam juga mendapati budu turut mengandungi zat antibakteria penyebab cirit (diarrhoea), penurunan kolestrol darah, pencegah penyakit jantung dan hipertensi.

Budu memiliki zat gizi yang lebih mudah dicerna, diserap dan dimanfaatkan oleh tubuh berbanding jenis protein yang lain. Dengan pengambilan budu sebagai makanan sampingan, ia mampu menggalakkan pertumbuhan berat badan bagi golongan yang menderita penyakit diarrhoea kronik ini serta menyembuhkannya dalam waktu singkat.

Ia juga dapat mempertingkatkan IQ kepada sesiapa yang memakannya, kerana ia merangsangkan sel-sel otak dan akan memperkukuhkan ikatan di antara neuron-neuron serta menguatkan neuron-neuron yang lemah. Pemakanan budu turut bertindak membantutkan pertumbuhan bakteria raffinosa dan stokiosa, penyebab utama gejala flatulensi dan masalah kembung perut bagi kanak-kanak dan orang dewasa. 2 kelompok vitamin yang terdapat pada budu iaitu, vitamin larut air (vitamin B kompleks) dan vitamin larut lemak (vitamin A, D, E dan K).

Read more: http://www.ceritaindahkami.com/2011/12/budu-dan-khasiatnya.html#ixzz1iGaGV4ij

Wauuuu, budu meningkatkan IQ???? Pasni sebelum pergi jawab exam, harus telan dulu budu satu sudu. lol ~..~”