genggam tangan

Kata orang cinta itu buta.

Kata aku cinta itu ketawa dan airmata.

Ketawa. Seronok. Gembira apabila dapat menghabiskan masa bersama-sama. Terasa indah oh dunia ini aku yang punya. Tak perlu jeles apabila tengok pasangan bercinta beromantik. Berjalan berpegangan tangan. Tapi kami tidak. Kami masih boleh menjaga batas pergaulan. Tak boleh bersentuhan. Bukan muhrim. Mak tak ajar la sentuh anak dara orang tanpa ikatan yang sah. Berdosa!

Walaupun kita camtu, walaupun aku berjalan selalu terkehadapan dan meninggalkan kau jauh ke belakang, aku masih tetap menunggumu. Berjalan beriringan tanpa berpegangan tangan. Aku takkan biarkan kau menanggung dosa akibat menyentuh tanganku yang bukan muhrimmu ini. Tidak sama sekali. Apabila tanganmu tersentuh tanganku, cepat aku larikan sambil tersipu-sipu malu.

Tapi kita hanya insan biasa. Tak dapat lari dari dosa. Sejauh manapun aku melarikan tanganku daripada menyentuhimu, semakin cepat tanganmu mencari tanganku. Aku tahu. Kau pasti cemburu melihatkan pasangan lain bahagia berpegangan tangan. Sedangkan aku. Aku tak mampu menyentuh tanganmu. Aku tak pernah sehayatku menyentuhi tangan seorang wanita yang bukan muhrimku. Apatah lagi wanita baik sepertimu. Aku tahu, sayangmu padaku begitu besar.

Pertama kali engkau menggenggam erat tanganku. Menggenggam erat jari-jemariku. Sungguh jantungku begitu kuat berdebar. Betul jiwaku sudah tidak keruan. Perasaan apakah ini? Aku cepat melarikan pandanganku daripada melihat wajahmu. Namun membiarkan kau menggenggam erat tanganku. Mungkin keadaan yang sangat sesak di dalam KTM pada masa itu membuatkan kau tidak selesa lalu menggenggam tanganku supaya perasaan tidak selesa kau hilang. Aku cuba untuk membalas genggaman tanganmu.

Namun memikirkan dosa yang bakal ku tanggung, aku lantas membiarkan kau menggenggam tanganku tanpa aku membalas genggaman tersebut. Aku rasa sangat berdosa kepadamu. Aku tahu aku bukanlah baik sangat. Aku bukanlah geng surau yang sering berjemaah di surau. Aku bukanlah lelaki yang beriman sangat. Namun, iman itu boleh bertambah dan berkurang bukan?

Mahu aku memelukmu supaya ketidakselesaan kau hilang dalam kesesakan orang di dalam KTM tersebut. Mahu aku merapatkan tubuhku padamu. Memikirkan dosa yang bakal ku tanggung, aku terus membiarkan diriku seperti patung. Hanya mataku yang kelihatan berkelip-kelip disamping nafasku yang turun naik sambil tangan kita erat berpegangan.

Sampai sahaja di stesen yang dituju, cepat kularikan tanganku. Takut mata yang dikenali melihat kami berpegangan. Takut kalau fitnah manusia yang suka menjatuhkan maruah orang dan yang paling penting takut akan dosa yang bakal kutanggung. Berat!

Mungkin pasangan lain nak cakap,

“ Alah, pegang tangan je pun,”

Tahukan anda berpegangan tangan sesama bukan muhrim itu berdosa??

“ Alah, bukan buat benda tak elok. Pegang tangan pun nak kecoh,”

Mula-mula pegang tangan. Pastu pegang lengan. Pastu pegang pinggang. Pastu …

“ Alah, tak romantik langsung,”

Buatpe nak tunjuk romantik kita dekat orang bagai. Tak perlu!

Aku agak meluat dengan pasangan yang suka berpegangan tangan pastu duk sweet-sweet jalan rapat-rapat. Benci! Lebih-lebih kalau orang seagama dengan aku. Baik buang je tudung yang menutup kepala tu. Perghh!

Boleh pandang-pandang jangan pegang-pegang
Duduk renggang-renggang bertambah sayang
Biar malu-malu biar segan-segan
Kerna malu itu perisai orang beriman.

P/s : Entri tiada kaitan dengan yang hidup mahupun yang telah tiada. Sekadar memenuhi tajuk entri. Terima kasih. :)

 

 

 

 

14 Comments

  1. hoho..saya tak pegang tangan awak..saya tengik gambar tangan awak je..bagus peringatan nie..=)

    ReplyDelete
  2. kan ?? buat apa nak tunjuk dekat orang. hmm.

    ReplyDelete
  3. sumpah aku tak tahu kenapa, tapi bagi aku inilah entry terbaik yg kau pernah tulis so far haha :)

    ReplyDelete
  4. xda pengalaman pegang tangan pempuan selain mak dan adik2

    ReplyDelete
  5. nasha tengik?? hak3.. malu dekat org.typo,

    Saddila buat dosa.!

    fakhri bukan aku tulis nie. kbai

    IMANSHAH bagus. jgn pegang. dosa!

    ReplyDelete
  6. tu adalah prinsip ca jugak..ca x kan jd mcm kapel2 lain dok mesra2..ca pernah kena kutuk ngan ex ca dulu gara2 ca xmo pegang tangan.dia kata " ustazah pon buat dosa lah!" dia takleh trima pendirian ca.

    ReplyDelete
  7. "Couple after nikah",it must be awesome.haha

    ReplyDelete
  8. thanks join segmen aku..
    style gile penulisan kau..
    http://www.jeritpekik.my/2012/12/senarai-entry-entry-terbaik-dari_26.html

    ReplyDelete
  9. Suka style ko..Selamba jer.

    ReplyDelete
  10. kalaulah ramai lelaki yang macam ni.....

    ReplyDelete
  11. bro aku review entry kau ni...
    sep sikit..haha
    http://www.jeritpekik.my/2013/01/review-entry-terbaik-2012boleh-pandang_11.html

    ReplyDelete
  12. bro..aku suka entri ni bro.. :)

    ReplyDelete