BEN ASHAARI : PESAN DIA..IBUKU

BEN ASHAARI
Tekan Banner nie kalau nak Join

Assalamualaikum w.b.t.

Mak : Nak, nanti kat sana belajar rajin-rajin. Jangan ponteng kelas taw
Kita : alamak, bangun lambat lagi. Memang xla aku pegi kelas harinie
       : kelas ni aku tak ponteng lagi. So, harinie aku nak ponteng la

Mak : nak, mak hantar kat sana nak suruh belajar taw,bukan belajar mengorat anak dara orang
Kita : feewiiittt,lawanya awek tu. Aku nak adjust biar dapat
       : Aku jeles tengok orang lain ada awek. So, aku pun nak ada awek jugak

Mak : nak, nanti duit PTPTN guna elok-elok taw. Buat beli buku pelajaran
Kita : wah, ada YES la. Jum p shopping jum
       : Weekend nie jum tengok wayang. Ada cerita baru la. Hantu Kak Limah
       : Asyik baju sama je aku pakai p kelas. Jum la beli baju baru banyak-banyak baru nampak HOT”

Mak : Nak, kat sana jangan sesekali tinggal solat sebab solat tiang agama tak berkat pelajaran kalau solat
         pun tak jaga
Kita  : Harini bangun lewat lagi. Hari-hari bangun lewat. Memang sah-sah la tertinggal Subuh
        : Penat la balik kelas. Nak tido dulu pastu baru solat la
        : Jap lagi aku solat. Aku nak online kejap. Nak update status facebook lagi

Mak : Nak, tidur kena cukup taw,jangan tidur lewat nanti badan letih belajar pun tak masuk”
Kita  : esok kelas lewat, so malam nie aku nak tido lewat. Nak online. Nak download movie lagi.Nak lepak
          kat kedai mamak tengok bola lagi
        : Aku dah janji nie ngan awek aku nak tengok midnight malam nie

Mak : Nak,nanti kat sana jangan lupa taw telefon kat kampung nak tanya khabar.
Kita : Kena jimat kredit nie. T nak call awek lak. Tak payah call la mak.
       : Aku tunggu mak jela call aku. Asyik aku je yang call mak.

Sebenarnya, entri ini lebih terarah kepada student universiti khususnya.

Jangan kata anda tak pernah menerima pesan-pesan seperti di atas walaupun satu daripada emak anda. Bagaimana dengan anda? Adakah anda seperti ‘kita’ atau sebaliknya.

Jika begitu, marilah kita berubah kearah yang lebih baik. Tidak mengatakan saya insan yang baik yang tak pernah melakukan perkara-perkara seperti di atas. Kita manusia, masing-masing tidak sempurna. terdapat kesilapan, dosa dan noda di mana-mana.

Peringatan ini sebenarnya untuk diri sendiri supaya tidak menjadi seperti ‘kita’. Ikutlah segala pesanan mak kerana itu merupakan antara resipi kejayaan kita wahai saudara. Di mana jua kita berada, restu ibubapa merupakan sesuatu yang penting.

Maka, fikir-fikirkan dan selamat beramal.

P/s : Termenung sejenak memikirkan dosa semalam.

Kredit to entri pesan ibu jangan abaikan. Malas nak taip entri baru la. Esok exam weyh! Entri nie pun pasal pesan mak jugak. Boleh la nie pakai copy je entri lama. Haha.

24 Komen untuk "BEN ASHAARI : PESAN DIA..IBUKU"

lebih kurang lah kita.hihi

hamek kaw..hampir semua kena batang idung ca..memang penah buat time blaja dulu..mentang2 mak xnampak.. :(

mak,anak mak apih ni buaya platinum la mak..jgn cy sgt...ekekkeke

hahaha. realiti stident life :)

http://kisahhatiaku.blogspot.com/2012/01/ben-ashaari-pesan-dia-ibuku.html

Banyak yg betul ni.. Awek no 1.. Ibu no 2.. Patut ka?

tk pernah plak aku wat mak aku cm tuh.tiber baik!!

hmm. kedanag aku pun camtu jol.. hmm. kena muhasabah diri balik.. free2, jmput sinnbgh blog, jmput bc entri HUKUM MANDATORI :)

alamakk..entry ni mcm tuju kat izz plak..hahaha adoiii,,i luv u mommy

untunglah dah jadi retisss..... hehe!

dah nama student U kan? mst x lepas dari semua benda ni.. so insap2 la wahai diri. ;D

ko laa tuh kamm... hahahahahaha

err...huhu...terasa lak..hihi

haishh.. ingat pesan mak weii >_<

buku tu beli before dapat voucher.... tapi sy tengok senarai kedai boleh guna voucher tu, MPH ada. omaiii!!! hehe!

hee..nice la..moga2 x jadi mcm tu :D

tenx semua ..!! x sempat nak singgah blog korang .. exam nie.. huhu..

hafiz : nani taw ni entry lame kan??
huiyee sebab nani still ingat kt entry ni lg...

Back To Top