Assalamualaikum w.b.t

Masuk harinie dah tiga hari aku berada di kampung. Hari Ahad barunie aku sampai kampung. Study week yang seminggu aku nak habiskan kat kampung. Duk kat kampung memang tak study mana la aku. Nota bersepah dalam laptop satu pun aku tak bukak. Malas pun olang. Haha.

 

Haritu sampai je aku kat kampung lepas salam-salam peluk cium ngan mak, tibe je mak sound aku cakap rambut aku panjangnya. Aku mana pernah simpan rambut panjang-panjang bagai. Ini pertama kali. Aku buat muka selamba jer.

 

Disebabkan ketidakcukupan tidur dalam bus yang bising bunyi ekzos sebab duduk seat bawah, aku terus tidur selepas bual-bual sikit dengan mak.

 

Bangun tidur terus mak kasi duit buat gunting rambut katanya. Wuwuwuwuu.. Terharu campur sentap. Terharu sebab mak sangat prihatin akan rambut aku yang panjang itu. Sentap sebab mak macam pagi nie jugak nak suruh aku gunting rambut sampai tak sabar nak kasi duit tu besok ke. Eh? Haha.

 

Kenapa U tok gunting lagi rambut harinie”? Pantas je mak tanya bila mak tengok rambut aku tak bergunting lagi.

Tak sempat la mak harinie. Besok I gunting k?” Kemain ber I U cakap ngan mak. Huhu.

 

Seperti dijanjikan, harinie aku p la kedai gunting rambut depan umah tu. Habis dibedaknya leher aku sebelum nak gunting rambut tu. Kemain lagi kau kan abang gunting rambut. Pastu dia sembur-sembur lagi dengan air rambut aku nie kemain lagi habis basah. ( Dah kau nie kenapa Pjoe, semua benda nak cerita). Haha. Ok dah !

 

Adik, ni rambut kalau nak kasi pacak, letak gel taw??” Dia siap bagitahu aku lagi kemain dia. macam la baru 1stime aku buat rambut camnie.

 

Sampai rumah,

“ Eh, U gunting rambut tak nie? Nie rambut pesen ( style ) ape nie??” Pantas je mak aku tanya lepas aku balik umah.

Mak, x kan nak suh I gunting botak kot mak.” sambil kelip-kelip mata kat mak.

 

Terus mak aku senyap. Haha. Biasa la kan. Orang tua. Mesti dia nak aku gunting skema macam aku selalu gunting masa zaman sekolah haritu la kot. Hukhuk. Memang tak lah kan. Eh, padahal sebelum nie memang aku dah biasa sangat pun buat style camtu. Ngade kan mak? Hakhak.

Ada yang nak tengok style rambut aku camne tak? Cepat angkat jangan. Haha.

LELAKI RAMBUT PACAK

                                              Rambut pacak tak lawa pun

 

Yang kat atas tu la rambut baru aku. Bukan sekadar rupa sangat kan?? Haha. Aku sebenarnya dah tak berapa nak berkenan dengan style pacak atau spike nie. Korang nak tahu kenapa?

 

  • Lecturer aku asyik bahan aku je mana aku nak tahan. Boleh dia cakap rambut aku macam gengster. Aku baik camnie dikatakan gengster. Nasib baik sem ni dia tak mengajar kitorang.
  • Time pakai helmet memang sah-sah rosak rambut kau. Sah-sah kena p toilet touch up balik rambut. Waste my time!
  • Aku dijadikan idola oleh anak-anak sedara aku. Habis anak sedara aku duk ngikut style aku dah. Kecik-kecik dah pandai pakai gel n then pacak rambut. Bapak sedara bajet HOT. Haha
  • Kawan aku selalu cakap rambut aku nie cicak jatuh kompem mati terus. Ok fine! Haha.

 

Sebelum nie rambut aku panjang tahu. Ramai kawan aku cakap aku makin jambu bila simpan rambut panjang-panjang. Buat plak style korea tapi jadi mat bangla plak haiiihh.. Nak tengok korean style aku?? Meh nak tunjuk.

MAT JAMBU MAT KOREA                                        Rambut korea yang lawa. Jambu tak jambu tak??

Firstime aku buat rambut korean look macam diatas. Seyes aku suka gak rambut nie sebab

  • Pakai jari pun boleh. Tak pernah aku sikat rambut aku buat style nie.
  • Bila pakai helmet, rambut still the same berbanding rambut pacak sengal tuh. pakai helmet je memang nak kena p toilet touch up balik rambut. Hakhakhaktuihh.
  • Terserlah imej sopan , skema dan baik dalam diri aku berbanding kalau buat pacak yang seperti mat gengster, kaki buli, along dan seumpamanya.
  • Nampak lebih jambu batu daripada biasa. Owesome!!
  • Ramai orang cakap aku hensem bila buat rambut camnie. *Perasan.

 

Akhir kata, say bye untuk rambut korea, say hye untuk rambut pacak. Haha. Aku pun dah blur dah nak gunting style jadah apa. Alih-alih rambut pacak nie jugak aku pilih. Padahal kemain duk kutuk-kutuk tadi kan? Haha.

20 Comments

  1. untunglah rmbut baru...huhuhu

    ReplyDelete
  2. wah , rupa baru . dengan tahun baru . mesti azam baru makin hebat .

    ReplyDelete
  3. okay. handsome lagi yang rambut lama . kbai

    ReplyDelete
  4. sebab 2 aku xsuker naek moto... demand x demand aku nie?? hahahhaha

    ReplyDelete
  5. errrrrrrrrrrrrrrrrrrrr...............

    ReplyDelete
  6. heheh
    samlah gaya pacak!

    ReplyDelete
  7. Gambou akhir kali abam pijoe supe puang . haha

    ReplyDelete
  8. untungla.. rambut korea .. hahaha

    ReplyDelete
  9. Waaa, tomeynye muka abam >.<

    ReplyDelete
  10. rozuan nanti la aku pikirkan.. haha..

    imanshah ye dop mung? hakhaktuih.. haha

    ReplyDelete
  11. rambut panjang lagi ok...
    pacak dh mcm askar. hahaha

    ReplyDelete
  12. Pada aq ko rambut panjang lg smart bro!!!!!

    ReplyDelete