Azam Tahun Baru yang Sangat Payah Menjadi Realiti. Semoga 2012 Membawa Tuah Kepadaku.

 

Assalamualaikum w.b.t

Dah kau kenapa tajuk entri panjang gila? Takde lagi panjang ke? Haha. Aku bab menulis tajuk entri nie memang fail habis. Memang fail la kalau kata nak buat entri SEO kan? Haha.

Pejam celik pejam celik  esok dah nak masuk tahun baru. Tahun 2012. Korang berdebar sebab azam tahun 2011 korang masih tak tertunai? Korang suka sebab besok korang dah meningkat usia? Bercakap sal meningkat usia, korang tahu?

Lusa iaitu 2 Januari 2012 merupakan birthday blogger cun cahayacintailahi ? Ala, blogger fames yang blog dia dah cecak 2k followers tu. Ok lagi sekali aku mention nama dia harap dia dengar, cahayacintailahi. Heppy birthday ahkak cahayacintailahi. Harap aku orang pertama yang wish. Haha. Best kot kalau esok birthday kau, sebab kaulah paling tua berbanding rakan-rakan yang seusia dengan kau. Hakhakhak.

Cakap pasal tahun baru, masing-masing sibuk duk cakap sal azam baru. Padahal azam lama pun tak berapa nak tertunai pun lagi. Sama macam aku. Aku dah bertahun-tahun asyik azam tahun baru yang sama je. Kesian kan? Aku dah cuba yang terbaik kot untuk merealisasikan azam tahun baru aku yang sama je setiap tahun tu.

Aku harap tahun 2011 ni aku capai azam aku. Dah esok nak masuk tahun baru maknanya memang tak tercapai pun.Maknanya kena simpan azam tu untuk tahun nie pulak. Kalau tahun nie pun tak tercapai, jangan bimbang sebab tahun depan masih ada untuk kita. InsyaAllah.

Bukan semua azam tahun baru aku tak tercapai. Ada yang dah tercapai. Ada yang sangat tercapai. Ada yang hampir tercapai. Tapi azam yang aku duk cerita nie memang susah aku nak capai. Susah sangat dah bertahun-tahun aku azam benda yang sama tapi tak tercapai-capai dek akalku. Eh, tertiru lagu Elyana plak? Hakhak.

Aku taknak cite azam yang dah tertunai tu tapi aku nak cite azam yang belum tertunai. Korang nak tahu apa azam yang belum tertunai yang dah bertahun-tahun aku simpan tu?

Jeng jeng jeng. Puk amai amai belalang kupu-kupu. #tibe

Azam tersebut adalah

 

 

 

 

Nak Gemuk 

 

 

 


Sila tekan link nak gemuk kau pasti tahu apa yang aku nak sampaikan sebenarnya.

Nak Gemuk pun ada backlink sendiri. Untunglah.

Tapi betul aku cakap. Nak gemuk maksud aku disini bukanlah gemuk debok macam orang-orang gemuk kat luar tu.

Cukup la sekadar sedikit berisi daripada sekarang. Aku kurus sekeping papan kau tahu? Angin pantai pun boleh menumbangkan aku. Hakhakhak. Kesian aku kan?

“ Dah kau kenapa tak makan banyak kalau nak gemuk?”

Aku kalau kat kampung baru boleh makan banyak-banyak. Kalau duk kolej, jangan berangan nak makan banyak la. Save budget punya pasal. Rela you aku tak makan.

“ Dah kau kenapa tak telan pil ke , supplement tambahan ke?”

Aku memang mengaku aku tak makan pun supplement bagai tu. Orang cakap tak berkesan pun. Bergantung kepada orang la. So, aku pun percaya la dengan cakap orang. Haha.

“ Dah kau p la jogging ke senam ke, boleh gak nak gemuk. Baru sehat pastu makan banyak.. Haa, gemuk la kau nanti”

Dah sempat plak aku nak bersenam bagai kan? Kelas dah r sampai pukul 8 malam pun ada. Pastu bilik plak jauh kemain. Naik bilik, penat. Pastu memang tak la p jogging bagai.

“ Dah kau kenapa tak mintak sikit lemak aku? Aku nak je sedekah kat kau”

Dah kau tak sayang lemak ke? Kau simpan lemak kau banyak-banyak. Pastu senang-senang nak derma kat orang? Haha. Kalau la ada proses derma lemak nie, memang dah lama pun aku gemuk. Memang dah lama jugak orang-orang gemuk kat luar kurus slim macam aku semua kan? lol.

Akhir kata, SELAMAT TAHUN BARU semua. Tahniah buat mereka yang sudah mencapai azam untuk tahun 2011 dan semoga azam tahun baru anda tercapai. Kalau tak tercapai lagi, tunda je tahun depan lagi. Haha.

 

P/s : Tiada alasan hanya peluang. Jangan merekacipta pelbagai alasan tapi jadikan alasan tersebut sebagai satu cabaran. InsyaAllah, azam korang akan tercapai.

402581_2885361895734_1310740359_3198556_1893885010_n                           Kurus kan kan? 40 kg je. Okbaii.. BMI = Sangat kurus

 

13 Komen untuk "Azam Tahun Baru yang Sangat Payah Menjadi Realiti. Semoga 2012 Membawa Tuah Kepadaku."

ok fine. mmg tserlah kekurusanmu. ringan giler. underweight ni? eh yeke? hehe

aku tak pernah pk azam,,sebab awal tahun je ada azam,,lama2 aku lupa ape azam aku,,lalala,,kurus la sangat,, #bye

kehkehkeh.. ringannyee.. derr., smoga tercpai azam ^^

nah aku bagi lagi 20kg.60.cukup

boleh thn ke kurusan tuh :)
tapi pic nmpak stabil je.,
terime diri seadenyer :)

nak gemok?

meh amek berat kite meh.
boleh gemok nt. wakaka

hafiz, buncitnye ! hahaha nani lagi berat kowt.. 48kg taw !

hafiz, rindu nak blogwalking sini.. jenguk2 la entry okay? ^^

ok kite tgk samada azam baru 'nak gemok' tercapai atau tak... hohoho

boleh geng la kita..ca pon papan gak..dgn berat 40kg..huk3..mmg boleh diterbangkan angin.. hihi

untungla kurus.aku gemuk gedempol.

aimi : haha.. yerr.. underweight sgt

isz lau lupa wat la satu entri. macam aku nie haa.. haha

cekbOlat terima kasih :)

rozuan nganjing aku nampak? Haha

Qil pic stabil camne tu? Haha.. tp mmg kurus r x pernah2 org ckp gemuk . hmm

'aQilah haha.. boleh la sangat yer

nani kan kite buncit kan? sob3.. haha

red insyaAllah tp mcm x je

Ca tape pompuan.. slim la tu..

iza gemuk nak kurus , kurus nak gemok.lol

+jena hepy new yearr!!

sya 10000 kg x bising. err...

Back To Top