Ramai Nak Join Program Mendaki Bukit Broga

 

Assalamualaikum w.b.t

Baru-baru nie aku ada wat entri mengenai program mendaki broga.

Sebenarnya program nie lama lagi. Tapi disebabkan penyelaras kitorang nak cepat senarai peserta untuk program tersebut iaitu esok, kami terpaksa berhempas pulas bagi mencari peserta.

 

Seyes memang ramai yang nak join. Bagus la diorang. Aku ingat program daki-daki bukit sambil kutip-kutip sampah camnie student universiti malas nak join. Ternyata sangkaan aku meleset giler makyeh.

 

Malah, kitorang terpaksa menapis jumlah peserta perempuan yang terlalu ramai. Sekali bagi nama, sepuluh orang. Hambik kau. Dahla dia punya limit hanya 40 orang peserta sahaja iaitu sebuah bus. Banyak-banyak nanti nak kena sewa bus tambahan plak. Memang tak la kan.

 

Majoriti student perempuan memang minat program nie. Yang lelaki ada la beberapa ketul. Tupun selepas aku gigih forward mesej kat diorang. Mungkin diorang pun dah naik jemu kot naik Bukit Broga tu. Aku je yang baru 1stime nak naik. Mujur ada program camnie. Kalau takde, memang tak naik mana la aku.

So, mintak maaf tau korang. Kalau aku yang urus program nie, memang dah lama dah aku ajak ramai-ramai pegi menikmati keindahan Broga tu. Hehe. Arap aku nie bahagian publisiti je.

Habis terpampang no fon aku kat facebook tu. Publisiti la sangat kononnya. Tapelah, komitmen kan.

 

Korang tahu Bukit Broga tu cantik ?? Jap aku kasi korang tengok la tang mana cantik Bukit Broga tu.

BUKIT BROGA
Mah aih ! Kemain lagi panjang rumput , eh maksud aku lalang kat atas Bukit Broga nie. Lebih tinggi daripada budak berdua nie. Waa. Tak sabar nak main nyorok-nyorok kat sana .

BROGA HILL
Sila abaikan budak yang tak hensem nie. Aku pun tak kenal siapa dia. Tengok pemandangan kat belakang budak gemuk ni. Lawa kan ?

BROGA HILL BUKIT BROGA
Haha. Padan muka ko Matju. Sape suh letak gambar mung dalam laptop aku. Kan dah terpampang dalam blog aku. Muahahaha. Kalau dia tahu nie, memang kena campak laut la aku.

16 Komen untuk "Ramai Nak Join Program Mendaki Bukit Broga"

best2,,nk g gak la...leh?

broga hill!! siyes penat daki bukit neh..tp best kan..

teringin nak pi..tapi gua koje..=.='

untunglah jadi model kat bukit broga. hahaha

p/s: opFacebook 5 november ni

nak ikott.. tapi mesti kite semput.. tapi bile turun boleh jadi kurus macam dye.. kan? huhuh

da naik dah last 4 month..x mo naik lg...:(

weyh saya camne?termasuk dlm senarai peserta tak????=P

bukir broga katne..cntik lh..

tak sabar nak tunggu ko tercampak kat laut.. egege

broga!
dekat ngan rumah saye!! XD

hawiz : mai la. tp p sendirian berhak jela. haha. :p jumpe kat sana wehh..

qilah : ntah saya. saya mmg suke daki2 nie. challengim!

eyda : ahaha. skali naik x la kot. kalau hari2 mgkin la. xpyh susah2, bukir besar kan ade.. haha.

fai : Haha. masuk la. bayar rm5 taw. eh ko nak tshirt saiz ape? warhaha

cambest je tempat tu wes.

Back To Top