Assalamualaikum w.b.t

Siapa single lagi angkat tangan tinggi-tinggi ??

Okfine. Tak ada pun yang angkat tangan.

Maknanya aku tak kahwin mana la kan pasni? Hehe.

 

Dia berperwatakan sederhana. Dia slow orangnya. Menjaga tutur kata tapi kadang-kadang gelabah semacam. Dia nak kata x cantik, bukan. Nak kata cantik, pun bukan. Dia sopan juga. Menutup aurat, menjaga pergaulan. Takde nak gedik-gedik ngan member-member lelaki.

Tapi sayang dia dah berpunya.

 

Dia chubby tapi comel. Dia agak berisi tapi pandai bergaya. Dia sangat suke berceloteh sehingga tak terlayan oleh celotehnya. Dia agak kelakar dan sangat tak serious dalam perhubungan. Dia kekadang sengau kekadang tak.

Dia jugak sudah berpunya.

 

Dia cepat mesra dengan lelaki. Dia ramai kawan lelaki dan selalu bergaul rapat antara satu sama lain. Dia selalu lepak dan melakukan aktiviti lasak bersama sahabat lelaki dia.

Dia pun sudah berpunya.

 

Dia garang. Sekali dia marah, hambek kau. Sampai ke lubuk hati yang dalam terasa nie. Mulut dia kekadang sangat laser dan tak pandai nak jaga perasaan orang. Dia tak pernah mempamerkan senyuman yang manis dan selalu menunjukkan muka garangnya.

 Jangan bimbang sebab dia jugak sudah berpunya.

 

Dia alim sejuk mata memandang. Dia sangat menjaga batas pergaulan. Berpakaian menutup aurat, lelaki tegur dia tak layan. Dia sangat sopan apabila berbicara mahupun dalam pergaulan. Sehinggakan pada suatu tahap, dia akan hanya bercakap dengan lelaki apabila sangat-sangat perlu sahaja.

Tapi sayang seribu kali sayang dia jugak sudah berpunya.

 

Dia wanita berkerjaya dan berpendidikan tinggi. Dia sangat komited dengan kerja. Dia ada kereta sendiri rumah sendiri. Dia banyak duit setakat nfon blackberry kenyit mata.

Tapi sayang dia dah berpunya.

 

Dia cantek sangat. Senyuman dia, manis madu. Alis mata sangat lentik dan putih menggebu. Suara dia sangat merdu bak bubuh perindu. Dia wanita pujaan ramai.

Tapi sayang dia sudah berpunya.

 

Dia blogger famous yang stylo habis. Dia sangat diminati dan dipuji para blogger lelaki. Dia jugak model muslimah yang selalu keluar majalah.

Tapi sayang dia sudah berpunya.

 

So, mana korang yang masih belum berpunya? Ade lagi tak??

p/s : Entri ini bukan untuk mengata, hanya entri untuk meluahkan apa yang terbuku di hati dan berdasarkan pemerhatian sendiri. Tiada kaitan jugak antara yang hidup mahupun yang telah mati. Kbai

gadis melayu cantik                                         Perhatian. Mereka semua sudah berpunya.