Assalamualaikum w.b.t

15 Oktober lepas Ekspresi Remaja TV9 telah berlangsung dengan jayanya di Panggung Seni UKM. Harini baru aku nak update entri sal nie kan? Ternyata tahap kemalasan aku sungguh melampau sekali.

Takde la meriah sangat pun sebenarnya Ekspresi Remaja TV9 tu. Sila sentap ok TV9.

Booth tak banyak pun yang dia bukak.

Pastu ramai gak selebriti-selebriti yang dijangkakan hadir tak datang seperti Irma Hasmie, Fizow Omar dan Hana Tajima.

Kecian gak kat blogger Aslann, Nad , Syazwansarawak dan Imamuddin sebab tak dapat nak jumpe idola diorang iaitu Hana Tajima dan Fatin Liyana.

Eh, sebenarnye sangat ramai ok Hana Tajima pada hari tersebut. Nad pun dah macam Hana Tajima aku tengok. Tapi Hana Tajima yang original memang tak dapat datang sebab sakit.

Si Aslann pulak sangat gila kentang nak jumpe Fatin Liyana. Kecian aku tengok dia dah macam angau . Ape taknye dari pagi duk tanya Fatin Liyana dah sampai belum. Bajet aku ni PA Fatin LIyana kan.

Asalnya memang Fatin Liyana dijemput ke booth Saffiya tapi Fatin Liyana lak busy ape ntah dia. Gila sentap hati Aslann bila dapat tahu Fatin Liyana tak dapat datang.

Aku relak jea ala setakat Fatin Liyana tu aku tak heran sangat pun. Aslann je gila makyeh sangat kat Fatin Liyana tu. Lalalala.

Ramai jugak selebriti yang datang haritu tapi aku hanya sempat bergambar dengan kumpulan Forteen, Ayu ( Mentor ) dan Comel sahaja .

Bukti ? Bukti aku tak dapat nak sertakan sebab bukan aku pakai handset cikai aku pun time tu. Main suruh je orang ambek. Kamera sape ntah. Muehehe.

Forteen tu mak haih. Gila kentang betol jambunya. Tak hairan la budak-budak pompuan berebut nak gambar ngan diorang.

Pastu dalam pukul 5.30 PM camtu masuk Dewan Tun Abdul Razak ( DECTAR ) nak tengok konsert Hujan & Najwa Latiff.

Si Imamuddin ni korang nak tahu? Peminat fanatik gila vavi kat Si Najwa Latiff tu. Kan man? Haha. Gila kuat ko menjerit panggil nama Najwa Latiff mujur tak pekak je telinga aku.

Konsert berakhir dekat-dekat pukul 7.00 PM camtu.

Syazwansarawak ada ambik Vlog sal event nie . Korang nak tengok p la kat blog dia. Vlog la sangat kan.

Akhir kata, terima kasih kepada blogger femes retis Aslann , Syazwansarawak, Imamuddin dan Nad sebab sudi datang memeriahkan Ekspresi Remaja TV9 yang tak semenggah mana pun nie.

p/s : Entri tanpa gambar. Korang percaya ke? Hahaha.