Assalamualaikum w.b.t ( Tak jawab dosa )

Tajuk kemain lagi suspen kan ?

Tapi… korang sambung la sendiri ayat tergantung ni. Haha

Blog nie sudah setahun ok. Aku memang tahu blog ini dilahirkan pada bulan Oktober tapi aku memang tak tahu la berapa haribulan. So tadi aku gigih la kan p godek-godek entri pertama berhabuk aku yang tak best tu.

Entri tersebut bertarikh

14 Oktober 2010

Dan ini merupakan entri pertama aku yang sangat la tak best sekali. Aku baca pun gelak guling-guling sorang-sorang.

::ENTRI PERTAMA::

So, bersempena ngan tarikh kelahiran blog ini, ingin aku mengucapkan

SELAMAT HARI LAHIR SEMOGA PANJANG UMUR DAN DIMURAHKAN REZEKI

kepada blog ini.

Blog ini memang dilahirkan pada 14 Oktober 2010 dan ketika itu blog ini hanya mempunyai tak sampai 10 orang pengikut pun.

Selepas aku menemui group Sahabat Blogger kat blog sis CCI pada Februari 2011 barulah aku aktif memfofularkan blog ini. Banyak tips dan perkongsian ilmu yang aku dapat dari rakan blogger yang aku kenal dalam group tu seperti

::PIOUS::

::SIS CCI::

::EYDA ::

::FAI::

::SIS NAD ::

::NAYOWN::

:SYAFIK WAY ::

::KUNCI LOKER ::

:: YAYA ::

:: WAN ::

:: MUNIRA SAJUTI ::

::MISS LIBRARIAN ::

::CIK HARYANA::

::follower 100::

::follower 200::

::follower 300::

::follower 400::

::follower 500::

Ok fine. Follower 500 dan keatas aku dah tak buat backlink dah. Sejak dah sedikit fames nie mulalah nak sombong kan ?? Jangan fikir camni taw. Tak baik punya.

Amboi kemain lagi aku nak tag semua kan? Malas I hokayy!! Haha. Tak lupa jugak , blog ini sangat mencintai blogger famous

::CIK EPAL::

::FATIN LIYANA::

::MARIA ELENA::

Blog ini sangat personal. Maka dia sering menceritakan kisah personal  kat sini. Dia takde lak cite sal entri copypaste lam paper. Kekadang je dia  buat camtu apabila ketandusan idea sangat kan.

Yes, memang pageview blog ini sangat sedikit tak sampai pun 500 sehari(maluuu ). Eh, nak dapat 100 pageview pun semput ok. So, jangan cakap blog nie femes la. Blog ni pun tak hadap sangat pageview yang banyak cukuplah orang mengomen, membaca atau menjeling apa yang ditulis pun sudah memadai. ( Sadis ).

Blog ini jugak sangat miskin sekali. Dia langsung tak pernah cash out nuffnang. BE dari nuffnang pun dia tak pernah dapat. Boleh dikatakan , BE pun dia tak tahu ape kebenda. Maka dapatlah disimpulkan di sini blog ini bukanlah blog mata duitan sangat pun. Iklan yang terdapat kat blog nie sekadar hiasan dinding semata-mata.

Bercakap tentang pengikut, aku sendiri pun tak percaya sangat blog nie mampu mempunyai pengikut yang begitu ramai biarpun blog ini hanyalah blog gedik yang pernah dikatakan Si Fai. Alhamdulillah, hampir angka seribu sudah pengikut blog ini. Sangat terharulah disini !

Lagi satu nak bagitaw, blog nie mempunyai lebih ramai pengikut daripada dia mengikut blog lain. Bukan dia tak mahu mengikut semua pengikut , namun dia menjadi sangat malas untuk berbuat demikian memandangkan suatu ketika dahulu blog ini terabai hampir 3 bulan kerana cuti semester yang panjang.

 

Sepanjang pengabaian blog tersebut, ramai pulak orang nak jadi pengikut dia. Sebab tu la terjadinya kes PENGIKUT lebih ramai berbanding yang MENGIKUT tu. Harap PENGIKUT semua tidak berkecil hati. Hahaha

Dan kepada mereka yang masih belum mengenali empunya blog ini, dia sangatlah hensem dan baek hati. Kan kan ?? (perasan ko)

Dialah

HAFIZHAFIZOL

BJD
Ce teka mane satu tuan punya blog ??

Bercakap sal tuan empunya blog , dia memang seorang yang sangat rendah diri dan berbudi bahasa budaya kita. Dia amat sukakan muzik tak hairanlah dia sering up entri lagu kegemaran dia . Dia jugak pemalu duri semalu dan seorang pendiam. Dia suke menjadi dirinya sendiri berbanding menjadi orang lain . Boleh ke nak jadi orang lain ? Huh !

Akhir kata, selamat berblogging semua.

Tingkatkan prestasi,
Kurangkan Kontroversi,
Berdiri di Atas Bakat Sendiri.