Assalamualaikum w.b.t

Aku mungkin pakai baju raya tahun lepas jea tahun nie berikutan kejadian si toyol bangang mane tah yang curi duit aku.

Sekali 2 takpe lah aku mungkin boleh maafkan. Yela aku kan pemaaf kan. Bulan-bulan puase nie lagi r sikap pemaaf aku jelas terpancar kan.

Kalau 2 kali berturut – turut duit aku dikebas toyol ? Ape mau cakap?

Lu cakap sama gua la ape mau cakap.?

Gua nak cakap,

“tiada maaf bagimu toyol” atau camnie

“ok aku berdoa supaye ko dilaknat di bulan-bulan puase nie” atau camnie

“sila kembalikan wang aku yang ko curi” *sopan

Tapi aku agak kehairanan jugak. Ada ke toyol bulan-bulan puase nie? Mampu ke toyol nak mencuri sedangkan bulan nie syaitan pun diikat dirantai.

Dahla duit yang dia curi tu baru aku bajet nak beli baju raya. Nak beli sandal baru. Nampak sangat toyol ni xnak kasi aku beli baju baru.

Mungkin salah aku gak kot sebab suke letak wallet aku yang tebal 2 ( sebab banyak syiling ) merata – rata. Tapi taklah merata- rata sangat kot. Aku letak lam bilik aku atas almari lagi.

Nasib la dia ada gak tinggal 2 3 helai duit aku buat beli makanan kat bazar . Kalau kata dia curi semua duit aku memang ada la toyol yang kena panggang malam nie.

Takpelah, mungkin tiada reziki aku untuk membelanjakan duit tersebut. Mungkin toyol 2 lebih memerlukan duit 2. Manetaw dia nak beli juadah berbuka ke. Jangan beli mercun dah r ko toyol. T tak pasal-pasal masuk paper seekor toyol mati terkena mercun sendiri sudaaa..

Buat korang kat luar sana sila pastikan wallet anda tidak diletakkan merata-rata kerana dikhuatiri akan dicuri oleh toyol nak beli mercun.

Arap sangat toyol tersebut bace entri nie supaya sedikit keinsafan terdetik lam hati dia. kecian kat I taw toyol . Kasi balik la duit I yang u curi 2 . jahat tau u. Tak sukeww taww. . .

P/ S : Sila jangan tegur HH jika HH pakai baju raye tahun lepas dan hanya berselipar jepun di hari raya nanti ok. Sobs3~~~